Pages

Isnin, 13 September 2021

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Murid & Kisah Murid-Muridku

Selamat tengahari. Sudah masak tengahari? Amie belum masuk dapur lagi. Pagi ini pantau anak-anak murid kelas Amie yang terpilih untuk menerima bakul makanan dari pihak sekolah. Semenjak PKP 1.0 lagi pihak sekolah berusaha untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang terjejas terutamanya keperluan asas seperti bahan makanan.

Sumbangan diterima dari pelbagai pihak termasuk daripada guru-guru sekolah kami. Kelmarin sembang dengan anak buah tentang program sebegini di sekolahnya. Katanya, dia ikut sekali bersama pengetua untuk menghantar makanan. Sedih sangat keadaan murid-murid yang terjejas. Sudah tentu bukan murid itu sahaja tetapi keluarganya juga. Jadi, jangan ditanya kenapa murid tak ikut kelas PDPR! Sedangkan bekas beras tidak berisi apalagi untuk top up HP!

Setiap waktu kami dikehendaki memastikan semua murid dalam kelas 'sekurang-kurangnya' ada makanan di rumah. Jika ada yang bermasalah, mereka hanya mesej kami dan guru-guru berusaha menghantar bakul makanan untuk mereka.

Minggu lepas, kami bermesyuarat di sekolah dan memang hasil perbincangan sangat menyentuh hati. Murid-murid yang tidak ada masalah ekonomi keluarga, memang boleh ikuti PDPR sepanjang masa. Menitis air mata apabila kami dimaklumkan pelbagai masalah yang menimpa murid-murid kami, dan sudah semestinya murid-murid lain di seluruh negara!

Apabila maklumat dan data diperolehi, semua murid mempunyai peranti tetapi mengapa tidak sampai 30% yang ikut PDPR?

Ada yang kongsi HP dengan ibu bapa.
Ada yang kongsi dengan adik-beradik.
Ada yang hanya boleh baca mesej, tak boleh buka gambar dan pautan digital.
Ada yang tak mampu top up.
Ada ibu bapa yang hilang pekerjaan.
Sudah tentu hilang punca pendapatan.
Akhirnya ibu bapa bergaduh.
Ada yang bercerai.
Ada murid yang terpaksa bekerja untuk bantu pendapatan keluarga.

Melihat perkongsian di media sosial tentang murid ikuti Google Meet, Microsoft Terms, Zoom dan pelbagai lagi aplikasi canggih, bukan bererti semua murid mampu!

Murid dapat buka WhatsAap ikuti PDPR pun sudah seribu syukur!


Penyerahan Bakul Makanan pada hari ini bermula 8:30 -11:30 pagi.

                             

Hari ini tidak ada PDPR. Tidak perlu hantar eRPH dan laporan  bergambar kepada pihak pentadbir, dan tidak perlu mengisi borang SPDPR serta kehadiran murid. Mata pun tidaklah sampai berair memeriksa hasil kerja murid. Kadang-kadang ada juga tertinggal satu atau dua tugasan murid yang terlepas pandang, tak disemak. Biasanya mereka akan mesej dan ingatkan: Cikgu belum semak latihan saya. Terima kasih sangatlah murid yang ingatkan. Cikgu minta maaf. Cikgu pun insan biasa. Banyak kekurangannya. Kadang letih sehingga terlupa dan terlepas pandang. Biasanya kerja-kerja semakan begini berlanjutan sampai ke malam.
Itu sebabnya, kalau penat dengan kerja-kerja sekolah, boleh buka dapur maya sekejap.

Minggu lepas Amie sempat ke sekolah dan bawa pulang sebahagian buku-buku latihan yang dihantar oleh murid. Jadi, bolehlah disemak sepanjang cuti ini. Ada juga murid yang minta maaf tidak sempat hantar. Amie pesan, kalau hantar buku nanti berikan sahaja kepada security guard dan minta letakkan di meja guru. Sebelum ini Amie letakkan kotak khas untuk letak buku di dewan terbuka. Pengetua arahkan supaya dewan terbuka dikosongkan untuk susun kerusi meja murid sebagai persediaan pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 3 Oktober 2021 nanti.

Sebahagian kerja murid yang akan disemak pada hari ini.

Doakan PDPR atau pun PDP Bersemuka nanti terus berjalan lancar. Mohon doa juga agar anak-anak murid Amie sentiasa dipermudahkan urusan pembelajaran mereka terutama calon SPM 2021/2022.

12 ulasan:

  1. Semoga semuanya berjalan lancar untuk anak- anak kita semua ye Kak Amie...sekolah nak buka ni kita mak- mak yang risau sebab keselamatan mereka kan..dah la mereka belum vaksin lagi

    BalasPadam
  2. Allahu...
    Dapat menyelami anak-anak yang terjejas kerana pernah melalu zaman sekolah bila musim hujan tidak dapat menoreh.Zaman tu tiada PdPR tapi bila cikgu minta yuran dan beli itu ini...Menangis dalam hati

    BalasPadam
  3. Bermacam macam dugaan PdPR ni. Bermacam macam masalah yang pelajar hadapi. Semoga Allah permudahkan segala urusan semua orang. Aaaminn...

    Bagus juga ada bantuan sumbangan bakul ni. Sambil tu boleh pantau pelajar dan membantu apa yang perlu.

    BalasPadam
  4. Itulah mereka perlukan pembelajaran bersemuka. Kalau dalam talian, faham-faham sahajalah kenangan dialami.
    Semoga berjaya nanti. Amin.

    BalasPadam
  5. sedih bila memikirkan ramai anak-anak murid yang tercicir setahun dua ni. bukan sebab malas tapi PDPR adalah sesuatu di luar kemampuan. saya doakan urusan pembelajaran berjalan lancar, tak kisahlah secara atas talian atau bersemuka.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...mudah2an dgn bantuan bakul makanan tersebut murid2 dapat meneruskan kelangsungan hidup

    BalasPadam
  7. Semoga Allah permudahkan urusan Cikgu Amie dan seluruh pelajar dan guru.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, semoga pemberian bakul makanan ni dapat membantu murid-murid dan keluarga yang terjejas..

    BalasPadam
  9. memang banyak kekangan yang dihadapi oleh murid2 dalam pelaksanaan PdPR ni
    Selamat bercuti sekolah

    BalasPadam
  10. moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid dan keluarga yang terjejas

    BalasPadam
  11. Bagaimanalah agaknya jika mereka tiada handphone dan tidak mampu memilikinya. Aduhaiii Mudahan Allah meluaskan rezeki murid-murid di sabah. Mudahan orang-orang kaya Malaysia atau kerajaan sabah memberi bantuan bagi pembelajaran murid-murid yang serba kekurangan. Aamiin

    BalasPadam
  12. betul tu kak amie. tak semua murid ada hp yg bleh digunakan untuk pdpr..bgus ada sumbangan bakul mknn ni, boleh bantu mereka..

    BalasPadam