Pages

Ahad, 3 Oktober 2021

Bihun Goreng Dengan Daging

Selamat berhujung minggu.
Apa agaknya rancangan aktiviti sepanjang hari ini?
Sebelum memulakan apa-apa aktiviti fizikal, mari kita alas perut terlebih dahulu.

Nampaknya Amie tidak ada menu lain selain bihun goreng. Kelmarin sarapan bihun goreng. Hari ini pun sarapan bihun goreng juga. Bezanya kelmarin bihun goreng dengan udang, hari ini Bihun Goreng Dengan Daging pula.

Kawan-kawan sarapan apa ya?


Bihun Goreng Dengan Daging


Firdaus akan kuis-kuis cebisan daging dan letak di tepi piring. Jadi, kita yang memahami sangat selera budak kecil ini, kita pun siap-siap gorengkan sayapayam salut tepung Bestari. Encik Suami pula sudah berpesan minta renihkan kopi. Jadi sambil goreng sayap ayam, Amie renih serbuk Kopi Cap Kuda Terbang kiriman Pak Herman dari Padang. Amie renih bersama beberapa ketul gula batu. 


Bahan-bahan:
  • 1 paket bihun - rendam hingga lembut - toskan
  • 1 cawan hirisan tipis daging
  • 1 cawan hirisan lobak merah
  • 1 pokok sawi - potong ikut citarasa
  • 2 kuntum cendawan shiitake kering - rendam hingga kembang - toskan - hiris tipis
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging. Goreng kacau sehingga daging berubah warna.
  3. Seterusnya masukkan lobak merah bersama cendawan shiitake. Kacau dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan sayur sawi diikuti dengan bihun. Gaul rata.
  5. Taburkan lada putih tumbuk, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
  6. Gaul sekali lagi dan padamkan api dapur.
  7. Hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang dan cili merah.

18 ulasan:

  1. Sedapnyaa pagi-pagi makan mihun ni

    BalasPadam
  2. Hehe keluarga Puan Amie peminat mihun.
    Saya sarapan hotdog dan cekodok.

    BalasPadam
  3. Mihun goreng memang evergreen kan...Tak jemu2 makan.Rencah daging pula

    BalasPadam
  4. Sedapnya...hari ni SA makan cekodok kuchai dengan nasi goreng...cekodok tu cicah sambal ikan semalam...laju je menyuap...hehehe

    BalasPadam
  5. Mihun goreng memang paling sedap buat sarapan, letaklah apa saja, udang, daging, ayam, goreng dobo pun sedap dah

    BalasPadam
  6. ahah rasa nak goreng bihun juga lah

    BalasPadam
  7. kalau kat rumah mehun warna gini tak berapa laku sebab Aiyan tak suka, kalau tak warna oren merah dia tak mandang kak... tapi dana suka yang simple gini

    BalasPadam
  8. peberet ni beehoon. Ala daus ayam juga peberetnya.

    BalasPadam
  9. semalam saya tak masak ape pon, sarapan pagi makan bubur kacang yang kakak saya bagi...

    BalasPadam
  10. Macam macam versi bihun kak Amie. Semuanya menyelerakan sungguh. Hari hari bihun goreng pun tak jemu lah kalau makan. Cuma tukang masak je kadang jemu masak benda yang sama. hihi
    Semalam saya brunch terus kak Amie. masak sotong celup tepung lagi dengan sambal tempoyak kiriman mak mentua.

    BalasPadam
  11. sedap tu bihun goreng daging...kt umh ni menu bihun jrg sgt masak..slalunya mee goreng tkpun kuehtiaw goreng

    BalasPadam
  12. Sedapnya kak… sy mmg suka bihun putih cam ni. X kisah laa ada daging ke tak…hehehe

    BalasPadam