Pages

Khamis, 7 Oktober 2021

Buah Manggis Mesta

Ahad lepas, jalan-jalan ke Kunak. Singgah di pasar. Beli telur masin, tomato kampung, langsat dan manggis. Sampai rumah, tengok rupa manggis macam lain macam saja. Teringat pernah terbaca entri POKOK MANGGIS MESTA di kebun WAK WARISAN PETANI. Wak kata 

Buah manggis biasa bentuknya bulat dan tampuk di belakangnya rata, tetapi kali ini buah manggis nampak lonjong dan tapak nampak berpetak-petak pula.



Orang kata ulas di dalamnya mengikut jumlah tampuk di luarnya.



Macam banyak pula jumlah tampuk di luarnya. Ada yang 8 dan ada yang 10.
Jom kita lihat jumlah di dalamnya.


Ada 10 ulas isi manggis mesta.



10 ulas kan?


Pertama kali kami makan manggis mesta.
1 kg berharga RM13. Dapatlah 7 biji.


Cantik warna kulit manggis mesta bahagian dalamnya. Warna maroon. 


16 ulasan:

  1. 1 kg 7 biji tu macam besar2 buahnya, Kak Amie.

    Kecur pulak nampak mesta pagi2 ni, hihi

    BalasPadam
  2. dana tak pernah jumpa lagi manggis mesta ni kak... yelah kan ulasnya banyak lagi dari manggis biasa... sampai 8 dan 10 ulas...
    isi dalamnya pun maroon, biasa kan macam ungu kan...

    BalasPadam
  3. dah lama juga rasanya saya tak makan manggis. Kadang tak berani nak makan, batuk.

    BalasPadam
  4. Banyak ulasnya. baru tahu manggis mesta, teima kasih kongsi.. Cantik gambar-gambar...

    BalasPadam
  5. Nampak beza antara mesti dan manggis.

    BalasPadam
  6. Boleh tahan juga harga mesta ni. Belum pernah makan lagi. Saya perasan kalau mesta ni tampuk dia lain sikit selain bentuk lonjong. Ulas banyak dan kulit pun lebih tebal sikit dari manggis.

    BalasPadam
  7. Kata anak sedara akak,isinya lebih pejal dari manggis..kurang berair..

    BalasPadam
  8. masa kecik kalau arwah ayah beli manggis..masing2 berebut buah yg banyak tampuk bawah hahaha. sibuk berebut sudahnya arwah ayah yg agih-agihkan. dahhhh jangan ngada2 nak bergaduh2.

    BalasPadam
  9. sedapnya buah manggis..nasib dah mkn sebelum ni..xla teringin sgt hehee

    BalasPadam
  10. warna maroon bukan ungu macam manggis biasa
    ulas dalam pun banyak

    BalasPadam
  11. Banyak plak ulas dia kak...kat tmapuk tu ada 7..beria SA mengira...hehehe...

    BalasPadam
  12. Nampak sedap. Tak pernah makan mesta.

    BalasPadam
  13. ms budak2 kalau makan manggis, dia punya air merah tu lekat kt tangan. so pura2 mkn tangan berdarah/luka heheehe

    BalasPadam