Pages

Jumaat, 3 September 2021

Loho'

Hari ini Amie masak loho', sejenis masakan ikan dalam kalangan masyarakat Bajau. Dalam bahasa kita, lebih dikenali sebagai singgang. Lebih kurang begitulah. Biasanya kita makan dengan nasi, tetapi loho' dimakan bersama putu, tompek atau tinompek iaitu makanan tradisi masyarakat Bajau yang diperbuat daripada ubi. Untuk melengkapkan menu loho' ini, perlu disediakan pencecahnya iaitu cili padi dengan jus limau kasturi.

Resipi loho' ini Amie pernah kongsikan di sini: LOHO'

Banyak jenis ikan boleh diolah menjadi loho' termasuk ikan putih, kerapu. merah, belais dan sebagainya. Sewaktu Amie bermalam di Pulau Bum-Bum suatu ketika dahulu memang tak sabar nak makan loho'. Awal pagi hari, tuan rumah sudah rebus ikan segar. Apabila mendidih, aroma serai dan halia bersatu bersama ikan segar semerbak menyambut kedatangan pagi! Kami makan dengan putu, cecah cili padi picit perah jus limau kasturi!

Loho'.

Hidangan tengahari Jumaat:
  • Nasi Putih
  • Loho'
  • Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI
  • Kacang Buncis Tumis dengn Capsicum & Udang
  • Sambal Tempoyak
  • Keropok Ketam
  • Limau Sunkist & Epal Merah
Kacang Buncis Tumis dengan Capsicum & Udang.

Sayap Ayam Goreng Tepung BESTARI.

Sambal Tempoyak.


Keropok Ketam.

Limau Sunkist & Epal Merah.


Amie masak seekor sahaja ikan batu @ kutambak @ temparing. Encik Suami sepotong, Amie sepotong. Firdaus awal-awal lagi sudah pesan supaya gorengkan ayam untuknya. Masakan loho' memang sedap jika gunakan ikan segar.
Kita lihat resipinya di bawah ini. Walaupun seakan sama dengan masakan singgang, tetapi ikutkan tradisinya loho' dimakan bersama putu, ompek atau tinompek bersama cili padi picit tambah jus limau kasturi. Tidak menjadi kesalahan makan loho' dengan nasi.
Amie sangat berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi resepi tradisi mereka. 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan batu @ kutambak @ temparing  - bersihkan dan potong 2
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm halia - ketuk
  • 1/2  labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 biji tomato - belah 2
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • asam jawa / asam keping - optional
  • 600ml air
  • garam / perasa pilihan
Cara:
  1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan halia, serai, bawang besar dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.
  2. Masukkan ikan batu @ kutambak @ temparing dan masak sehingga ikan menjadi lembut.
  3. Tambahkan tomato dan biarkan seketika.
  4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

Ikan batu @ kutambak @ temparing.

Cili padi picit dengan jus limau kasturi berpisah tiada!

Putu'

Inilah putu yang diperbuat daripada ubi yang dikukus.

Bamban @ bianbam.

Yang berbungkus dalam daun pisang di hadapan putu ini ialah bamban atau bianbam yang juga diperbuat daripada ubi kayu. Ada kalanya bianbam dibungkus dengan daun kelapa. Cara makannya juga sama seperti makan putu atau tompek.

Tompek @ tinompek.

Dan yang ini ialah tompek atau tinompek. Juga diperbuat daripada ubi kayu. Bezanya dengan putu hanyalah cara memasaknya. Putu dimasak cara kukus tetapi tompek dimasak cara goreng tanpa minyak.


13 ulasan:

  1. Betul, tidak salah loho' makan dengan nasi.

    BalasPadam
  2. unique sgt makanan ni. kalau jumpa sure nak cuba.

    BalasPadam
  3. Melihat rupa masakan tu memang sebijik masak singgang. Ah, sy membayangkan ia banjir dalam pinggan nasi sy 😜

    BalasPadam
  4. Macam-macam nama lauk/masakan yang saya tak tahu.. Hehe

    BalasPadam
  5. Akak tertarik dgn putu yg berbalut daun tu..nampak unik dan sedap

    BalasPadam
  6. Banyaknya belajar nama menu dan perkataan baru harini. Terima kasih kak Amie kongsikan menu menu rare. Ini kalau jawap soalan exam padankan gambar dengan nama menu memang failed ni. ��

    BalasPadam
  7. MASAKAN TRADISI YG SEDAP SIMPLE TAPI KENA RAJIN MENGOLAHNYA KAN

    BalasPadam
  8. Nampak sedap makan dengan tompek. Baru tahu hari ni makanan tradisi ni.

    BalasPadam
  9. Unik nama & makanan suku kaum kat sana...
    Terliue putu & tompek makan dengan ikan tongkol bakar & anggur laut..tapi jauh naw..hihihi
    Bianbam tu macam lamban jugak ke cikgu?

    BalasPadam
  10. Unik nama Loho tu kak...rupanya sama dengan masakan singgang..SA suka masak macam ni..sihat dan segar je badan lepas makan tu

    BalasPadam
  11. Kacang Buncis Tumis dengan Capsicum & Udang tu yang nampak paling menyelerakan bg saya

    BalasPadam
  12. loho tu sama mcm singgang rupanya. unik sgt..

    BalasPadam