Jumpa lagi di hari Jumaat penghulu segala hari. Moga sihat-sihat sahaja dan dapat teruskan rutin harian dengan lancar. Sarapan apa pagi tadi?
Malam tadi kami dapat kiriman nasi kuning , lauk sambal ayam serta puding jagung dan kuih bahulu dari Sandakan. Terima kasih atas ingatan biras dan adik ipar kepada keluarga terdekat. Mudah-mudahan jualan nasi kuning akan terus memberi pulangan yang lebih lumayan. Khabarnya setiap kali jualan, beras yang dimasak setiap hari antara 80 sehingga 100 kilogram. Lama jugalah Amie berangan untuk ke Sandakan tapi rentas zon belum lagi berpihak kepada LD. Kami berada di Zon 5 iaitu Lahad Datu, Kunak, Tawau, Semporna dan Kalabakan. Katanya mulai hari ini boleh rentas daerah dalam zon tetapi hanya LD - Kunak -LD sahaja. Untuk rentas daerah lain masih tidak dibenarkan kerana peratusan vaksin belum mencapai angka sepatutnya!
Jadi, duduk sajalah di rumah.
Jom kita sarapan Nasi Kuning Goreng Petai & Ikan Masin. Lebihan nasi kuning kiriman dari Sandakan Amie simpan dalam peti sejuk untuk digoreng dijadikan sarapan pagi.
Jika tidak ada nasi kuning, boleh gunakan lebihan nasi lemak. Sama sahaja rasanya. Bezanya hanyalah warna. Nasi lemak warna asli, nasi kuning ada tambahan serbuk kunyit.
- 4 cawan nasi kuning sejuk
- 4 papan petai - ambil isinya
- 1/2 cawan hirisan isi ikan masin yang sudah digoreng
- 10 biji cili padi - hiris
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 1 labu bawang besar - cincang
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
- Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar cincang hingga layu kekuningan.
- Kemudian masukkan nasi kuning.
- Gaul rata.
- Seterusnya masukkan petai, ikan masin goreng dan hirisan cili padi. Gaul beberapa kali.
- Setelah petai berubah warna, taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Gaul dua tiga kali dan padamkan api dapur.
Baca dua kali tadi, pulut kuning pernah makan tapi nasi kuning belum lagi, sedap dengan petai, dan ikan masin menambah selera. Moga terus laris dan maju jualannya. Aamiin.
BalasPadamMenyelerakan betul. Sedap juga nasi lemak lemak dijadikan nasi goreng. Selalu juga kak Amie dapat nasi kuning, kan. Alhamdulillah rezeki. Semoga perniagaan biras dan adik ipar Kak Amie terus maju. Banyak juga dapat dijual sehari tu.
BalasPadamSelagi belum boleh merentas, kita duduk je lah di rumah :)
Nasi kuning ni pernah jumpa masa di Kedah.
BalasPadamSabah ada juga ye? Boleh la cari bila ke sana nanti
nasi goreng dgn ikan masin..sedapnya..ada petai lg, bertambah ummphh..
BalasPadamBanyaknya Kak Amie 100 kg sekali jualan, lumayan hasilnya. Tentu enak nasi kuning dijadikan nasi goreng
BalasPadamBetul betul menyelerakan...
BalasPadamWah sedapnya... ikan kering tu yang membuatkan jadi tak tahan tengok. Kalau ada kat depan mata dah tentu kena ngap. He he he...
BalasPadamKalau dapat kat PH, confirm tak cukup sepinggan ni Kak Amie!
BalasPadamTak kisahlah apa jenis, asalkan nasi goreng memang favourite, tambahan regunya ikan masin pulak.
Wah ,jadi makin lapar lepas baca entri ni ..
BalasPadamWah...nasi kuning...
BalasPadamSaya pun pagi tadi makan nasi lemak goreng ðŸ¤
Simpan pic nak buat entri esok🤣
Amboii Amie..membuka selera sungguh menatap gambar nasi kuning tu..ada petai dan ikan masin pulak..
BalasPadampandai kak amie mengolah nasi lemak jadi goreng
BalasPadamKadang2 kalau ada baki nasi ayam/nasi lemak pun ammi jadi kan nasi goreng. Arwah mama selalu kata.. "kita buat dia"
BalasPadamsedap nyer
BalasPadamnampak sedap la ,
BalasPadampetai kt sana murah ke kak?
BalasPadamapa pun yang ada petai, mesti nampak menyelerakan
BalasPadam