Sebuah buku bertajuk Dapur Mak Cik Raja, karya novelis Noor Suraya tiba pada hari Sabtu 11 September 2021. Kulit depan dan kulit belakangnya tebal, ukuran buku 17 cm X 25 cm setebal hampir 3 cm! Beratnya? Di luar sampul pos tertulis 1500 gram. Tapi, rasanya lebih berat dari itu!
Hampir 3 hari Amie mencari waktu curi-curi baca untuk menghayati isinya yang mengandungi:
- 8 cerita
- 102 resipi
- 8 rencana
Buku ini dikirim pada tarikh 8 September, dan diterima pada 11 September 2021. Akhir-akhir ini laju pula perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Alhamdulillah.
Pengirim buku Dapur Mak Cik Raja tak lain tak bukan BLOGGER NOTIE : SAJE SUKA-SUKA. Kata Notie, buku ini dikirimkan untuk Amie sebagai hadiah hari jadi sama ada tarikhnya sudah terlepas atau akan datang. Hehehehee.... birthday Amie jatuh pada 16 November.
Katanya lagi, bolehlah Amie cuba masak resipi yang terdapat di dalam buku ini. Tak cukup mulut dan perkataan rasanya nak ucap terima kasih! Hanya mampu ucap syukur dan berdoa agar rezeki yang Amie terima ini akan kembali jua kepada Notie dalam bentuk yang Allah sahaja yang tahu. In syaa Allah.
Pantang ada masa terluang, Amie akan belek buku ini. Memang ada kelainan dalam buku ini. Ia bukan sekadar perkongsian resipi tetapi lengkap dengan pelbagai pengisian. Setiap bahagian dalam buku ini dibahagikan kepada dua segmen utama iaitu HIDANGAN dan ANJUNG MAK CIK RAJA.
SEGMEN HIDANGAN:
- 6 juadah termasuk ditambah resipi sampingan
- setiap resipi disudahi dengan anekdot yang merupakan persitiwa berkaitan resipi tersebut
ANJUNG MAK CIK RAJA:
- Catatan Waktu - memaparkan rencana berbentuk human interest dan ditulis secara santai
- Petikan Cerita daripada Novel - pengenalan satu atau dua buah resipi yang berkaitan
- Tunjuk Cara Resipi - melengkapkan ruang Dari Dapur Mak Cik Raja
- Yang Tidak Diceritakan - bab baharu / berikutnya
- Yang Jauh di Pulau
- Panggil Aku Dahlia
- Nyanyian Tanjung Sepi
- Tanah Andriyana
- Rumah Kecil di Ujung Padang
- Keranamu... Ain
- Gadisku, Wan Adnin
- Kekasih Waktu
Inilah wajah Noor Suraya yang berkongsi pelbagai resipi autentik yang diwarisi kepada pembaca yang disayangi. Wanita hebat ini mempunyai darah campur Gujerat - Melayu - Palembang dan Aceh - Melayu - Yaman. Katanya resipinya yang lazat itu mewakili 'diri dan keturunannya'. Sebagai menantu orang Kelantan, Noor Suraya juga menyimpan resipi keluarga mentuanya.
Buku ini Noor Suraya dedikasikan buat mereka yang tersayang yang pernah didampinginya semasa hayatnya masih ada dan sudah tentu banyak mempengaruhi resipi masakannya:
- Bonda Norashikin
- Nenda Hajar
- Nenda Zawiyah
- Moyang Fatimah
Muka hadapan bab baharu.
Perahu nelayan di Tanjung Dawai |
Menyusuri gerai-gerai nanas di Bandung. |
Biri-biri di Pergunungan Gulmarg. |
Aduhai Notie!
Mari kita ulang kunjung ke Kashmir. Boleh guling-guling di ladang mustard yang berbunga kuning sambil kejar takut-takutkan kambing biri-biri!
Selain menulis dan memasak, Noor Suraya juga meminati lukisan cat air. Beliau berkongsi hasil karyanya ini untuk tatapan pembaca di dalam Dapur Mak Cik Raja.
