Pages

Sabtu, 16 Oktober 2021

Hot Plate Cafe Sri Perdana

Jumpa lagi di hari Sabtu. Nampaknya cuaca di LD mendung sahaja. Sinaran matahari pun muncul sekali-sekala. Firdaus sibuk melayan anak-anak kucingnya di luar. Sesekali berlari masuk ke dalam rumah menunjukkan gelagat anak-anak kucingnya yang dirakam dalam HP. Encik Suami pula awal pagi tadi sudah keluar dengan meinggalkan pesanan : Hari ini banyak kerja hendak diselesaikan. Tengahari tak balik.Mungkin lewat petang baru selesai kerja.

Tengahari ini tak masuk dapur. Pesan sahaja makanan melalui Foodpanda Nanti abang angkat Abang Farid hantarlah ke rumah.

Salah satu tempat kami suka pesan makanan ialah di Hot Plate Cafe Sri Perdana. Amie paling suka mi rebus dan mi bandung! Kuahnya sangat sedap. Sudahlah sedap, beli sebungkus boleh makan berdua atau bertiga. Portionnya besar!

Boleh lihat entri yang lepas tentang Hot Plate Cafe Sri Perdana di sini:

Mi Rebus Daging Hot Plate Cafe Sri Perdana




Bahan mi rebus : mee kuning, tauhu goreng, taugeh, telur rebus & hirisan cili hijau.


Kuahnya pula ada hirisan daging, dan nampak agak pekat.
Sedap sangat makan ketika masih panas.
Harga Mi Rebus Daging ini RM11.90 sen.
Memang puas hati makan!




Biasanya kalau tak sempat masak, sesekali kami pesan juga nasi ayam penyet di sini. Harga Nasi Ayam Penyet RM13.90 sen sebungkus.



Ini pula Nasi Ayam Penyet Premium. Agaknya sebab ada serondeng dengan telur masin kot, jadi sebut premium. Sebungkus RM15.90 sen.






Seperti biasa, ada sup kosong yang masih panas.


Kadang-kadang kami beli nasi ayam penyet sekali dengan tom yam. Pernah sekali beli tom yam daging sebungkus RM10.90 sen.


Selain Mi Rebus Daging, Amie selalu pesan Mi Bandung. Harganya pun sama dengan Mi Rebus Daging, RM11.90 sen. Sebagaimana Mi Rebus Daging, Mi Bandung ini juga sangat sedap! Itu sebabnya berulang-ulang membelinya.



Udangnya pun boleh tahan juga dari segi saiz dan bilangannya. Biasanya ada 5 ekor udang.


Untuk Firdaus, sesekali layankan menu kegemarannya iaitu Grilled Lamb Chop Black Pepper.
Satu set RM23.90 sen.


Waktu petang pula, Amie pesan cucur udang.
Satu set dengan sambal RM7.90.
Memang tak pernah tak habis, sebab Firdaus suka sangat makan cucur udang.


Amie nak padam gambar dalam galeri HP, dan ini salah satu gambar Mi Bandung sewaktu kami makan di restoran tersebut. Makan berdua dengan Encik Suami saja. Memang Encik Suami kena bantu Amie habiskan Mi Bandung sebab banyak sangat!


Encik Suami pula makan Nasi Goreng Kampung.
Nampak sedap!




Kalau dine in, boleh pilih tempat duduk sama ada makan bersila atau duduk di kerusi.


Sesiapa yang sampai Lahad Datu bolehlah singgah untuk menjamu selera di sini : HOT PLATE CAFE SRI PERDANA

13 ulasan:

  1. Semuanya mcm sedap kak... meriah sangat menu yg akak order tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebelakangan ini jarang dah masuk dapur... makan luar saja hihihiii.

      Padam
  2. Best kalau ada restoran yg masakannya kena dgn selera apatah lagi portion dan harga berpatutan. Temgok gbr2 tu klu sy pun memang dah tak yah pergi tempat-tempat lain, kalau lapar, situ sajalah kita tuju, hihi

    BalasPadam
  3. Kalau sedap dan portion banyak.. Confirm repeat. Best idea dia letak sambal dlm plastik aiskrim tu

    BalasPadam
  4. Sedapnya mi bandung dia. Warna merah menyala, udang pun besar. Rindu pulak nak balik kampung Muar lepas baca ni.

    BalasPadam
  5. Foodpanda memang menyelesaikan masalah tak sempat masak,atau tetamu dtg tp takds apa nk dihidangkan..ataupun takde mood nk masak..

    BalasPadam
  6. Telur rebus sebiji.
    Memang nampak banyak. Bahan-bahan pun meriah. Ok itu sesekali makan di luar. Tidak payah basuh pinggan. Ihiks.

    BalasPadam
  7. Mee rebus tu fav SA Kak Amie........

    BalasPadam
  8. Ya ampun kak, sedap-sedap nampaknya semua menu tu... lapar nengok

    BalasPadam
  9. ow la la...semua terbitkan liur mbul kaakkk. suka semua fotonya...aku mau nasgor kampung, dan tomyam yang merah membara hihi

    BalasPadam
  10. Sesekali order food delivery by foodpanda cuti masak. Mi rebus dan mi bandung dia kuah pekat betul. Nampak jelas identiti mi bandung tu. Puas hati membeli kalau portion besar berbaloi dengan harganya yang besar jugak. Cafe dia pun menarik. Makan ramai ramai duduk bersila best jugak tu.

    BalasPadam
  11. menarik juga menu2 kat cafe ni. Mee rebus dan mee bandung adalah dua makanan yang susah nak cari yang sedap...

    BalasPadam