Pages

Selasa, 12 Oktober 2021

Chicken Chop with Black Pepper Sauce & The Gang

Jumpa lagi warga maya yang dihargai.
Moga sihat-sihat saja dan dipermudahkan segala urusan sepanjang hari. Nampaknya sepanjang pagi ini cuaca agak mendung, tapi hujan tidak juga turun. Langit kelihatan gelap dilindungi awan kelabu. Seandainya hujan turun, biarlah titisannya membawa bersama rahmat dari-Nya.

Dalam surah al-Baqarah: 22 Allah berfirman:

“Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)”.

Air yang turun dari langit dipenuhi keberkatan dan banyaknya kebaikan.

“Dan Kami turunkan air dari langit yang penuh keberkatan lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai.” Surah Qaaf: 9.

Terdapat amalan-amalan yang dianjurkan Islam ketika hujan turun. Antaranya memanjatkan doa tanda syukur kepada Allah seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”

Anjuran untuk berdoa supaya kebaikan dan keberkatan semakin bertambah, begitu juga dengan manfaat yang semakin banyak. Di samping itu, terdapat hujan yang membawa musibah dan bencana. Sebab itu, kita berdoa hanya untuk mendapat hujan yang bermanfaat. Setiap kali turunnya hujan, ia membawa bersamanya rahmat baharu untuk manusia. Kerana itu, Baginda mengambil barakah dari hujan tersebut.

 Anas bin Malik r.a berkata,

“Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah menyingkap bajunya hingga tersiram hujan. Kemudian kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, “Kerana hujan ini baru saja Allah ciptakan.”

Sumber: Benarkah di setiap titisan hujan, tersembunyi rahmat Allah?

Cerita pagi ini, sarapan apa? 
Firdaus minta kentang goreng. Kita gorengkan kentang sekali dengan chicken chop, dan sediakan sos lada hitam. Terebih pekat pula sos lada hitam yang Amie buat. Biasanya yang suka tolong sediakan sos lada hitam sudah tentulah bujang yang merantau di Johor tu. Kalau dia yang buat, memang cantiklah hasil kejadiannya, berkilat dengan butter dan kemudian dia kisar supaya nampak halus dan licin!

Chicken Chop with Balck Pepper & The Gang


Selain sos lada hitam, Amie sediakan juga sos cili Thai tambah mayonis. Firdaus suka cecah dengan kentang goreng.

Chicken Chop

Kentang Goreng




Selamat menjamu selera!

23 ulasan:

  1. terima kasih atas peringatannya, wah sedapnya sarapan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, memanjat doa waktu hujan inshaAllah mustajab. Terima kasih atas ingatan. Sedap chicken chop.. Nampak memyelerakan..

    BalasPadam
  3. Firdaus mintak kentang goreng, penuh sepinggan lengkap mommy sediakan. Sedapnya style kentang goreng potong baji ni. Budak budak suka cicah sos dengan mayonis. Lama gak tak makan chicken chop. Dapat sos blackpepper sedap memang bestlah. Pandai ye Fuad masak sos blackpepper. Dah boleh merentas negeri ni dapatlah dia terbang ke Sabah balik kampung.

    BalasPadam
  4. terliur nengok menu kegemaran Firdaus tu

    BalasPadam
  5. Ala...bkn hanya Daus yg minta ciken chop..akak pun terliur tgk menu Amie ni

    BalasPadam
  6. Mantap sungguh sarapan Firdaus... Lain kali aunty pun nak sarapan chic chop nacam Firdaus laaa

    BalasPadam
  7. Menyelerakan betul juadahnya. Sos blackpepper tu mantap je tengok pekatnya. Daripada yg saya beli haritu dapat sos cair meleleh tak cukup rasa. Hampa betul sbb harga je mahal huhu 💆🏻‍♀️

    BalasPadam
  8. sedapnya kentang gorengfeveret tu

    BalasPadam
  9. Complete segala nutrien dalam hidangannya, terbaik Kak Amie.
    Yg hijau tu edamame ke Kak Amie?

    BalasPadam
  10. Meriahnya kak Amie. Ala western gitu.

    BalasPadam
  11. Sedapnya, Amie! PH nak ratah kentang goreng dulu hah..hah... Kita kat Selangor takde air 4 hari, so tak boleh nak masak ciken chop huu..huu...

    BalasPadam
  12. Akan sentiasa cuba berdoa ketika hujan.
    Ya Allah terliur tengok cop ayam itu.

    BalasPadam
  13. Hebatnya memasak..tahnia, air tangan ibu mithali

    BalasPadam
  14. sedap menu kak amie kalini..ala-ala western :)

    BalasPadam
  15. Seronok la firdaus kan...menu kegemaran dia...mesti berselera makan ni ..

    BalasPadam
  16. meriah betul chicken chop dia. kalau kat kedai ni mau RM15 sepinggan ;-)

    BalasPadam
  17. Betul tu, Puan.. Semalam kilat sambar menyambar, hujan tak turun..

    BalasPadam
  18. Wedges dan bread toast hidangan sarapan utk anak pagi tadi

    BalasPadam
  19. Lama dah tak makan chicken chop. Tengok ni terus terliur dibuatnya.
    Terima kasih utk perkongsian kisah baginda Rasulullah dengan hujan, Kak Amie.

    BalasPadam
  20. menarik betul chicken chop kak amie... klu bukak restoran mesti laku keras

    BalasPadam