Kain pemegang periuk. |
Oh! Bersama buku Dari Dapur Mak Cik Raja, dikirimkan dua helai kain pemegang periuk. Rasa sayang nak gunakan heheheee. Amie memang macam tu. Kalau dapat hadiah memang suka simpan buat kenang-kenangan. Nak guna takut kotor pula.
Jom kita belek-belek lagi isi kandungan Dari Dapur Mak Cik Raja.
Sewaktu membaca buku ini, terasa berada bersama dalam susana yang diceritakan oleh Noor Suraya. Melihat lampu gasolin yang tergantung di depan tangga, hati jadi hiba kerana pernah berada dalam situasi tersebut suatu waktu dahulu. Rasa hiba itu kerana ada di antara watak ketika itu sudah tidak ada bersama lagi!
Ini antara resipi yang dikongsikan di dalam buku Dari Dapur Mak Cik Raja.
Nak cuba masak memang mudah kerana disertakan sekali gambar langkah demi langkah.
Melihat gambar nasi lemak ini, terus berasa tak pandai masak nasi lemak ahaks!
Buku setebal 341 muka surat tidak termasuk kulit ini memang sungguh istimewa, unik dan tersendiri. Sekali lagi, terima kasih berjuta-juta lemon untuk Notie yang disayangi!
Amie hampir terlupa Amie pernah baca sebuah novel tulisan Noor Suraya berjudul Cintaku Luruh di Oxford. Amie baca lebih dua kali walaupun novel ini setebal 738 muka surat. Amie cari novel ini di rak buku, tapi tak nampak pula. Entah selit di mana. Jadi Amie pinjam gambar daripada Pak Google.
Sumber : Google |
Dapat buku resepi lagi, makin banyak lagi resepi yang boleh dicube ni. Kak amie pon rasanya boleh keluarkan buku sebab banyak juga resepi2 kak amie yang rare
BalasPadamSudah tandatangan perjanjian penerbitan 3 buah buku resipi pada 2015 tetapi rezeki tidak berpihak pada Kak Amie. Dibatalkan atas sebab kegawatan ekonomi. Hampir setahun jugalah nak siapkan buku-buku tu. In syaa Allah ada rezeki pada masa yang lain.
PadamTebal bukunya penuh ilustrasi.
BalasPadamSuka juga baca novel penulis Noor Suraya.
Ya, tebal dan berat. Memang puaslah membaca dan menatap gambarnya.
PadamAlhamdulillah..tahniah kak Amie dapat buku resipi lagi. dapat pemegang periuk yang cantik jugak. Kalau saya pun sayang nak guna. Hihi
BalasPadamSatu kebahagiaan ni dapat hadiah yang best. cantik cantik gambar isi dalam buku. Bukan hanya gambar resipi, lukisan, street view dan kehidupan masyarakat yang menarik.
Setuju jugak dengan Afeezz tu :)
Seronok membacanya Fizah. Banyak ilmu masakan dan info menarik yang Kak Amie dapat.
PadamIn syaa Allah, ada rezeki nanti akan lahir juga buku itu.... tapi tak tahu bila. Mungkin lepas pencen kot heheheee.
Semoga perancangan menjadi nanti kak Amie. Aaminn...
PadamTertulis juga sejarah resepi ya.. menarik isi kandungannya, nak tergelak la pula part guling-guling kat ladang biji sawi hehe..
BalasPadamHahahaa... pengaruh filem Hindustan ni. Terbayang Shah Rukh Khan dengan Kajol di ladang biji sawi. Eh... sebenarnya mustard itu berasal dari biji sawi yang diproses kan? Hahahaa... kalau guling-guling atas mustard sudah tentulah kami jadi kuning-kuning !
Padammenariknya buku ni...halamannya berwarna warni lagi... seronoknya kak amie...
BalasPadamSudah tentu seronok membacanya. Kalaulah satu hari tidak ada aktiviti lain, memang pulun habiskan buku ini sajalah dari kulit ke kulit.
