Pages

Jumaat, 10 September 2021

Jom Sarapan Durian Goreng!

Selamat pagi, salam di angin lalu dari LD with love.
Mari berehat seketika. Kita sarapan pagi dulu. Amie ada sepinggan durian goreng! Marilah makan sama.

Durian Goreng.


Isi dua biji durian.

Awal pagi tadi sempat ke pasar bersama Encik Suami. Sebelum ini Encik Suami dah pesan, kalau ke pasar jangan lagi minta beli durian. Malam tadi Amie minta Encik Suami belikan. Sebiji saja! Tapi sampai pasar, Encik Suami pula yang lebih-lebih pilih durian.Silap-silap mahu diborongnya sebakul. Amie kata sebiji saja. Apabila Encik Suami ambil dua biji, Amie kata cukuplah. Kata penjual durian, isinya kuning. Siap dia tunjukkan lagi isi durian dalam longgokan yang kami pilih. 

Sampai rumah, apabila dibuka isi durian warna seperti di atas.
Terima kasihlah penjual durian.

Amie terus buat adunan tepung, dan goreng 15 ulas isi dari sebiji durian.

Durian Goreng.
Bahan-bahan:
  • 15 ulas durian 
  • 1.5 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk ENO
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • 1 titis pewarna kuning lemon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • minyak untuk menggoreng tenggelam
Cara:
  1. Campurkan tepung gandum bersama gula, garam dan serbuk ENO serta pewarna kuning lemon dalam sebuah bekas.
  2. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan terus bancuh adunan, tidak cair dan tidak terlalu pekat.
  3. Biarkan adunan seketika lebih kurang 5 minit.
  4. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng tenggelam.
  5. Celupkan ulas durian ke dalam adunan dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Goreng sehingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.

26 ulasan:

  1. fuh menariknya hidangan ni, mahal tu sudah pasti hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan harga durian tak mencekik leher macam dulu-dulu, dapatlah buat goreng-goreng hehehee.

      Padam
  2. Banyak juga tu isi 2 biji durian. emmm kalau saya tak sempat di goreng wassalam dalam pewut....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ....kirim salam sajalah hihihii.

      Padam
  3. Eh eh..dia yang nasihatkan dia pulak yang nak beli lebih ye. Orang nak beli lebih, kita lagilah suka. Sedihnya kena scam dengan dengan penjual kata isi kuning tapi dapat isi pucat sikit. Teringin nak rasa durian goreng. musim durian dah habis pulak. Lain kalilah. Cempedak pun tak dapat lagi ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah habis ye musim durian di Malaya/ Di sini pun ada sikit-sikit saja lagi. Cempedak mula datang, tapi harga kayanganlah pulak!

      Padam
    2. Tak nampak orang jual durian tepi jalan. cempedak pun dah harga level durian dah. huhu

      Padam
    3. Kena tunggu musim akan datanglah ye Fizah.

      Padam
  4. Wah.. macam goreng cempedak atau durian tempura ni. Kena cari serbuk eno dulu, durian WP ada lagi sebekas dalam peti ajaib 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya esok pagi macam nak goreng durian lagi. Tak jadi buat nasi lemak. Ikan bilis tak ada.

      Padam
  5. Adoi Kak Amie ni, durian goreng la pulak hihi...
    Makan panas2 sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput PH. Sedap makan sementara masih panas.

      Padam
  6. Kt sini durian dh ucap selamat tinggal..dh habis dah musim buah2an..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... musim akan datang durian muncul lagi...kita ucapkan selamat datang kepadanya pula.

      Padam
  7. Tak pernah buat lagi goreng durian ni
    Nampak sedap kejadiannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap Wak. Lagilah kalau goreng durian biji kecil, penuh isi duriannya.

      Padam
  8. Tak pernah makan durian cara ni. Mungkin sebab rumah ni kalau ada durian tak pernah tak habis

    BalasPadam
  9. SA x pernah lagi makan durian goreng...nampak menarik tu kak amie..cempedak goreng pernah la makan...

    BalasPadam
  10. Nampak menarikkk durian goreng, dah macam cempedak goreng pun ada bila sekali pandang hehehe.

    BalasPadam
  11. tak pernah lagi rasa durian goreng. sebab selalunya durian akan makan macam tu jer, paling tak pon buat bubur

    BalasPadam
  12. Tengok durian goreng Kak Amie, kena katup mulut rapat-rapat. Takut meleleh air liur hehehe
    Tak ada rezeki dapat isi durian kuning, ada rezeki durian goreng. Yummehhh!

    BalasPadam
  13. sedapnya durian goreng. akak syu ckp mak syu pon buat durian goreng utk sarapan pg hari ni.
    rugi tak dpt rasa sekali..

    BalasPadam