Hari ini Amie masak rebus-rebus saja. Agak lama tidak masak Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi. Sewaktu dalam pantang selepas selepas melahirkan Firdaus, 40 hari lamanya arwah kakak ipar jaga Amie. Bonda pesan supaya selalu hirup sup betik untuk tambahkan susu badan. Jadi arwah kakak ipar boleh dikatakan setiap hari masak sup ayam dengan betik. Kadang-kadang ditambah daun kemangi untuk aroma yang lebih segar. Betik yang diolah itu pula jenis betik mengkal. Apabila dijadikan sup rasa manis betik bercampur dengan perasa lain seperti garam dan lada hitam. Lepas hirup kuah memang berpeluh-peluh.
Sewaktu kami makan, Firdaus bertanya, ada tak lagi kuah sup dalam periuk? Amie ambilkan semangkuk kecil untuknya. Sup dihirup terus dari mangkuk.
Amie tanya:
Sedap ke dik?
Sedap. Ini makanan sihat dan berkhasiat, katanya.
Firdaus tidak makan betik, tetapi makan ayam dan juga daun kemangi.
Mommy. Ada lagi tak sup?
Ada. Sayang mahu lagikah?
Iya. Daus suka sup.
Firdaus hirup 4 mangkuk kecil sup!
Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi. |
- Nasi Putih
- Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi
- Kiampau Rebus Air Asam
- Kobis Bunga & Brokoli Celur
- Petai Celur
- Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Nanas
Lauk-Pauk Kampung. |
Hidangan Tengahari Khamis. |
Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi. |
- 1 bahagian sukuan peha ayam - potong 6 keping
- 1/2 biji betik mengkal - anggaran 400 gram
- 7 tangkai daun kemangi
- 2 cm halia - ketuk
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 1 labu bawang besar - belah 6
- 1 sudu kecil lada hitam / lada putih - tumbuk (boleh tambah jika sukakan rasa lebbih pedas)
- 1.2 liter air
- garam / perasa pilihan
- Masukkan ayam, betik, halia, bawang putih dan bawang besar serta air ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api dapur.
- Setelah daging ayam empuk, masukkan lada hitam / lada putih bersama daun kemangi.
- Taburkan garam / perasa pilihan.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Daun Kemangi. |
Cantiknya gambar-gambar menyerlah.. Firdaus suka sup hingga hirup bermangkuk-mangkuk, sedap nampak carrot empuk lembut.
BalasPadamOwh… betik bole buat sup ye.. first time dengar. Kat sini banyak sgt yg sy first time dengar…
BalasPadamKalau jumpa sup ayam, saya suka makan dengan roti je..
BalasPadamTak pernah makan daun kemangi. Menarik. Pertama kali Syu dengar😅.
BalasPadamSukanya bau daun kemangi mwsti lagi segar menggamit selera nak makan.Saya suka buat ulam,lagi-lagi kalau dapat kemangi putih(sebenarnya hijau)aroma keras tapi sedap
BalasPadamKalau makan lauk macam ni, saya guna sudu kak Amie. Puas menyudu nasi berkuah sup. Sy sebenarnya rasa nak minta aje betik muda dengan jiran depan tu, terbayang sayur bening betik boh lada hitam dan dan selasih, hihi
BalasPadamFirdaus makan sup sahaja. Hehe kalau saya pun lebih makan sup, banjirkan nasi.
BalasPadamsukanya firdaus makan sup betik cmpur kemangi mesti sedap sgt tu
BalasPadamsaya suka jugak sup betik, penah makan makanan dalam pantang kakak punya
BalasPadamsup ayam campur betik rebus-rebus je. Tak pernah rasa.
BalasPadamDapat bayangkan rasa sedap masakan sup ayam campur betik dan daun kemangi ni. Nak carilah daun basil ni kat nursery. Nampak selalu digunakan dalam masakan melayu selain western.
BalasPadamSedapnya aroma daun kemangi tu mmg membuka selera
BalasPadamSedapnya. Terbayang adik Firdaus menghirup penuh nikmat. Rasa sedap ditambah bau wangi memang berselera
BalasPadamNampak sedap tu ha...sedapnya kalau dapat hirup sup panas2 macam tu..SA selalu nampak daun kemangi ni kat kampung..x pernah cuba makan lagi...eh terasa nak cuba la..mak cakap daunnya wangi...rupa macam daun selasih
BalasPadamSedappnyaa sup ayam tuuu, kalau saya makan, harus banjir nasi dengan sup tuuu. Siap makan nasi, hirup pulak lebihan sup. Memang mantap! Hehehehe.
BalasPadamSelalu nampak daun kemangi pandang sebelah mata je sebab tak reti nak masak apa. Lepas ni boleh buat sup macam Kak Amie.
BalasPadamnampak sedap dan sihat sup ayam & betik ni.
BalasPadambru tau psl daun kemangi ni. tak sure pernah nmpk ke x sbelum ni sbb tak kenal kan..