Pages

Khamis, 9 September 2021

Daging Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Mangga Muda

Sudah makan tengahari? Amie belum masuk dapur. Sambil menyiapkan laporan, sambil temankan Firdaus pula. Sekarang Firdaus sedang belajar al-Quran secara google meet dengan guru agamanya. Ada hidangan makan tengahari kelmarin yang belum sempat dijadikan entri.

Kelmarin Amie sempat olah Daging Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Mangga Muda. Daging salai? Mana dapat? Huurrmmm... salai dalam air fryer sajalah. 

Daging Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Mangga Muda.


Hidangan makan tengahari Rabu:
  • Nasi Putih
  • Ikan Batu @ Temparing @ Kutambak Goreng
  • Tauhu Goreng
  • Kangkung Tumis Belacan & Udang
  • Daging Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Mangga Muda
  • Buah Tembikai

Ikan Kutambak @ Temparing @ Batu.

Kangkung Tumis Belacan & Udang.

Tauhu Goreng.

Buah Tembikai.


Daging Salai Masak Lemak Tempoyak dengan Mangga Muda.

Bahan-bahan:
  • 300 gram hirisan daging salai air fryer
  • 4 biji mangga muda saiz kecil - belah 4
  • 2 batang serai - diketuk
  • 500 ml air
  • 1 kotak kecil santan
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar / tumbuk:
  • 25 biji cili padi
  • 2 cm kunyit
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu besar tempoyak

Cara memasak:
  1. Masukkan daging salai, mangga muda, bahan kisar, serai, dan air ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga kuah mendidih dan daging empuk.
  3. Kemudian masukkan santan kotak.
  4. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau selalu sehingga kuah mendidih.
  6. Padamkan api dapur.

Sedap rupanya mangga muda masak lemak tempoyak dengan daging salai!


16 ulasan:

  1. Satu set menu makanan yang menyelerakan..

    BalasPadam
  2. Belum masak dan belum makan tengahari lagi Kak Amie. Masih kenyang makan bihun sarapan tadi. Sedap daging salai masak lemak. Salai guna air fryer pun boleh. Asalkan ada rupa salainya tu. Sedap juga letak mangga muda rangup rangup di makan. Mujur baru makan kangkung haritu balik kampung. Kalau tidak teringin juga makan sayur kangkung dah lama tak makan. Asyik ulam salad je :)

    BalasPadam
  3. Semua sedap-sedapnyanya..Seksi udang dalam sayur kangkung.Masak lemak tempoyak tu terasa kat tekak ni....Saya tak suka asam asaman tapi kalau jadi lauk.saya suka pula..hihihi

    BalasPadam
  4. mesti sedap masam-masam gitu ye kak mangga muda tu

    BalasPadam
  5. sedp tu daging salai..lapar la plak

    BalasPadam
  6. Bagaikan terasa masam2,pedas2, daging salai masak lemak tempoyak tu cikgu Amie..

    BalasPadam
  7. Baru lepas makan asam pedas tapi masih kecur tengok daging salai masak tempoyak 🤭

    BalasPadam
  8. Tengahari tadi saya beli jer, makan ayam salai masal lomak cili api. Saya pernah minat daging salai masak lemak, tp since berpantang daging, mmg tak sentuh dah…

    BalasPadam
  9. Menyelerakan semua hidangan, masak lemak mangga daging salai, sedap. Nasib tadi saya makan nasi ayam sambal hijau dengan kerabu mangga.. Pedas nak sama dengan masak lemak dan kangkung tu kan..

    BalasPadam
  10. Tidak pernah makan kombinasi tempoyak dan mangga muda.

    BalasPadam
  11. daging salai masak tempoyak pernah rasa tapi bila campur mangga muda emmm mesti lagi ummphh

    BalasPadam
  12. Kalau mngga muda biasanya SA campurkan dalam masak lemak ikan kak amie..x kisah ikan apa...sedap...

    BalasPadam
  13. Sedappp nyaa kangkung tumis belacan dan udang tuuu. Buah tembikai pun apa kurangnya, makan time cuaca panas, memang nikmat!

    BalasPadam
  14. Sedapnya masam-masam mangga dalam gulai!

    BalasPadam
  15. sedapnya daging salai masak lemak tempoyak. lama xmkn daging salai..

    BalasPadam