Hari ini 19 September 2021 bersamaan pada hari Ahad.
20 tahun yang lalu, 19 September 2001 jatuh pada hari Sabtu.
19 September 2001, tarikh kelahiran putera ketiga kami, yang disangka sebagai anak bongsu dalam keluarga. Ini adalah disebabkan jarak antara anak ketiga dan keempat sejauh 12 tahun!
Walaupun hari ini Fairuz berada di Kota Kinabalu dan tidak bersama kami sekeluarga di LD, namun hari kelahirannya ini tetap kami tidak lupakan.
Jadi, hari ini kita cerita tentang anak bongsu tak jadi. Itulah usikan untuk Fairuz daripada keluarga dan saudara-mara.
|
Fairuz PKP 1.0 (2020) |
Pengalaman sepanjang tempoh mengandung anak-anak memang tidak mungkin dapat dilupakan. Amie juga mengalami alahan yang agak teruk. Tidak dapat menelan makanan, dan muntah-muntah. Waktu itu rasa seperti berada di dunia lain. Pantang terbau aroma masakan, mesti terus mabuk dan muntah-muntah. Morning sick tak usahlah dicerita lagi.
Akibat tidak bermaya, Amie mohon untuk cuti tanpa gaji daripada pengetua. Permohonan Amie tidak diluluskan. Pengetua nasihatkan supaya jangan ambil cuti tanpa gaji, kerana akan memberi kesan sewaktu pencen nanti. Katanya, datang sahajalah ke sekolah. Duduk di bilik rehat. Berikan tugasan untuk murid. Beritahu ketua kelas, kalau ada masalah boleh jumpa di bilik rehat. Pesan pengetua lagi, jangan lupa ambil sarapan pagi. Katanya lagi, kalau rasa sudah sihat, bolehlah masuk kelas. Kelas Amie berada di tingkat 3.
Mendengar nasihat pengetua yang sangat bertimbang rasa itu, Amie rasa bersemangat! Tidak sangka pengetua boleh memberikan kelonggaran begitu. Katanya, beliau faham sebab isterinya juga pernah menghadapi masalah seperti Amie. Sampai sekarang Amie sentiasa terkenang budi ehsan bekas pengetua kami, mendiang Anuar Fabian Mail.
Amie gagahkan diri datang ke sekolah. Makanan yang mampu Amie kunyah hanyalah buah -buahan sahaja. Itu pun terhad kepada buah lai dan buah epal. Kadang-kadang Amie terpaksa tahan rasa muntah di dalam kelas. Amie tutup mulut, tetapi telinga pula jadi pekak! Rupa-rupanya buah yang Amie makan apabila disekat keluar ikut mulut, ia cuba keluar ikut telinga! Allahu Akbar! Bayangkan apabila kita korek telinga, yang keluar ialah cebisan buah yang tidak dapat dimuntahkan melalui mulut!
Setelah masuk usia kandungan bulan kelima, barulah ada selera untuk makan. Makanan yang Amie boleh terima pula hanya nasi beriani. Setiap hari Encik Suami beli nasi beriani, tapi Amie jamah sedikit sahaja. Oleh kerana setiap hari beli nasi beriani, timbullah pula rasa malu Encik Suami beli di kedai yang sama. Jadi, kalau tengahari beli di kedai A, petangnya beli di kedai B. Esoknya pula cari kedai C. Rasanya, di mana sahaja restoran yang menjual nasi beriani di LD, Encik Suami akan masuk ke sana.
|
Ulang tahun Fairuz yang ke 12 |
Kali ini Amie tidak daftar di Klinik Ibu dan Anak sebaliknya Amie daftar di klinik swasta untuk pemeriksaan kandungan dan kesihatan. Bukan apa. Dengan keadaan Amie yang tidak berapa sihat, Amie tidak sanggup beratur menunggu giliran di Klinik Ibu dan Anak. Kalau di klinik swasta, hanya buat janji temu sahaja dan tidak perlu tunggu lama. Amie dijadualkan bersalin pada 11 September 2001. Akan tetapi apabila tiba tarikh tersebut, tidak ada tanda-tanda untuk bersalin.
Doktor di klinik swasta minta Amie rujuk ke hospital LD!
Apalagi!
Marah sungguh doktor di hospital.
