Pages

Khamis, 18 November 2021

Tarikh 16 & 18 November Berpisah Tiada!

16 November datang lagi. Usiaku menginjak lebih lanjut. Hanya tinggal baki yang sedikit dan mudah-mudahan kesempatan ini dapat dimanfaatkan untuk melakukan perkara-perkara baik sebagai bekalan menuju ke negara abadi.

Terima kasih keluarga keluarga tersayang atas ingatan di hari ulang tahunku yang semakin bersinar warna emasnya. Terima kasih Encik Suami dan Firdaus yang berusaha menyediakan hidangan di dapur untuk dinikmati bersama.

Abang Farid pula minta bantuan abang angkatnya, Foodpanda untuk hantar makanan yang dipesan. Abang Farid pilih kuetiaw sup seafood, butter prawn rice, nasi lemak dan juga minuman.

Kredit : Nasi Lemak Sweet Summer Home

Sambutan kecil-kecilan di rumah bersama Encik Suami dan Firdaus.

Terima kasih Encik Suami dan Firdaus sambut kepulangan Mommy dengan sebiji kek yang kecil comel!


Tidak lupa juga titipan terima kasih untuk rakan-rakan yang sudi meraikan hari ulang tahun di Pizza Hut.


Dalam kesibukan tugas, sempat juga rakan-rakan buat kejutan. Ruang makan kami dipenuhi dengan aroma durian dari kepingan durian cheese cake. Tak sanggup menahan kek di depan mata, itu dahululah kami habiskan sebelum makanan yang dipesan tiba ke meja.


Terima kasih buat rakan-rakan terbaik di dunia!
Rakan-rakan yang sentiasa bersama dalam suka dan duka, dalam gembira dan nestapa!


Dan sudah tentulah mereka merupakan teman kaki jalan yang dikenali dengan nama GJJ - Geng Jalan-Jalan!


Merakam aksi rakan-rakan yang turut memeriahkan suasana.


Maklumlah setelah sekian lama terkurung, dan apabila terlepas dari sangkar memanglah rasa gembira tak terkira.


Selamat menjamu selera (pinjam ayat Wak Warisan Petani).



Terima kasih Yatie! Yatie datang dari Kunak. Petang itu perlahan-lahan Yatie memandu ke Lahad Datu yang jaraknya lebih kurang 75KM.


Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik dan ukhuwah terus berpanjangan.


Kredit : KFC



Hari ini 18 November 2021, ulang tahun perkahwinan kami yang ke 27.  Abang Farid sekali lagi  meminta bantuan abang angkatnya, Foodpanda untuk menghantar KFC sebagai hidangan tengahari ke rumah. Terima kasih Abang Farid, dan terima kasih semua anak kami, Fuad, Fairuz dan Firdaus dan tidak lupa kami sudah tambah seorang lagi ahli keluarga! Kalau dahulu berjumlah 6 orang, sekarang sudah menjadi 7!

Sekian. Coretan sempena 16 & 18 November!

19 ulasan:

  1. Dekat-dekat tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Bulan gilang-gemilang.
    Semoga dirahmati Allah.

    BalasPadam
  2. Happy Anniversary kak.
    Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  3. hepi belated besday kak amie... :) semoga berbahagia selalu dan diberi kesihatan yang baik2 hendaknyaa....!

    BalasPadam
  4. Hapoy birthday dan Happy Anniversary, Kak Amie 😍❤️😍

    BalasPadam
  5. SANAH HELWAH AMIE SIHAT SJHTRA TIASA MURAH REZKI DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DUNIA AKHIRAT

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun kak amie... dan happy anniversary.. masih x terlambat lg rasanya kan? alhamdulillah dikurniakan orang-orang baik dlm circle kak amie... happy tgk dpt menjamu selera beramai²

    BalasPadam
  7. Selamat ulang tahun amie. Semuga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT hendaknya. Kadonya kita dah bagi advance tau. Wah udah ada geng perempuan le. Hepey anibersary juga. Semuga bahgia till Jannah

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Lahir kak Amie. Masing masing ada buat surprise, seronoknya. Semoga Allah panjangkan usia kak Amie dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan serta kesihatan yang baik. Juga selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aaminn...

    Seronok juga dah bertambah ahli keluarga :)

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir kak amie...semoga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan...

    BalasPadam
  10. Selamat Ulang Tahun Kelahiran dan Ulang Tahun Perkahwinan 💐
    Tambah ahli keluarga, kira macam hadiah jugak la kan..hehe

    BalasPadam
  11. Happy Birthday & Happy Anniversary Kak Amie!
    Moga sihat, bahagia dan diberkati Allah sentiasa
    Seronoknya dapat raikan bersama keluarga dan juga kawan-kawan.

    BalasPadam
  12. Hepi birthday dan Hepi Anniversary. Dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang baik itu rezeki. Semoga sentiasa dalam rahmat-Nya dan diberi kesihatan yang baik

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah bertambah usia. Semoga kekal sihat bertenaga dan dilimpahkan rezeki seperti air sungai yg mengalir

    BalasPadam
  14. Happy belated birthday dan happy anniversary Amie. moga panjang umur murah rezeki, bahagia bersama selalu dan diberkahi kehidupannya.

    BalasPadam
  15. Happy Belated Birthday kak amie, dan happy anniversary..

    BalasPadam
  16. Happy Belated birthday kak... moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan gembira selalu...

    BalasPadam
  17. tertinggal...
    Happy Anniversary juga kak, moga kekal bahagia hingga ke jannah...

    BalasPadam
  18. happy belayed birthday kak semoga sentiasa murah rezekinya

    BalasPadam