Pages

Khamis, 2 September 2021

Belahan Hatiku Terbang ke Sana

Petang ini Amie sambung kerja-kerja hakiki yang sudah pastinya akan bersambung hingga ke malam. Tiba-tiba badan rasa lemah sahaja. Panggil Encik Suami : Sudah telefon anak? Sudah sampaikah ke Kota Kinabalu?

Pukul 3 petang tadi bersama Encik Suami dan Firdaus, kami hantar Fairuz ke lapangan terbang. Fairuz dijadualkan terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada pukul 4.20 petang. Kami tidak boleh berlama-lama di lapangan terbang. 

Entahlah! Walaupun anak-anak sudah besar, sudah dewasa tetapi hati ibu tetap cengeng! Sudahlah airmata! Janganlah mengalir lagi. Biarlah anak-anak berdikari. Biarlah anak-anak terbang ke sana, terbang ke sini mencari erti kehidupan ini.

Fairuz sudah sampai ke KK, kata Encik Suami.

Alhamdulillah.

Jom pergi dapur. Encik Suami beli kudap-kudapan  untuk minum petang.

 

Menu petang:

  • Teh Ais
  • Takoyaki
  • Pandan Ball
  • Peanut Waffle
Takoyaki

Peanut Waffle

Pandan Ball

Teh Ais



17 ulasan:

  1. Sedapnya menu minum petang kak Amie. Semoga Fairuz sentiasa dalam lindungan Allah

    BalasPadam
  2. Begitulah perasaan mak mak. Even dah berkahwin juga masih cengeng jugak. Tambah lagi bila musim COVID melanda ni. Rindu dan kerisauan tu sukar dibendung.

    Sedap menu minum petang Kak Amie ada waffle ada takoyaki. Fav tu :)

    BalasPadam
  3. Doakan mereka selamat dan sejahtera.

    BalasPadam
  4. Begitulah naluri seorang ibu..kalau boleh nak anak2 sentiasa disampingnya..sentiasa menganggap anak2nya masih kecil..sedamgkan anak2 dah besar panjang..mahu meneroka alam

    BalasPadam
  5. Stay strong kak amie. Semoga anak kak amie baik2 sahaja disana. Jaga diri ya.

    BalasPadam
  6. Susah kan nak lepaskan anak.. rasa macam mereka tu kecik lagi dan kita perlu pantau.. tapi bila diingat balik.. mereka perlu berdikari demi masa depan.

    BalasPadam
  7. naluri keibuan memang macam tu. walaupon tak nampak sedih, di hati mereka siapa yang tahu

    BalasPadam
  8. Pasti sedih berrenggang dengan anak. Moga saling berhubung dapat mengubati rindu. Sedap hidangan petang, rindu pandan ball.

    BalasPadam
  9. Alaaaaa...teringin peanut waffle..letak choc sekali kan...alahai sedapnyaa.....tepung waffle ada tu...bleh la buat...

    BalasPadam
  10. Ala sedapp pulak takoyaki tuuu, dah berapa lama nak beli, tapi tak beli beli sebab habiskan buah cempedak dulu hehehe

    BalasPadam
  11. Begitulah perasaan Ibu. Walaupun dah besar dah boleh berdikari tetap cengeng.
    Sedapnya minum petang kak Amie.

    BalasPadam
  12. Yang dinamakan emak kan...
    Pernah dengan "Mak Mah" iaitu pelakon Ruminah Sidek berkata
    " Anak-anak bila dah besar lebih banyak makan doa emak daripada makan masakan emak"
    Kata-kata itu melekat dalam hati saya & saya rasa ada benarnya

    BalasPadam
  13. Siapapun akan cengeng bila anaknda jauh di mata 😓

    BalasPadam