Lain kali jangan ke klinik swasta lagi! Katanya.
Nampak gayanya macam marah saja. Agak kasar juga doktor lelaki muda yang masih bujang itu meletakkan kad klinik swasta di hadapan Amie.
Saya bagi tempoh sampai 19/9/2001. Sebelum tarikh itu kalau ada rasa sakit atau tanda-tanda hendak bersalin, terus datang hospital. Kalau 19/9 tak bersalin juga, kita akan paksa bersalin.
Kalau di klinik swasta, setiap kali datang memang kena scan, tapi di hospital tidak pula. Doktor tersebut hanya memeriksa perut dan mencari kedudukan bayi dalam kandungan menggunakan tangan sahaja.
Tak dapat bayangkan kalau kena bersalin paksa, atau bersalin induce kerana over due! Ya Allah! Macamana ni?
Kenapa sayang tak mahu lahir?
Tolonglah Mommy.
Dalam tempoh tersebut, Amie selalu memujuk kandungan dalam perut supaya segera lahir. Jangan biarkan Mommy kena induce.
Subuh 19 September 2001, mula rasa sakit. Amie sempat solat Subuh dan mandi sebelum ke hospital. Memang ingat sangat pesan doktor tempohari supaya segera ke hospital sekiranya ada tanda-tanda untuk bersalin atau rasa sakit.
Pukul 9:30 pagi lahirlah bayi lelaki seberat 3.3kg. Sebaik sahaja jururawat angkat untuk ditunjukkan kepada Amie, bayi tadi bersin! Terkejut jururawat yang bernama Irene (lihat tanda namanya).
Itu dia! Terlalu lama duduk dalam perut, apabila keluar terus bersin! Kata jururawat Irene.
Macam sekejap pula saya urus kamu bersalin.
Itu kata jururawat Irene.
Alhamdulillah. Proses bersalin tidak memakan masa yang lama.
Semuanya dipermudahkan olehnya.
Sewaktu sesi pemeriksaan di wad bersalin, datanglah doktor yang memberi tempoh bersalin sehingga 19/9/2001.
Eh! Cepat pula kakak bersalin, katanya.
Amie senyum saja. Dalam hati berkata : Dia yang bagi tarikh itu, dia pula yang rasa pelik.
Dulu, Amie rajin buatkan kek ulang tahun untuk anak-anak ikut citarasa masing-masing. Fairuz suka red velvet cake. Sekarang Amie dah tak rajin nak buat kek. Tak tahulah kalau minat itu datang lagi pada masa akan datang.
Fairuz ini ceritanya sejak lahir tak mahu menyusu formula. Walaupun Amie bekerja, dia tetap tunggu Amie pulang kerja untuk susu badan. Kata pengasuhnya, susu badan yang dibekalkan dalam botol susu pun dia tak mahu hisap. Fairuz menyusu badan bukan dua tahun, tetapi sehingga usia 8 tahun! Allahu Akbar! Walaupun Amie pernah tinggalkannya selama berminggu-minggu kerana menghadiri kursus, tetapi dia tetap juga mencari susu badan.
Banyak kali kami berusaha untuk hentikannya dari menyusu badan tetapi tidak berjaya. Ini termasuklah lekatkan getah bakawali yang pahit itu pada puting susu, dan juga letakkan pewarna merah seolah-olah darah.
Suatu hari Fairuz terlihat 'toyol' sewaktu menonton tayangan filem. Dari situlah dia ketakutan sebab toyol itu dikatakan menyusu ibunya. Mungkin takut jadi toyol, mulai saat itu Fairuz berhenti menyusu badan.
Ketika Fairuz berada di tahun 6, lahirlah Firdaus! Fairuz sangat seronok dapat adik. Setiap waktu dia perhatikan kakak ipar Amie uruskan Firdaus. Dia teringin sangat untuk dukung Firdaus. Kalau Firdaus menangis, Fairuzlah orang pertama pujuk adiknya. Suatu hari, Fairuz berkata : Terima kasih Mommy sebab bagi saya dik!
Pernah sekali, sewaktu Amie sedang masak di dapur, tiba-tiba Fairuz muncul mendukung adiknya sambil berkata : Mommy. Saya sudah mandikan adik!
