Selepas majlis resepsi di Shah Alam kami sekeluarga menginap selama dua malam di Puncak Alam Allamanda Suite. Waktu siangnya pula balik ke rumah Bonda yang terletak di 'sebalik' Puncak Alam. Encik Suami sudah berangan untuk makan malam bersama anak-anak bujang yang bertiga itu. Eh, tersasul lagi. Dua bujang, satu sudah jadi berpunya. Kononnya ingin makan sate tapi penuhlah pula warung sate. Terpaksalah beralih ke tempat lain. Pusing-pusing Eco Grandeur, akhirnya kami singgah di Restoran Malumalu.
Encik Suami kata, teringin nak suap kek anak-anak bertiga itu sebab sambutan ulang tahun kali ini semua berada jauh dari LD. Walaupun sudah berlalu pada September lalu, tapi Encik Suami nak 'belated birthday' juga walaupun sekadar suap cupcake saja.
19 September |
14 September |
30 September |
Sudah suap cupcake, mari kita tunggu hidangan.
Sambil-sambil itu jamu mata dahulu dengan dekorasi atau hiasan dalaman Restoran Malumalu.
Firdaus pula asyik bercerita dengan kakak iparnya.
Jom makan.
Malam itu nampaknya masing-masing memesan western food.
Selepas makan, jalan-jalan di dataran sambil menemani Firdaus naik kereta.
Bersedia untuk kembali ke Puncak Alam Allamanda Suite.
4 hero kak amie ya :)
BalasPadamSelamat menjamu selera . Semua sedondon dgn tema hitam putih
BalasPadamSekarang dah ada dua kuntum bunga.
BalasPadamSedapnya makan
BalasPadambestnya makan makan dan jalan jalan :)
BalasPadamkasih sayang ayah terhadapp anak2nya menyentuh kalbu
BalasPadamAini duk puncak alam ni tak lepak lagi kat eco grandeur..hehe
BalasPadamSeronok tengok happy family K.Amie
3 org skali birthday bulan september ya. senang nak sambut. hehe
BalasPadamWah! Sedondon!
BalasPadamSeronok sedondon..mana gambar kak amie..x lengkap tau x de gambar...
BalasPadamyelah kak dah Firdaus cuma ada abang je bila ada kakak seronok la dia berborak, nasibla jauh kalau dekat mau tiap hari ajak borak memacam cerita...
BalasPadamyelah tak dapat nak suap masa birthday dah lepas pun takpe kak ya... kasih seorang ayah
Hehe Firdaus tidak mahu disuap ke memandangkan abang-abang disuap oleh ayahnya?
BalasPadamApapun bagus juga Firdaus beramah mesra dengan kakak ipar. Satu keluarga semua ada.
Suka firdaus ada orang layan pertanyaan dia. Selalu amie jadi mangsa. Mesti balik LD nanti rindu sama geng bersembang baru dia.
BalasPadamWalaupun sudah dewasa pada si ayah mereka semua tetap masih anak kecil yang perlu di manja. semua bulan september senangnya celebrate birthday sekali harung
BalasPadamAla kita malu-malu lah nak masuk restoren malumalu
BalasPadamcomel pulak nama resto malumalu. malu malu terus nak makan. hihi..Tercapai hajat nak suap 3 orang bujang, eh 2 orang bujang dan sorang suami orang sempena birthday. Seronoklah Daus ada kakak bersembang.
BalasPadamalolo so sweet smua kena suap
BalasPadam