Cerita minggu lepas, hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 3 Disember 2021.
Acara : Makan malam sempena persaraan kakak ipar.
Tempat : Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat.
Masa: 7:00 - 8:30 malam.
Kakak ipar kita bersara wajib pada Oktober 2020. Hasrat hatinya ingin belanja adik-beradik dan ipar-ipar makan malam, tetapi tarikh dan tempat makan asyik tertangguh disebabkan PKP. Cadangan tempat luar dari Lahad Datu seperti Tawau, Sandakan atau Kota Kinabalu. Akhirnya setahun telah berlalu dan diputuskan makan malam di dalam daerah sahaja.
Kakak ipar pilih Lahad Datu Ocean Seafood Restaurat yang terletak di atas laut tetapi bersambung dengan tepi pantai. Walaupun hanya untuk adik-beradik dan pasangan masing-masing tetapi cucu-cucunya pun ada yang ikut juga.
|
Semua menu adalah pilihan kakak ipar dan ditempah lebih awal sebelum kami tiba. |
Cucu-cucu duduk di hujung restaurant bersama ibu masing-masing. Firdaus pun termasuk di situ juga!
|
Kakak ipar pakai tudung kuning, diapit oleh Encik Suami dan abang ipar kita. |
Hidangan pembuka selera kami pada malam itu ialah sup perut ikan.
Memang sedaplah sup perut ikan ini, apalagi apabila ditambah bawang putih cincang dan hirisan cili padi.
Antara lauk-pauk pilihan kakak ipar malam itu ialah Kailan Goreng Dua Rasa. Amie sangka kerabu kacang botol! Rupanya sayur baby kailan dihiris halus sebelum digoreng.
|
Kerapu Kukus Nyonya Style |
|
Udang Kukus Halia |
|
Sayur Brokoli & Cendawan Sos Tiram |
|
Ikan Kerapu Kukus |
|
Kepah |
|
Sotong Salut Tepung |
|
Peria Goreng Telur Masin |
Yang ini paling menjadi rebutan. Walaupun peria, tetapi langsung tidak ada rasa pahit! Rangup pula rasanya.
Selamat bersara kakak ipar! Moga sentiasa sihat dan gembira bersama anak menantu dan cucu-cucu. Terima kasih belanja kami makan malam!
Dah dua tahun bersara, tapi jika dah rezeki nak belanja, Allah makbulkan juga hajat yang murni itu. Hari tu nampak satu video orang share cara masak kailan mayang tu.
BalasPadamEh, nanti nak try la buat, Peria Telur Masin tu ❤️
Wah… meriah makanan.. sedap2 semuanya
BalasPadamwoww foods nya semua nampak menyelerakan laa... sup perut ikan, rasa dia mcm shark fin sup ke kak?
BalasPadamsedapnya makan ramao2 sekeluarga
BalasPadamSeronoknya dapat makan dan berborak seisi keluarga macam ni <3
BalasPadamAlhamdulillah tercapai juga hajat kakak ipar Kak Amie nak belanja family. Kailan Goreng Dua Rasa
BalasPadamdan Peria goreng telur masin tu hidangan unik. Terpaling tempting udang tu sebab peminat udang kan. Selamat bersara untuk kakak ipar kak Amie.
Alhamdulillah...
BalasPadamKakak ipar tu dah sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Semoga kita juga dapat sampai ke garisan penamat dengan bergaya.
Masih cantikndan awet muda walau sudah bersara.
Teringin nak merasa sup perut ikan.Pernah nampak di Pangkor perut ikan yang sudah dikeringkan.Ingatkan keropok tak terliur pun.Sekali bila tengok kat TV perut ikan dijadikan sup..nampak sedapnyaaaa...teringin betul
berapa anggaran kos nya ni, makan d restoran seafood, bukan harga kayangan juga kah
BalasPadamaduhhh sedapnya nengok semua menu akak tu... rare sungguh peria goreng telur masin tu
BalasPadamsuka la Daus semua menu kegemaran dia
Ngences ni tenguk lauk pauknya...sayur brokoli tu emm nampak sayurnya segar
BalasPadamAlhamdulillah buat kakak ipar amie. Dah selamat jadi YB(yang bersara). Semuga dikurniakan kesihatan yang sihat selalu
BalasPadamOhhh..dah 2 tahun bersara...takpe la sambutan lambat sikit kan...apapun semua makanan tu sedap...terliur tengok...
BalasPadamsebab pkp semua tergendala ye kak... tak kisahla tertunda 2 tahun pun takpe
BalasPadammenarik semua menu di situ.
BalasPadamsyu tak sampai lg lahad datu ni. 1 hari nnti nak jejak sana jgk, insyaAllah.
Cantik persembahan makanan.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki makan makanan laut. Hehe masa saya di Sabah memang selalu dapat makan makanan laut.