Ya Allah! Rasa nak gugur jantung melihat Firdaus yang baru berusia 3 bulan dimandikan Fairuz! Siap dipakaikan lampin pakai buang dan lengkap berpakaian!
|
Fairuz menunggu kami di depan pintu pagar SJK (C) Yuk Choi. |
Ada satu peristiwa yang tak dapat kami lupakan. Ketika itu kereta Encik Suami terpaksa dibawa ke bengkel kerana terlibat dengan kemalangan. Terpaksalah kami kongsi kereta ke tempat kerja. Sepatutnya Encik Suami ambil Firdaus di kampung (kakak ipar jaga),dan terus ambil Fairuz di sekolah. Fairuz pula ada kelas tambahan sehingga pukul 4:30 petang. Kami terlambat sampai ke sekolah. Sempat ambil gambar Fairuz duduk seorang diri menunggu kami di depan pagar sekolah. Waktu itu rasa nak menangis melihat keadaannya. Sudah tentu Fairuz penat dan lapar.
Walaupun penat tapi melihat adik Firdaus, terus saja dia minta untuk peluk.
Kesian abang Fairuz lama menunggu. Agaknya begitulah kata Firdaus dalam hati.
Beginilah keadaannya, setiap kali diambil dari sekolah, memang Firdaus yang Fairuz cari!
Kalau jalan-jalan pun, Fairuz yang mahu pangku Firdaus dalam kereta.
Sekarang Fairuz sudah besar panjang.
Sudah jadi anak teruna.
Oleh kerana sewaktu Firdaus berumur 2 bulan, Abang Farid sambung belajar di Labuan, dan kemudian Fuad pula menyusul ke sana, jadi Firdaus hanya ada Fairuz. Itu sebabnya hubungan mereka sangat rapat.
Selamat ulang tahun anak Mommy & Baba.
Moga jadi anak yang soleh, berakti pada agama, bangsa dan negara.
Nampaknya Fairuz lebih berminat membantu urusan peniagaan ikan abang sepupunya. Kami harap Fairuz tidak lupa janjinya untuk sambung belajar. Katanya, dia stress sambung belajar secara online. Mudah-mudahan ada peluang untuknya mengambil kursus secara bersemuka berkaitan bidang yang diminatinya.
# Sewaktu menulis entri ini, rasa rindu terhadap anak-anak terus menjalar ke segenap ruang hati. Pedih!
Selamat hari jadi buat anakanda, moga berjaya dan dirahmati Allah swt. Aameen. Ceria dia bila dapat peluk Firdaus masa pulang dari sekolah.
BalasPadamYa, dia sangat gembira dapat adik.
PadamYa Allah besar ujian Puan Amie mengandung. Setiap kandungan berbeza.
BalasPadamOh lama menyusu. Agaknya itu berjarak jauh dengan yang bongsu.
Ya, mungkin jugalah faktor menusu badan menyebabkan jarak kelahiran yang jauh.
PadamPasti kita sbg ibu akan sentiasa mengingati dan merindui saat2 mula mengandung setiap anak2
BalasPadam..saat2 melahirkan..bila dia org dah besar terasa sunyi pula kan .
Betul tu.
PadamRasa sunyi dan sepi bila mereka tiada di sisi. Rasanya cepat sangat masa berlalu, mereka membesar dan tinggalkan kita.
Kak Amir sama mcm ammi. Alahan teruk ketika mengandung sampai kene tolak gaji sbb terlebih ambil MC dan EL.
BalasPadampart nyusu sampai 8 tahun tu.. Kenapa lah cerita toyol tu tak muncul awal ye hahaha
Memang banyak dugaan orang mengandung kan Ammi.
PadamHahahaaa.... patutnya cerita toyol tu muncul waktu umur Fairuz 2 tahun.
Happy birthday anakanda kak amie, semoga membesar menjadi anak kebanggaan keluarga. amiinnn...
BalasPadammencabar juga dugaan sewaktu kehamilan, tapi Allah sedang menguji dan menghadiahkan anak soleh. amiinn...
Terima kasih SS.
PadamYa, dugaan mengandung ini tak sama setiap orang, dan tak sama setiap anak.
Selamat ulangtahun anakanda Fairuz, moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Samalah kita Amie, tiap kali mengandung punya alahan yang teruk.
