Pages

Sabtu, 4 September 2021

Sarapan Tosei & Idli

Bertemu lagi di alam maya. Pagi ini LD mendung. Matahari tidak kelihatan walaupun sekarang sudah pukul 10 pagi. Mari kita teruskan aktiviti pagi ini dengan membuat kerja-kerja rumah yang tidak pernah selesai. Sebelum itu, jangan lupa alas perut sebagai pembekal tenaga.

Sarapan kami pagi ini ditaja oleh Encik Suami dari Restoran Rumpun Selera. Kalau disebut nama restoran yang terletak di Seri Perdana ini, memang tak lain tak bukan masakan mamak yang menjadi pilihan. Kami suka beli makanan di sana sebab penyajiannya bersih, cekap dan cepat.. Semua pekerjanya berpakaian kemas, seragam,  bertudung dan memakai kasut bertutup. Tukang masak lelaki pula semuanya tutup kepala dengan topi. Jadi, sekurang-kurangnya jaga rambut tidak gugur ke dalam makanan. Pelanggan boleh melihat mereka masak sebab dapur terletak di bahagian tepi restoran.

Jom sarapan tosei dan idli serta gang yang seangkatan dengannya termasuk chutney, sambar dan paceri kelapa lada merah. Seperti biasa, memang Encik Suami tahu kita suka makan tosei dengan kari kambing, maka dibelikannya jugalah benda itu!

Pesan Bonda: Kalau suami bawa pulang apa-apa makanan, berterima kasihlah. Kalau tak suka makanan itu, diam-diam sajalah. 

Baik Bonda.

Tosei & Idli.

Tosei & Idli & The Gang.



Tose dan idli sebenarnya diperbuat dari adunan bahan yang sama.Bezanya, tose di masak atas kuali dalam bentuk leper manakala idli dimasukkan dalam acuan dan dikukus. Fizah dari Blog Sihatimerahjambu pernah sebut, rasa tose ini ada rasa masam. Ya, memang ada sedikit masam sebab adunan diperam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam. Boleh lihat paparan resipi yang pernah Amie buat di sini: TOSEI & THE GANG.


                       
Gambar di atas: Tosei & The Gang hasil air tangan Amie. Boleh sediakan bahan pencecah atau lauk yang kita gemari.

Chutney Kelapa.

Paceri Kelapa.

Sambar.

Kari Kambing.


Lengkapi sarapan pagi dengan secawan teh putik bunga ros  panas yang harum.

22 ulasan:

  1. Akak suka cicah paceri kelapa tu amie..suka tosei rasa masam2 sikit

    BalasPadam
  2. Dah banyak kali nak tanya tapi lupa..
    Tosei kat sana,memang bentul roll macam tu ker cikgu?
    Nampak kemas...
    Kalau kat sini biasa jumpa depa lipat dia macam apam balik besar tu ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tosei gulung, ada tosei lipat macam apam balik yang besar tu, ada tosei macam lempeng. Lain restoran lain bentuknya.

      Padam
    2. Oh...menarik pula yang gulung tu.Selalu sini nampak yang lepata sahaja.

      Padam
  3. Saya suka tosei sebab ada rasa masam. Apapun lama tidak beli tosei daripada mamak.
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  4. kalau tengok gambar kak Amie, dari tak suka boleh tergoda nak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa.... sebenarnya saya makan mesti nak lebih kuah dan lauk, barulah laju tolak masuk perut.

      Padam
  5. SA suka makan Tosei kat Kayu Nasi Kandar area opis SA...alahai...bila la nak complete vaksin ni...rindunya nak mengopi kat kedai mamak

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah....tak lama lagi bolehlah makan tosei.

      Padam
  6. idli dan tosei ni ppn kegemaran saya.. tosei tu senang la nak jumpe, idli tu susah sket.. kene pi kedai india baru ade

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di LD pun tosei hari-hari ada tapi idli sekali-sekala saja muncul.

      Padam
  7. Suka tosei sebab ada rasa masam. Cuma dah lama tak menikmati tosei sejak berpindah ke PP ni. Belum tau mana nak cari kedai yang ok.

    BalasPadam
  8. Kalau beli di kedai favourite memang takleh kata apalah, sedap macam biasa kan. Kita pun rasa senang hati bila penyediaan dia bersih. Antara menu menu ni saya tak pernah rasa sebab tak biasa dengan kedai mamak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamak di LD tu pun dah jadi orang sini pulak, sebab kahwin dengan orang LD juga. Semua pekerjanya orang tempatan. Memang servis sangat bagus. Pelanggan tak putus-putus datang.

      Padam
    2. Ohhh patutlah. Orang tempatan sangat mementingkan kebersihan. Terbaik servis mereka. Itu yang buat orang datang berkali kali.

      Padam
  9. rasa nak dine in kat kedai mamak lepas baca entry ni. sedapnya tosei

    BalasPadam
  10. jarang jarang mkn tosei..tp nmpk sedap pulak tgk kt blog kak amie..

    BalasPadam