Pages

Sabtu, 16 Oktober 2021

Bakso Jawa

Petang kelmarin, minta tolong Encik Suami hantar ke sekolah ambil skrip jawapan peperiksaan murid. Malas nak pandu kereta sendiri sebab sudah berada dalam zon selesa... ahaks! Kemudian mohon pertolongannya lagi untuk hantar ke kedai alat tulis, urus fotostate modul untuk murid tingkatan 4 dan tingkatan 5. Lama juga Encik Suami menunggu dengan sabar bersama Firdaus di dalam kereta sebab Amie uruskan lagi hadiah-hadiah untuk murid-murid yang menyertai program HIP (High Immersive Programme) dan juga hadiah untuk murid-murid yang menyertai Project Based Learning (PBL) murid tingkatan Peralihan sehinggalah ke tingkatan 5. Alhamdulillah permohonan untuk sediakan 98 bungkusan hadiah diluluskan oleh pengetua. Bukan mudah untuk menarik minat murid menyertai aktiviti secara dalam talian! Jadi sebagai penghargaan, kita pun gigih menyiapkan kertas kerja memohon peruntukan membeli hadiah.

Setelah selesai semua urusan, perut pun rasa lapar! Dalam perjalanan pulang, Amie ajak Encik Suami singgah di gerai Taman Pertama untuk beli kuih. Setelah keluar dari kereta, tiba-tiba terpandang tulisan Bakso Jawa terpampang di depan mata. 

Kita makan bakso sajalah! Tak jadilah nak cari kuih.

Restoran Bakso Jawa ini orang taman panggil gerai atau warung. Kawasannya luas, dan bersih. Jom makan bakso. Amie pilih Bakso Tenis. Encik Suami pula nak makan Bakso Special. Firdaus tak mahu makan bakso. Budak kecil ini nak makan nasi dengan udang butter basah.


Bakso Tenis.

Bakso Special.

Jus Oren.


Oleh kerana nasi yang Firdaus minta lambat sampai, jadi terpaksalah budak kecil ini sedut air minumannya sambl perhatikan kami hirup sup bakso. Nak tunggu nasinya sampai, nanti kuah bakso sejuk pula. 



Kuah atau sup Bakso Tenis sudah cukup sedap! Nak tambah rasa pedas, Amie pun tuangkan sedikit sambal cili padi dan kicap. Bismillah.



Setelah habis kami makan bakso, barulah sampai nasi udang butter basah. Gigihlah Firdaus buang kulit udang!


Tengoklah mulutnya tu! Sampai herot-perot menahan liur nak makan udang yang sedang dikupas... hiks!

Untuk santai-santai waktu petang bolehlah berkunjung ke Restoran Bakso Jawa yang letaknya di pinggir jalan di Taman Pertama Lahad Datu: Gerai Bakso Jawa Pertama Satu


13 ulasan:

  1. Hehe nampak kegigihan Firdaus untuk kopek udang. Tidak pula dia minta tolong pada Puan Amie dan suami tolong kopekkan. Mesti sudah lapar sangat.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap semuanya, Firdaus sabar menunggu, mengopek udang yang sangat menyelerakan..

    BalasPadam
  3. Bakso Tenis tu pertama kali sy dengar, Kak Amie. Firdaus, boleh geng dengan Kak Iman, suka makan masakan butter, hihi

    BalasPadam
  4. Beza bakso tenis dn special cuma part telur sj?

    BalasPadam
  5. Tengok Firdaus makan bakso tu terus SA rasa nak makan Bakso plak...sedapnyaaa

    BalasPadam
  6. Pandai dia buang kulit udang tu sendiri ye kak, kalau Aiyan sanggup dia tak makan heheheh... nampak muka Firdaus tu tahan liur dah nak makan

    BalasPadam
  7. Comel aksi Firdaus nak makan udang tu :)

    BalasPadam
  8. aw si kecil pilihnya udang butter

    tapi mbul liat es oren seger kali kak...pengen aku hihi

    baksonya mancaaap

    BalasPadam
  9. Bagus gak tu kak Amie sediakan hadiah, at least tarik minat mereka untuk join kan. Itu biasa kak Amie. Kalau dah nampak makanan lain lagi sedap, lupa niat nak beli makanan yang mula mula nak tu. Sedapnya bakso macam ni. Lama gak tak pekena bakso. Selalu juga beli yang kurang menepati selera. Mujur jugalah firdaus sabar menunggu makanan dia sampai. Sedap nampak pesanan Firdaus tu. Jus oren tu sangat pekat memikat betul.

    BalasPadam
  10. Jus oren tu yg menarik hati..dia guna grapefruit ke? Nampak merah isinya

    BalasPadam
  11. nape name dia bakso tenis? ade kaitan dengan sukan tenis ke? hehehe

    BalasPadam