BalasPadamTerima kasih Diela.
PadamItulah kenangan, walaupun rasa sengsara tapi manis apabila dikenang.
Selamat hari lahir Fairuz..semoga Fairuz baca tulisan bonda ni dan fahami erti pengorbanan seorang ibu..betul tu kak amie...untung kak amie dapat merasa pengalaman berlainan ketika hamilkan anak- anak kak amie..SA punya pengalaman tak banyak..hanya sekali tu je...dan banyak pahit dari manisnya
BalasPadamTerima kasih SA.
PadamApabila kita jadi ibu, secara tidak langsung terus terbayang bagaimana keadaan ibu kita sewaktu melahirkan kita. Insaf!
Hb buat Fairuz
BalasPadamTerima kasih Wak.
Padamhehehe... makanan yang boleh dimakan hanya nasi beriyani.. wow sangat.
BalasPadamHappy birthday buat Fairuz.
Nasi beriani tu... makan pun sikit saja. Asalkan ada isi perut.
PadamApabila alahan sudah hilang, tak adalah makan nasi beriani lagi. Makan makanan biasa saja.
Tq ucapannya.
Memang wowww lah sangat bila anak menyusu sampai 8 tahun ni. Salute! Memang susah nak pisahkan ya. Wafi ngam-ngam masuk 5 tahun pun dah lama sangat kak. Itu pun bagi amaran kalau nak t*t*k lagi ibu bagitau Ummi Zai (pengetua sekolah), minta bagitau kawan-kawan. Otomatik esoknya stop. Kadang kita pun tak sangka kaedah mana yang sesuai.
BalasPadamAnw, happy birthday Fairuz. semoga menjadi anak yang membahagiakan mommy dan baba.
Banyak kali diberi amaran dan ugut bagi tahu cikgu, tapi dia tak peduli. Heheheee... nakal betul kan. Terima kasih ucapannya.
BalasPadamLain pula dugaan mengandungkan Fairuz. Syukur proses bersalin mudah. Doktor tu tak rilek betul kan. Tak jaga perasaan ibu mengandung betul. Dah bersalin dia pulak yang pelik. Betul betul sayang adik Fairuz ni. Excited dia dapat adik. Memang tak lepas betul nak pegang adik balik sekolah. Patutlah rapat mereka berdua. Kesian Firdaus menangis tu. Ada ada je ragam Fairuz. Memang tak boleh leka ni kalau tinggal berdua dengan adik. Gambar kat depan pagar pintu sekolah macam 'abang kawasan' betul. Semoga lepas ni Fairuz dapat sambung belajar.
BalasPadamHappy birthday Fairuz, semoga sihat selalu, dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan, berjaya dunia akhirat. Aaaminnn...
Itulah ujian Allah. Di sebalik kesukaran ada yang dipermudahkan. Waktu mengandung memang sangat sengsara, tetapi waktu bersalin dipermudahkan pula. Syukur Alhamdulillah.
PadamTerima kasih doanya untuk Fairuz. Mudah-mudahan Allah makbulkan.
Alhamdulillah..
PadamAamin....
sama-sama :)
Happy belated birthday Fairuz ..
BalasPadamTak sabar nak dengar pengalaman mengandung dan melahirkan si handsome boy @ Johor tu pula.
Tq Mama Cella.
PadamCerita Fuad sudah ada dalam entri lepas : Hari ini 14 September.
Selamat Hari Lahir Fairuz, moga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat
BalasPadamseronok baca cerita akak pasal Fairuz... dugaan betul ya masa mengandungkan dia, mujur pengetua akak sangat bertimbang rasa. Kalau tidak susah juga waktu pencen nanti kalau ambil cuti tanpa gaji dengan lama. Setiap hari cuma nak makan nasi beriani je ye kak, aduhai mujurla banyak kedai jual nasi beriani kalau tidak susah juga...
Itulah Dana. Apabila orang bertimbang rasa kita pun terus rasa bersemangat. Segan pun ada, dan sudah tentu tambah hormat padanya.
PadamMakan nasi beriani tu hari-hari tapi sedikit saja, dan tak sampai seminggu. Lepas tu mabuk berkurangan, bolehlah makan makanan yang biasa dimakan.