Boleh tarik nafas panjang sedikit. Dari pagi BDR, dan menjelang pukul 12 tengahari dapat berehat seketika. Selepas solat Zohor nanti boleh sambung tugas semula.
Pagi tadi tak sempat sediakan sarapan. Encik Suami masak maggi dan makan bersama Firdaus di dapur. Sebelum makan Firdaus panggil ke dapur untuk sarapan bersama tapi Amie tak boleh tinggalkan tugas. Kemudian Firdaus datang lagi, katanya:
Mommy. Nanti Daus bawa sarapan letak di meja komputer Mommy ya?
Boleh sayang.
Datanglah budak kecil itu dengan semangkuk maggi.
Setelah meletakkan mangkuk berisi maggi di atas meja komputer, Firdaus berkata lagi:
Nanti Daus bawakan Mommy air.
Budak kecil ini faham sangat minuman kegemaran Amie di waktu pagi hanyalah air kosong.
Dia pun letakkan mug berisi air.
Ini air Mommy. 150ml air panas. 100ml air biasa.
Terima kasih sayang.
Mommy makanlah. Letak saja bekas makan di sini. Nanti Daus angkat bawa ke dapur.
Ok sayang.
Kita pun sambil PDPR, sambil suap sesudu dua sudu maggi masuk mulut.
Sedang kita sibuk online, Firdaus datang lagi.
Kenapa Mommy tak makan maggi?
Daus makan ya?
Belum sempat kita jawab, disudunya maggi masuk ke mulutnya!
Belum sempat kita jawab, disudunya maggi masuk ke mulutnya!
Sambil BDR, sambil arahkan itu ini:
Firdaus! Baca Quran. Nanti waktu google meet dengan ustaz tidaklah merangkak-rangkak baca Quran.
Daus! Sudah mandi ke belum?
Daus! Sudah mandi ke belum?
Belum.
Kenapa tak mandi?
Kenapa Mommy tak mandikan Daus macam dulu-dulu?
Kenapa tak mandi?
Kenapa Mommy tak mandikan Daus macam dulu-dulu?
Tiba-tiba datang budak kecil itu berdiri di sebelah kita.
Bolehkah Mommy bukakan baju Daus? Daus nak mandi.
Allahu Akbar!
Bolehkah Mommy bukakan baju Daus? Daus nak mandi.
Allahu Akbar!
Sabar sajalah.
Kita pun tanggalkan pakaiannya. Senyum-senyum dia.
Daus ni tak malukah dengan Mommy? Sudah besar pun minta Mommy bukakan baju. Minta Mommy mandikan!
Tersengih-sengih Firdaus. Kita peluk dia. Kita cium dia walaupun dia belum mandi.
Oh! Sayang Firdaus!
Daus ni tak malukah dengan Mommy? Sudah besar pun minta Mommy bukakan baju. Minta Mommy mandikan!
Tersengih-sengih Firdaus. Kita peluk dia. Kita cium dia walaupun dia belum mandi.
Oh! Sayang Firdaus!
Alahai...manjanya daus...comel aje...dia sorang yangkecik kat rumah kan kak amie
BalasPadamItulah SA... sorang jew dia di rumah dengan kami berdua.
PadamBaiknya Daus. Tahu nak serve untuk mommy. Tapi ehhh dia pulak yang makan. Hehe...masa ni lah nak bermanja dengan mommy. Dia dah lupa dia dah besar.
BalasPadamHaha time mommy sibuk time tu la dia nk bermanja2
BalasPadamDia rindu nak bermanja-manja dengan mommynya yang sibuk tu. sengih sesngsorang tenguk keletah daus.
BalasPadamAlolo lo comelnya budak kecik tu...!
BalasPadamBaca tajuk teringan filem "Sayang Anakku Sayang" lakonan seniwati Noor Azizah dengan Zulkifli Zain serta Aziz M.Osman dan Nor Nikman Dadameah yang masih kanak-kanak masa tu.10kali menonton,11 kali air mata akan tumpah....
Comelnya keletah Firdaus. Sunyi jugak dia bila abang-abang jauh. Part suapkan megi tu sweet sangat.
BalasPadamgitu la ank bila mak bekerja dr rumah kn..kdg time sibuk tu la...nk itu nk ini..hehe
BalasPadamRindu perhatian mommy tu.. cian Daus, hihi
BalasPadamBagusnya Firdaus bawa makanan dan minuman untuk mommy, comel pula dia rindu masa dia dimandikan mommynya hehe..
BalasPadamalolo comeynya Daus. Masa kecik ni lah mereka nak manja-manja.. nanti dah besar mereka dah segan. Kalau boleh kita nak je kelek2 mereka sampai besar.
BalasPadamHehe minta dimanjakan.
BalasPadamAlhamdulillah diringankan dengan membantu bawa makanan dan minuman.
Heheee senyum2 saya baca dialog anak beranak ni tau hehee :)
BalasPadammoga sentiasa berkasih sayang kak amie sekeluarga :)
baik nyer firdaus bawakkan sarapan utk mommy
BalasPadambgusnya daus bwkkan mknn utk mommy dia. dia tau mommy dia busy. tp smpt lagi dia bermanja ya..
BalasPadam