Pages

Khamis, 2 September 2021

Udang Goreng Salut Tepung BESTARI Campur ENO

Sebulan lamanya Fairuz berada di LD. Urusan suntikan vaksin dos pertama dan kedua sudah selesai pada 22 Ogos 2021. Petang kelmarin, Fairuz beli tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, dan bersama Encik Suami pergi ke balas polis memohon kebenaran rentas daerah.

Pulang dari balai polis, Fairuz terus tanya : Mommy masak apa hari ini?

Ketika itu hari hampir senja. Amie masih lagi berada di hadapan komputer menyiapkan kerja. Selepas solat Maghrib Amie bergegas ke dapur. Goreng mee hoon dan goreng cucur jagung campur udang kegemaran anak-anak. Fairuz masuk dapur. Hai anak! Sambil menggoreng cucur jagung campur udang, air mata turut bercucuran!

Ketika menaip entri ini tak semena-mena air mata menitis lagi. Amie kesat air mata. Tiba-tiba Firdaus menegur : Kenapa Mommy?

Tak ada apa dik. Mommy rasa panas. Peluh masuk ke mata.

Harapnya hari ini sebelum Fairuz terbang, dapatlah kami makan tengahari bersama. Amie gorengkan udang salut tepung BESTARI dan tambahkan serbuk ENO. Resipi ini Amie pernah kongsikan di sini: RANGUPNYA UDANG GORENG SALUT TEPUNG BESTARI CAMPUR ENO

Siapa yang tolak Udang Goreng Salut Tepung BESTARI Campur ENO memang rugilah... ahaks! Ratah begitu saja tanpa sos pun sangat sedap.

Udang Goreng Salut Tepung BESTARI Campur ENO.


Hidangan hari Khamis:
  • Nasi Putih
  • Udang Goreng Salut Tepung BESTARI Campur ENO
  • Ikan Kutambak @ Temparing Goreng
  • Ikan Bolu @ Susu Masak Rebus Kuning
  • Sayur Petola Tumis Pecah Telur
  • Sambal Tempoyak
  • Limau Sunkist

Ikan Kutambak @ Temparing Goreng.

Sayur Petola Tumis Pecah Telur.

Sambal Tempoyak.

Ikan Bolu @ Susu Masak Rebus Kuning

Limau Sunkist.


Fairuz dan Firdaus sudah tentulah pilih udang dan ikan goreng. Kita makan nasi dengan sayur petola dan ikan bolu rebus serta sambal tempoyak cukuplah. Lepas itu hirup kuah ikan rebus yang masih panas. Alhamdulillah. Sihat dan berkhasiat.
Jom kita lihat resipi Udang Goreng Salut Tepung BESTARI Campur ENO. Kalau ada simpanan sebotol ENO, ambil sajalah 1 sudu kecil. Kalau ada ENO dalam paket kecil, tuang sajalah semua ke dalam adunan. Tak perlulah nak tambah baking powder atau soda bikarbonat.

Bahan-bahan:
  • 400 gram udang  - buang kepala, kulit dan tarik urat hitam - tinggalkan ekor - kelar-kelar sedikit di bawah perut udang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar Campuran Tepung Bestari Pedas
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk ENO
  • air secukupnya - untuk adunan seperti jemput-jemput
  • minyak
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, campurkan tepung jagung, tepung gandum, tepung Campuran Tepung Bestari Pedas, serbuk ENO dan telur.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan adun sebati seperti membuat adunan jemput-jemput.
  3. Biarkan selama 5 minit.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
  5. Ambil bahagian ekor udang dan celupkan isi udang ke dalam adunan. Kemudian masukkan ke dalam minyak gorengan. Ulangi lagi.
  6. Setelah udang kelihatan kuning keemasan, angkat dan toskan.

17 ulasan:

  1. sungguh mengiurkan udang salut tepung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Afeezz, kalau boleh Firdaus nak makan sorang hihihii.

      Padam
  2. Semua sedap....tiap kali nampak nama ikan yang lain dari yang lain SA google je..baru tau macam mana rupa ikan tu...hehehe..then beli...then masak..then makan sendiri...macam ikan jepun tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang kalau jumpa ikan yang baru pertama kali Kak Amie beli, kalau rasanya sedap, berkata pulalah dalam hati: Kenapalah dari dulu tak nak cuba makan ikan ini hihihii.

      Padam
  3. Oh begini rupa udang salut tepung dengan ENO. Selalu nampak di kedai.

    BalasPadam
  4. Memang rugi sungguh la kalau siapa tak makan udang goreng ni, nampak melalui gambar pun dahhhh sedapppppp.

    BalasPadam
  5. Udang salut tepung campur eno . Menarik ni . Nampak skin tepung udang tu flawless je kan

    BalasPadam
  6. Nampak gebu dan ranggup udang tu..seolah memanggil2 utk mkn.

    BalasPadam
  7. Selalu juga nampak dalam oldpost cikgu goreng udang tepung letak Eno..
    Pernah nak cuba,tapi belum menjadi lagi
    Kat tempat saya ni nak cari Eno ori yng biru tu kemain susah..Merata 7E & farmasi mencari tak dapat Eno biru tu.Yang bersepah Eno halia,orange & lemon.

    BalasPadam
  8. Cantik macam kat kedai Thai. Next time boleh cuba tapi kena beli Eno dulu.
    Ikan susu tu nampak sedap buat rebus kuning. Adakah rasanya masam masam?

    BalasPadam
  9. udang dimasak apapun sedap ja kan

    BalasPadam
  10. Alahai..hujan di dapur ye mommy. Siapa yang tolak udang salut tepung ni memang rugilah dia. Sedap makan sorang pun tak sedar boleh habis.

    BalasPadam
  11. Alahai, begitulah lumrah kehidupan, berpusing-pusing. Dulu kita tinggalkan mak, kini anak pula tinggalkan kita demi menuntut ilmu, sabar ya Kak Amie.

    Apapun hidangan Kak Amie tetap tak mengecewakan.

    BalasPadam
  12. fav udang tu..tkpernh try goreng ada ltk eno tu

    BalasPadam
  13. Allah! sempurnanya udang kak amie..elok bersalut!

    BalasPadam
  14. menariknya udang salut tepung tu. msti sedap ratah mcm tu je..

    BalasPadam