Tiba-tiba teringin makan Nasi Ambeng! Siang tadi masaklah lauk yang ringkas-ringkas dan mudah. Firdaus pula sibuk nak buat pegedil kentang. jadi, selepas goreng kentang, Amie serahkan kepadanya kerja-kerja tumbuk bahan dan membentuk pegedil.
Memang terubatlah rindu nak makan Nasi Ambeng versi simple dimple! Teringat zaman dahulu, sedap sangat makan Nasi Ambeng yang arwah Ayahanda bawa dari tempat kenduri. Wangi sungguh aromanya apabila nasi putih bertemu dengan serunding kelapa dan lauk ayam goreng bungkus dalam daun pisang. Kini semuanya hanya tinggal kenangan.
Orang kampung kami sediakan lauk-pauk Nasi Ambeng ikut kemampuan. Kalau tak ada ayam (dahulu sembelih ayam kampung), mereka gantikan ikan seperti ikan baguk masak kicap atau dipanggil masak semur. Kalau yang berkemampuan, Nasi Ambeng mereka gunakan nasi minyak, dengan lauk -pauk yang mewah seperti ayam daging dan juga daging lembu, serta sambal goreng dan juga acar mentah. Kalau arwah Ayahanda bawa pulang nasi berkat begini, memang rasa macam makan di syurga. Kalau boleh tak mahu cuci tangan, sebab nak hidu bau nasi berkat yang sangat sedap itu!
- Nasi Putih
- Ayam Goreng
- Sambal Goreng Jawa
- Serunding Kelapa
- Mee Goreng
- Pegedil Kentang
Mommy!
Pegedil Kentang. |
Sedap ya nasi ambeng. baru makan minggu lepas. rasa macam nak order lagi sekali lepas tgok post ni
BalasPadamJemput Faiz. Kak Amie teringat keenakan nasi ambeng dulu-dulu.
PadamMemang rindu nasi ambeng dulu dulu. Sedap kalau dapat yang betul betul original nasi ambeng. saya dah beberapa kali beli nasi ambeng tak menepati KPI nasi ambeng sebenar. Lepas tu give up nak membeli nasi ambeng ni. Takut tertipu lagi. Harganya bukan biasa biasa sebab segala lauk pauk dan hidangan sampingan ada. Portion nasi ambeng ni besar. Kena makan berdua.
BalasPadamNasi ambeng kak Amie ni menyelerakan betullah. Letak pulak tu atas daun pisang. Barulah feel makan nasi ambeng.
Haha..jari Firdaus boleh geng dengan jari saya. Jenis montel montel. Tapi comel..nak jugak.
Elok elok hasil kerja tangan Firdaus buat pegedil. Asal buat pegedil, firdaus lah tukang pembentuknya.
Betul tu Fizah.
PadamKalau balik kampung selalu juga beli nasi ambeng di pasar malam. Memang ada beza dengan nasi ambeng kenduri hasil rewang orang kampung.
Budak kecil itu memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja-kerja dapur dia nak buat. Elok jugalah sebab dia rajin teroka dunia masakan.
Itulah tu, susah nak dapat yang betul betul authentic. Bagus sangat dia explore dunia masakan. Nanti taklah kekok dan boleh masak sendiri bila lapar dah besar nanti macam abng farid.
PadamHaah cantik sama bentuk buat rupanya pakai penyukat.
BalasPadamYa Allah saya suka komponen dalam nasi ambeng. Boleh makan banyak dibuatnya. Puas betul.
Dulu Firdaus menangis sebab tak boleh bentuk pegedil guna tangan. Lepas tu timbulidea guna sudu sukatan. Haaa... sampai sekarang memang bagi pada dia sajalah kalau nak bentuk pegedil.
PadamNampak sedap dan menyelerakan.
BalasPadamKegemaran saya dua-dua ni.. Nasi ambeng dan bergedil..
BalasPadamcantik kejadian bergedil yg firdaus buat tu.
BalasPadamnasi ambeng paling sedap saya pernah makan masa pergi kenduri kat muar, johor. mmg asli orang jawa yang masak. sampai sekarang x ternah jumpe nasi ambeng yang sedap macam tu
cantik kejadian Pegedil yang dibentuk Firdaus. Seronok dia makan hasil air tangan sendiri
BalasPadamWow!
BalasPadam1st time makan nasi ambang masa trip universiti ke batu pahat. Tu pun dah tak ingat rasanya macam mana. Cuma ingat macam dalam dulang saja. Hehe bestnya kalau berpeluang makan lagi.
BalasPadamCute jee firdaus. Excited buat pegedil smpai patah sudu mommy hehe. Takpe yang penting effort tu ada. Good job!
Seumur hidup saya ni baru sekali beli dan rasa nasi ambeng..
BalasPadamWahh rajin daus buat pergedil ya...comel2 bentuknya
pandai firdaus bentuk pegedil comel ja
BalasPadamBaca cerita Kak Amie, sy pun terkenang nasi berkat dalam bungkusan daun pisang. Ahhh.. rindunya. Masak sendiri, boleh makan puas2, skrg pun puas makan nasi ambeng yang dibeli sebungkus seorang tapi nikmatnya tak sama dengan nasi berkat itu 😅
BalasPadamSuka...suka...
BalasPadamSaya suka Nasi Ambeng...
Baru semalam dok teragak nak masak serondeng..Tapi teragak sahaja.Buatnya tidakm.hihihi
Takpa Daus,
Sudu patah suruh baba beli baru ganti kat mommy..Kenangan tu lagi mahal kan...
sedapnya nmpk nasi ambeng ni.
BalasPadampegedil pon nmpk sedap.. tiba2 rasa mcm nk buat pegedil..
aduh-aduh comelnya perkedil kentang akak tu...
BalasPadamsedapnya nengok nasi ambeng tu kak oi.... aduh lama tak masak dan makan nasi ambeng
Kat mne kedai ni
BalasPadam