Setelah lebih dua tahun tak dapat balik kampung, akhirnya terbang juga lintas Laut China Selatan. Sebelah malamnya memang tak tidur lena. Asyik termimpi-mimpi tertinggal kapal terbang! Pagi Rabu, 27 Oktober 2021 terbanglah kami berempat bersama Encik Suami, Fairuz dan Firdaus menaiki pesawat MAS Wings dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu.
Pesawat MAS Wings yang kami naiki, jenis Fokker 50.
Benda pertama yang hulurkan oleh pramugara di pintu masuk MAS Wings ialah tisu basah.
Walaupun naik pesawat kecil namun disediakan juga kudapan untuk para penumpang.
Ketika ini mata memang separuh tertutup! Maklumlah tak cukup tidur dan kurang rehat.
Amie hanya minum saja.
Tak tahulah apa rasa kuih ala-ala curry puff ini. Encik Suami kata sedap. Bahagian Amie Encik Suami tolong habiskan. Amie terlelap sampailah pengumuman untuk mendarat di Kota Kinabalu. Penerbangan dari LDU ke Kota Kinabalu tidaklah memakan masa yang lama. Hanya 55 minit sahaja.
Sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur pada pukul 1. 10 minit petang, kami minum-minum dahulu di Marry Brown.
Inilah benda pertama kami terima di pintu masuk sewaktu menaiki Boeing ke Kuala Lumpur.
Di dalamnya ada dua helai face mask dan sebotol kecil hand sanitizer.
Sebenarnya ingin terus sambung tidur tetapi rasa sayanglah pula kalau tidak ambil makan tengahari. Jadi paksa mata untuk terus jaga sehinggalah hidangan sampai ke meja.
Firdaus yang duduk di sebelah Amie minta nasi beriani dengan kurma ayam.
Amie pula minta nasi putih dengan asam pedas ikan.
Sempat jeling sebelah, Encik Suami minta kopi panas.
Adeeehhhh! Kalau Amie minum seteguk kopi sudah tentulah tak dapat tidur sampai ke malam. Selepas makan, Encik Suami dan Firdaus menonton filem. Amie sambung tidur. Fairuz yang duduk di bangku seberang pun nampaknya tidur juga.
Hendak bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 7 November, kami sekeluarga perlu menjalani swab test pada 5 November pula. Huurrrmmm... terasa-rasa 'wasabi' mencucuk hidung! Memang prosedur naik kapal terbang kali ini agak mencabar terutama sewaktu proses daftar masuk. Sabar sajalah hadapi itu semua. Yang penting semua dokumen seperti sijil vaksin dan laporan swab test yang diperlukan telah sedia ada, dan MySejahtera sentiada dikemaskini. Untuk pelepasan ke Sabah dan Sarawak perlu isi maklumat secara online pula. Syukurlah petugas di kaunter sentiasa membantu kami. Memang memakan masa jugalah berurusan ketika itu.
Lega rasanya setelah selesai melepasi proses daftar masuk!
Perjalanan kali ini memang agak meletihkan. Balik ke Selangor dalam keadan letih. Balik ke Sabah berganda letihnya! Apa pun syukurlah segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Singgah lagi di Marry Brown KKIA Airport sebelum terbang ke Lahad Datu pada pukul 3 petang.
Alhamdulillah! Akhirnya sampai ke destinasi.
warghhhhh rindu nya nak terbang juga ehehehe....
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamseronoknya
Alhamdulillah..akhirnya setelah 2 thn x balik kpg dpt jugak melawat famili di melaya
BalasPadamTransit itu yang buat makan masa. Hehe rugi tidak makan dalam.kapal terbang. Rasa makanan yang ada.
BalasPadamALHAMDULILLAH SELAMAT SAMPAI DESTINASI
BalasPadamKesian Kak Amie.. sy boleh bayangkan penatnya sebab punca tak boleh tidur tu. Sama dgn sy, risau sampai tidur dalam jaga, dok mimpi tertinggal flight.
BalasPadampenat tapi seronok kak...dapat balik kg, jumpa orang tersayang, jumpa kawan-kawan... dapat menantu lagi... tapi tengok Firdaus yang nampak bertenaga je dalam setiap gambar.
BalasPadamBaca pun dah terbayang letihnya. Apa pun, Alhamdulillah selesai banyak urusan di semenanjung.
BalasPadamAlhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.
BalasPadamWah! Dapat Hygiene Kit!
BalasPadamPerjalanan yang panjang dan meletihkan,namun pastinya kepulangan yang dinanti..
BalasPadamAlhamdulillah dimudahkan urusan dan majlis semua berjalan lancar..Kita tunggu majlis kat LD pula🤭
Rindu pula dgn in-flight menu. Entah bila nak dapat terbang lagi.
BalasPadamSelamat berehat Kak Amie :)
Akhirnya dapat terbang juga. Seronok naik MAS. Hidangan pun sedap sedap. Zaman pendemik ni segala urusan jadi lambat sikit. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Dapat jugak kak Amie terbang balik Malaya. Penat tu jangan ceritalah kan. Dengan perjalanan jauh dan uruskan majlis lagi. Masa untuk recharge energy dulu.
BalasPadamPenatnya,dapat bayangkan tu kak amie..tp bila dah selamat sampai lega rasa kan.
BalasPadamMencabar sungguh perjalanan kak Amie kali ini..
BalasPadamAlhamdulillah dah selamat sampai..
Rindunya nak naik kapal terbang......jeles la tengok kak amie terbang2 ni...
BalasPadamrindu nak terbang jugak tapi malas nak melayan segala prosedur tu. dari Sabah ke KL tak perlu swab test ye?
BalasPadamBila penat sangat dpt deep sleep 15 minit pun dh rasa lama sangat
BalasPadamakhirnya dpt terbang dah. tp tulah, mmg penat sbb byk transit tu.
BalasPadamdan nk msuk sabah kena swab.
syu pon nnti nak kena pegi swab lg la sebelum balik kk. adoi..
Alhamdulillah akhirnya dapat balik kampung. Walaupun penat ke sana ke sini tapi mesti gembira dapat balik kampung kan.
BalasPadamSuka naik mas ni sebab makanan dia sedap-sedap
BalasPadamYour good writing makes many people feel happy.
BalasPadamWith a lot of writing, you are moved a lot. I also have a lot of interactions with you, I want to feel alive and be happy, saying that I will be a good friend with you, and I will be very happy too. I hope there are always good things and happy days. I always cheered for you.
Thank you
스포츠토토
BalasPadamIt’s actually a nice and useful piece of information.
I am glad that you simply shared this helpful information with us.
Please stay us up to date like this. Thanks for sharing.
일본야동
What’s up, yes this paragraph is really good and I have learned lot of things from it concerning blogging.
BalasPadam안전놀이터
siapa x teruja kan balik kampung tu.. dah le merentas laut cina selatan
BalasPadam