Pages

Jumaat, 1 Oktober 2021

Steamboat & Barbeku di Kampung

Cerita minggu lepas sewaktu makan-makan di kampung. Selepas  berbuka puasa dan solat Maghrib kami bergerak ke kampung. Hari itu hari Khamis malam Jumaat. Ada bacaan Yasin di rumah adik ipar.

Selesai membaca Yasin dan solat Isya' masing-masing layan diri untuk makan, pilih steamboat atau barbeku. Tak payah pilih. Mesti nak makan kedua-duanya sekali.

BBQ kambing dan sayap ayam.


Steamboat & BBQ.




Ulam-ulaman dan sambal belacan untuk dimakan bersama nasi.


Banyak pilihan sampai tak tahu nak ambil mana satu. Semuanya sedap-sedap! Ada kerabu peria, kacang bendi, kacang panjang, kacang botol dan jantung pisang celur. Ada lagi gorengan terung dan tempe serta tomato ceri. Semuanya menggoda selera!

Itik.

Adik ipar tempah itik yang siap dimasak. Tak tahu itik masak apa. Tak sempat rasa sebab perut sudah penuh dengan makanan lain.


Masakan kepala ikan ini memang Amie nak cuba tetapi terlupa! Memang nampak sungguh menyelerakan! Sedap kuahnya itu kalau bubuh atas nasi! Tapi malam itu Amie tak makan nasi.

Agar-agar gula melaka.

Ini kuih tradisi Bugis. Namanya Sikapuro.

Rasanya sangat manis!


Oleh kerana banyak pilihan makanan, akhirnya kita ambil tiga bekas. bawa ke sudut ruang tamu. Hirup kuah sup steamboat... slurrppp...sluuurrppp!



Malam itu tak makan banyak, tapi apabila tulis entri terliurlah pulak!


Kita panggang sendiri udang dengan kambing. Sayap ayam dengan sosej ambil saja sebab sudah disediakan oleh tukang panggang. Sambal kicapnya pula sangat sedap.


Ini bekas makanan kita yang ketiga. Ulam-ulaman dan sambal belacan.
Selesai makan-makan, kek pun di potong.
Rupanya ada sambutan ulang tahun ke 21 anak buah!



Ada dua kek.
Kek Secret Recipe dan kek durian.


Happy birthday Ummi Syazana!


Cuba teka. 
Mana satu Ummi Syazana.

17 ulasan:

  1. Yang tengah bawah sekali tu Ummi Syazana ke?

    Macam buffet kat hotel sambutannya, Kak Amie.

    BalasPadam
  2. membaca ni pun terliur kak Amie walaupun dah dinner. kalau saya ada makan-makan macam ni akan 'simpan perut', nak cuba semua. Ummi Syazana yang depan sekali tu kot

    BalasPadam
  3. Kalau akak pun mau makan semua Amie..semuanya mengoda..ulam2an tu adoiii bikin terbuka selera..

    BalasPadam
  4. salam ziarah..adui harumnya sampai kat Sabah..hehehe

    BalasPadam
  5. Sedap2nya ..
    Yang berwajah tirus mungkinkah Ummi Syazana?
    Macam gadis timur tengah..berhidung mancong Yang lain juga semua ayu jelita dalam persalinan sedodondon

    BalasPadam
  6. SANAH HELWAH UMMI SYAZANA SEDAPNYA KEK DURIAN

    BalasPadam
  7. WAH MACAM- MACAM MAKANAN ADA NI....TERBUKA SELERA SA tengok

    BalasPadam
  8. Ammi selalu ada masalah bila makanan terlebih banyak. Masalahnya Ammi akan makan sikit sbb jadi auto tak lalu pulak bila tgk byk makanan

    BalasPadam
  9. bestnya kak, memacam menu ada.... mau rambang mata milih, segala ulaman pun penuh sampaikan...

    BalasPadam
  10. Aduhaiiiii kek durian sebongkol buah durian dapnya. Tuan birthday yang depan sekali ka. Semuanya sedap-sedap tapi tenguk ulaman banyak dengan sambal belacan pergh kecur ni

    BalasPadam
  11. happy birthday ummi syazana. tak kira lah yang mane satu, semua cantik di mata saya...

    BalasPadam
  12. Meriahnya ada pelbagai menu. Memang tak memilih lah. Semua pun nak masuk mulut. Alamak, tak dapat nak teka. Mungkin yang belakang atau depan. Ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca entry latest, dapat tahu dah mana Ummi Syazana. Yang tengah bawah tu :)

      Padam
  13. banyaknya juadah makanan , mesti tak tahu nak pilih yang mana untuk makan ni

    BalasPadam
  14. perghhhh mmg menggugat selera ni... kek tu win laa siap ada durian hehehe

    BalasPadam
  15. balik kampung nanti nak buat steambot bbq jugak lah gini... mesti seronok betul

    BalasPadam