Pages

Sabtu, 2 Oktober 2021

Bihun Goreng Udang dengan Air Kulit Udang Kisar

Selamat pagi. Hari ini 2 Oktober 2021. Hari jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah. Kiranya, cuti umumlah hari ini. Walaupun cuti, perut kena isi juga... ahaks!

Jom sarapan Bihun Goreng dengan Air Kulit Udang Kisar. Beberapa hari lepas Amie buat sup kuetiau berkuahkan air kulit udang kisar. Kali ini Amie masak bihun goreng bubuh air kulit udang kisar juga. Kebetulan kupas udang, terus kisar kulit dan kepalanya dan tapis ambil airnya. Seperti biasa, Amie gunakan sambal tomato sebagai perencah. Boleh klik sini untuk resipi sambal tomato: SAMBAL TOMATO.

Kali ini Amie bubuh sedikit serbuk kunyit dalam masakan. Saja jew nak bagi warna...hiks!

Bihun Goreng Udang dengan Air Kulit Udang Kisar.


Bahan-bahan:
  • 1 paket bihun - rendam hingga lembut - toskan
  • 1 cawan isi udang segar
  • 1 cawan tapisan air kulit udang kisar
  • 3 sudu besar sambal tomato
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan sambal tomato, dan tuangkan air kulit udang. 
  3. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Kemudian masukkan udang.
  5. Setelah dang berubah warna, masukkan pula bihun dan taburkan serbuk kunyit.
  6. Gaul rata.
  7. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  8. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Hidangan sarapan pagi.


Penuhi permintaan Firdaus untuk makan Breaded Chicken Fillet.



Ada tambahan sarapan pagi iaitu pastil. Pastil ini lebihan kelmarin. Amie panaskan 3 minit dalam air fryer.


Banyak juga Encik Suami beli pastil sampai tak habis dimakan. Disimpannya lebihan pastil dalam peti sejuk. Setelah Amie panaskan semula, luar dan dalam pastil masih elok sempurna.

Sebentar lagi menjelang pukul 12:05 minit tengahari akan masuk waktu Zohor bagi daerah LD. Permisi ya kawan-kawan. Amie hendak bersiap sedia menjalankan tugas sebagaimana yang telah diarahkan. Selepas solat Zohor terus ke sekolah untuk tunaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Hari ini kononnya cuti. Sabar sajalah.
Ada masa nanti kita sembang lagi ya.
Assalamualaikum.


14 ulasan:

  1. Wah,ada pastil..
    Saya belum terbuat lagišŸ¤­
    Hari tu dah masak mihun.Cari acuan karipap entah kemana..Sebab tengok yang cikgu selalu upload semua depa guna acuan kan...kalau nak kelim macam tak feel pulak(alasan)hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... memang guna acuan. Saya pun tak pernah jumpa yang kelim tangan.

      Padam
  2. Sedapnya bihun goreng..kat rumah SA pagi ni banyak sarapan..ada mee goreng, kue tiow goreng nagn nasi goreng...rumah ramai orang...anak- anak buah balik...cuma x sempat nak amik gambar tadi...

    BalasPadam
  3. Bukankah kata hari ni cuti umum negeri Sabah.. ke LD dah pindah? Hihi

    Nampak sedap sangat bihun goreng udang tu, lagilah bila ada air kulit udang, terasa sungguh udangnya kan

    BalasPadam
  4. Menarik warna bihun tu Amie...pastil tu entah bila dpt mkn agaknya..

    BalasPadam
  5. cuti pun kena gi kerja ye kak Amie. Tak apalah, yang penting dah kenyang. hehe

    BalasPadam
  6. Wkmsalam
    Nampak sedap2 semuanya
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  7. Alamak.. Hari cuti dan pastu kene kerja sebelah petang...alahaiiii kalau ammi boleh bikin naik angin ni

    BalasPadam
  8. wow menyelerakan rajin sungguh ke dapur

    BalasPadam
  9. Luar kebiasaan guna air kulit udang.

    BalasPadam
  10. Manis rasa air udang beehoonnya. peberet ni dengan udang-udangnya sekali

    BalasPadam
  11. Air tangan kak amie mmg x mengecewakan…

    BalasPadam