Pages

Khamis, 7 Oktober 2021

Asam Pedas Ikan Merah dengan Sawi Jeruk

Rasa seperti agak lama tidak main masak-masak di dapur. Teringin pula makan asam pedas ikan. Jadi hari ini masaklah  Asam Pedas Ikan Merah dengan Sawi Jeruk. 

Asam Pedas Ikan Merah dengan Sawi Jeruk.

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan merah
  • 150 gram sawi jeruk - hiris tipis
  • 7 biji tomato kampung
  • 7 tangkai pokok kesum
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / gula  Melaka / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil belacan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia



Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan hirisan sawi jeruk, gula Melaka, air dan asam gelugur.
  3. Biarkan masak mendidih.
  4. Masukkan ikan  merah, daun kesum dan tomato kampung.
  5. Masak sekejap sahaja (3-4 minit) sebab ikan merah sangat lembut. 
  6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Kacau sekali dua dan kemudian padamkan api dapur.

Asam Pedas Ikan Merah dengan Sawi Jeruk.


Kita temankan asam pedas dengan telur masin dan ulam-ulaman.


Jangan lupa sambal belacan!


Ini telur masin beli di Kunak. Namanya telur masin tapi tak berapa nak masin. Sedap!

19 ulasan:

  1. Gurauan apakah ini, Kak Amie??? Tengok warna asam pedas dah tergoda, apa lagi dibilang ada sawi jeruk dan daun kesom, bocor tak periuk nasi???

    BalasPadam
  2. Tak pernah lg letak sawi jeruk dlm asam pedas...lain kali kalau buat,nk cuba letak...
    Tergoda betul tgk telor masin tu Amie..

    BalasPadam
  3. Menawannya telur masin tu... lagi-lagi yang oren tu. kalau kurang masin makan macam tu je pun sedap.

    BalasPadam
  4. sedapnya..telan air liur dah ni!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak amie
    Tengok gambar-gambar kak amie yang close up camni teruih rasa nak makan la....Mantap betul.Saya lak makin malas nak snap gambar.Main ikut dan dia jer haha

    BalasPadam
  6. sedapnya kak amie..
    ammi belum pernah masak asam pedas letak sawi jeruk..in fact apa2 jeruk pun tak pernah letak

    BalasPadam
  7. sedapnyaa lahai asam pedas..shida suka kak amie :)

    BalasPadam
  8. Sedapnya asam pedas ada sawi jeruk.Teringat zaman study dulu makan asam pedas sawi jeruk ni kat gerai depan kolej.Kuahnya cair saja,tapi sedapnya ya ampun

    BalasPadam
  9. sedapnya menu tu kak, dana tak pernah cuba masak dengan jeruk sawi ramai yg kata sedap bila tambah jeruk tu...
    memamng sesuai la gu dia kak... segala ulaman tu,

    BalasPadam
  10. sama. la. menu kita
    asam pedas ikan
    telur masin tu menggoda selera sy

    BalasPadam
  11. Haah tidak pernah makan asam pedas dengan sawi masin. Mesti sesuai.

    BalasPadam
  12. Menggoda sungguh sambal belacan dan telur masin tu

    BalasPadam
  13. Sawi Jeruk? eh...boleh cuba la nanti....x pernah makan lagi sawi jeruk

    BalasPadam
  14. Sedap betul lauk asam pedas ikan merah kak Amie. Saya suka makan asam pedas orang masak. Nak masak sendiri tak pandai lagi masak asam pedas. Hihi
    Sawi jeruk tu yang sawi macam pakchoy buat jeruk ke Kak Amie?

    BalasPadam
  15. Susah nak cari sawi jeruk sedap dan dijamin halal di area rumah saya. Memang sedap bubuh dalam asam pedas

    BalasPadam
  16. Asam pedas dengan nasi putih panas2, memang menyelerakan

    BalasPadam
  17. sy terbayangkan lauk asam pedas ni cicah dgn roti canai kak hehehe

    BalasPadam