PadamAlhamdulillah, Tahniah sis, moga diberi rezeki yang melimpah ruah buat sis dan Blogger Notie. Aameen.
BalasPadamTerima kasih. In syaa Allah.
PadamAlhamdulillah ..karya memasak yang luar biasa...
BalasPadamYa, betul tu. Paparan kreatif dalam bidang masakan.
Padamteringin nak memiliki...
BalasPadamIn syaa Allah. Boleh cari di shopee.
PadamBenarlah rezeki tidak salah alamat...Kena kepada penerimanya yang rajin membaca..
BalasPadamMantan PM ke4 pernah berkata "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"
Alhamdulillah.
PadamOrang penulisan kata membaca...membaca.... membaca.... menulis.
wahhh bestnya buku tu kak... macam-macam ada dalam situ
BalasPadamresepi yang di kongsi pun nampak real gambar yang sempoi ... tapi nampak mengiurkan betul
menarik sangat buku tu siap dengan gambar dan cerita
Memang best Dana kalau baca tak ada yang ganggu.
PadamTiap kali ngadap buku ini, memang adalah budak kecik tu duduk sebelah ajak bercerita, minta layan soalan dia, nak ajak main heheheee.
Tahniahh kak
BalasPadamTerima kasih Rabis.
Padamtahniah amie buku resepi lengkap n menarik sgt
BalasPadamSemalam, masa di kedai buku, sy teringat Kak Amie..
BalasPadamTerima kasih SK atas ingatan.
PadamKenang daku dalam doamu jua....hehehee.
Alhamdulillah semuga buku tersebut mendatangkan manfaat buat amie. Cerita dalam Buku tersebut buat saya mengimbau kenangan lalu zaman kecil-kecil dulu.
BalasPadamKain pemegang periuk tu hasil tangan jahitan mariah salah seorang boss dalam Jemari Seni yang dah terkubur syarikatnya. Bila JS di tutup kak su balik Sg Petani dan Mariah belajar jahit ambil upah jahit baju. Novel cinta ku luruh di Oxford tu hasil cerita bersama aruah Imaen suami kak su. Al fatihah buat penulis Imaen.
Membacanya seolah-olah kita pun turut berada di situ sebagai salah satu wataknya. Cantik kain pemegang periuk tu.
PadamYa Allah. Sedihnya pula... sudah pergi rupanya suaminya. Al-Fatihah.
Ya, novel Cintaku Luruh di Oxford itu hasil tulisan mereka suami isteri.
Sayang sungguh JS ditutup. Memang rata-rata sekarang ni syarikat penerbitan banyak yang gulung tikar. Moga Puan Noor Suraya dapat meneruskan usaha berkarya. Saya suka baca hasil tulisannya, gaya bahasanya indah dan bersahaja dalam menyampaikan isi dan mesejnya.
Impian SA kan kak Amie...menjelang nak pencen nanti..SA nak ada satu ruang memasak untuk SA sendiri..SA nak ubah suai satu bahagian di area dapur SA...kat situ SA nak berkarya cipta macam- macam dan nak realisasikan buku resepi sendiri...semoga impian SA jadi kenyataan...bestnya ada buku sendiri kan
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMemang sepatutnya begitulah. Kita perlu ada perancangan selepas pencen.
Mudah-mudahan hasrat SA akan tercapai.
Mudah-mudahan segala impian kita akan terlaksana. Aamiin.
Alhamdulillah..bertambah lg koleksi buku resepi Amie cantik cover buku tu
BalasPadamcntik buku resipi ni. siap ada gambar lagi..
BalasPadammmg tebal betul, lebih 300 mukasurat..
Dulu shida pun ada satu buku resepi tebal jenis kulit keras tu..tp tah mana perginya lepas kawen mana simpan tah, nak cari pun malas dah! Tahniah kak amie terima buku resepi tu :) menarik sgt bg saya!
BalasPadamBanyak hadiah2 tu.. rezeki berblog. Lps ni boleh cuba resepi dlm buku dan share di blog
BalasPadam