Tak ingat hidangan makan hari apa. Yang Amie ingat tiga hari berturut-turut Encik Suami tanya : Tak kukus ikan kerapu? Dia nak makan ikan kerapu kukus pulak dah. Bukan setakat kukus, tapi katanya masak ikan berhias. Aduhai! Pening kepala fikir berhias yang macamana? Katanya lagi, orang Cocos di kampungnya selalu masak ikan berhias di majlis-majlis hari jadi atau kenduri!
Itu yang tak jadi masak ikan kerapu walaupun tiga hari berturut-turut ditanya!
Macamana rupa ikan kerapu berhias tu?
Akhirnya Amie masak Sambal Goreng Babat dengan Terung Pipit & Petai sambil memikirkan rupa ikan kerapu kukus berhias!
Sambal Goreng Babat dengan Terung Pipit & Petai |
Hidangan Tengahari:
- Nasi Putih
- Sambal Goreng Babat dengan Terung Pipit & Petai
- Sambal Goreng Kates
- Ulam Kacang Bedi Celur & Petai
- Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Oren
Ikan Kerapu Kukus Berhias. |
Inilah Ikan Kerapu Kukus Berhias. Kukus ikan kerapu dahulu bersama bawang putih, hirisan halia dan sos ikan. Kemudian sediakan sos dengan apa sahaja bahan hiasan seperti capsicum, kobis bunga, brokoli dan sebagainya. Amie tambahkan sos tiga rasa Mahsuri. Setelah ikan separuh masak, tuangkan bahan sos tadi ke atasnya. Apabila Amie hidangkan, Encik Suami kata : Haaa... beginilah ikan kerapu kukus berhias! Aduhai!
Sambal Goreng Kates. |
Ini pula Sambal Goreng Kates. Nama saja sambal, tapi tak rasa pedas pun. Seperti biasa, ikut tradisi masakan MIL, di akhir sentuhan masakan tuangkan jus limau nipis! Sedapnya...rasanya macam masakan MIL suatu ketika dahulu.
Ulam Kacang Bendi & Petai. |
Oren |
Bahan-Bahan:
- 400 gram babat (perut lembu)
- 1 cawan terung pipit – leraikan dari tangkainya
- 1 cawan isi petai
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- Minyak untuk menggoreng
- Garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 2 cm halia
Cara penyediaannya:
- Rebus babat hingga empuk. Kemudian potong dadu dan goreng hingga garing. Ketepikan
- Goreng terung ipit hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan bahan di atas di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Tambahkan pati asam jawa, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Akhir sekali masukkan babat, petai, dan terung pipit.
- Gaul rata dan padamkan api dapur.
ya Allah kak geramnya nengok sambal babat kak oi... rindunya nak makan babat macamtu...
BalasPadamnasibla isterinya rajin n pandai masak kalau tidak camnelah ikan kukus berhias tu ye ehehehehe...
Ikan kerapu kukus...sedapnyaaaa....ada plak berhiasnya ye kak...kira menepati citarasa suami akak x?hehehe..sambal babat tu nampak sedap
BalasPadamAmboi! Petai kau!
BalasPadamfav perut lembu...lapar la plak
BalasPadamsedappnya
BalasPadampetai cantik isinya, cicah sambal aduhaii berselera rasa
Banyak menu rare hidangan lauk pauk kak Amie. Sedapnya nampak ikan kerapu kukus berhias tu. Namanya kemain lagi berhias. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak suami kak Amie makan ikan kerapu kukus berhias.
BalasPadamnampak sedap babat masak sambal...selalu makan sate babat je..
BalasPadamTelioq sambal goreng babat dengan sambal goreng kates tu....Selamat menjamu selera
BalasPadamHaha punyalah nama ikan berhias rupanya ikan 3 rasa. Ingatkan resipi luar biasa tadi.
BalasPadamkat kelate ni kami buat air asam atau kerabu je utk perut lembu ni. Lps ni buleh la cuba resepi baharu babat ni...
BalasPadambukan orang aje nak berhias, ikan pun sama. hehe.
BalasPadamAmboii permintaan en suami bkn main lagi ya..ikan kukus berhias..nasib baik isterinya dh bertaraf chef..
BalasPadampertama kali dengar sambal goreng kates. macam2 aje amie ni masak lah..
BalasPadamBesar besar petai tu Kak Amie. Sedap makan tu..
BalasPadamsedap nampak ikan kerapu kukus berhias tu. fevret saya gak ikan kerapu tu..
BalasPadamAduh, sakit rahang sy menahan gelak dengar ayat Ikan Kerapu Berhias tu. Agaknya Encik Suami Kak Amie teringat peristiwa makan damai masa jadi pengantin dulu tak??? ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamNampak sedap2 belaka
BalasPadamGambar2 pun cantik
semuanya sedap sedap... tiba2 rasa terliur betul nak makan kerapu 3 rasa ke..stim ke..
BalasPadamlaahhh ingatkan apa lah resepi ikan kerapu rebus berhias. Tapi nampak sedap pulak bila berhias-hias. Oh babat sedapnya sambal goreng babat.
BalasPadamsedap nmpk ikan kukus berhias tu. cntik pon ya jgk.. haha
BalasPadamSedap menu2 kak amie.. masak mcm ni nampak menarik utk dicuba. Heheh
BalasPadam