Jumpa lagi.
Berehat seketika dari BDR.
Amie kongsikan resipi Bubur Candil Cempedak yang Amie masak dan bawa ke kampung minggu lepas. Resipinya sama sahaja dengan bubur candil yang biasa kita makan tetapi untuk candil cempedak ini Amie bulatkan doh kemudian tekan di bahagian tengah supaya menjadi leper. Bentuknya sama seperti vadai kepeng. Vadai kepeng ialah sejenis pencuci mulut, makanan tradisi masyarakat Banjar. Bahan yang digunakan untuk membuat vadai kepeng pun lebih kurang sama dengan bubur candil orang Jawa. Lebih kurang begitulah dari apa yang Amie perhatikan di kampung kami. Maklumlah, hubungan kejiranan yang erat di antara kaum Banjar dan kaum Jawa di kampung kami menjadikan kami sentiasa berkongsi hidangan dan bertukar-tukar juadah terutama ketika bulan puasa.
Kelainan yang terdapat pada Bubur Candil Cempedak ini berbanding bubur candil biasa ialah Amie tambahkan isi cempedak yang dikisar ke dalam adunan. Kemudian, Amie tambahkan juga isi cempedak segar sewaktu memasak bubur ini.
Bayangkan, dengan aromanya yang semerbak dan rasa lemak manis ditambah sagu biji dan isi jagung serta harum daun pandan!
Kami bawa ke kampung.
Sudah semestinya anak-anak buah dan ipar duai teruja untuk menikmatinya!
Sudah semestinya anak-anak buah dan ipar duai teruja untuk menikmatinya!
Dan sesungguhnya, Bubur Candil Cempedak memang sedap!
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan isi cempedak - buang biji - jadikan puri (kisar halus)
- 2 cawan isi cempedak - tak perlu buang biji
- 1/2 cawan air - boleh tambah / kurang ikut keperluan
- 1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
- 1 tin isi jagung
- sedikit pewarna hijau epal dan kuning telur
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 liter air untuk merebus
- 2 liter air untuk merendam candil
Bahan kuah:
- 300 ml santan pekat + 600 ml air
- 1 cawan parutan gula melaka - masak dengan 1/2 cawan air hingga larut - tapis - boleh tambah / kurangkan gula ikut citarasa - boleh gunakan gula lain seperti gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan - siat dan simpul
- Campurkan tepung pulut dan tepung gandum serta garam ke dalam sebuah bekas.
- Masukkan puri cempedak dan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi biarkan begitu sahaja.
- Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai. Amie tekan bahagian tengah doh menjadi leper seperti bentuk vadai kepeng.
- Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan candil ke dalam periuk.
- Apabila candil timbul, bolehlah angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
- Untuk kuah candil, masukkan santan ke dalam periuk, diikuti dengan sagu biji, isi jagung, isi cempedak dan candil, garam dan daun pandan.
- Kacau sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.
oh begitu cara buatnya
BalasPadamNi memang mantap ni Amie..dgn harum cempedak menusuk hidung..lemak manis kuahnya...aduhhh...bikin terliur
BalasPadamwad..dapnye nampak gak.. makan panas2..sedap! tq for the recipe kak!
BalasPadamPastinya semerbak satu rumah ni ...Cikgu memang kreatif la..
BalasPadamKat kampung saya biasanya musim cempedak,isinya dibuang biji dan dijemur menjadi cempedak kering(rupa & rasa macam pisang salai)
Cempedak kering ninbiasanya dijadikan pengat aka serawa.
dapat cempedak yang manis, memang sedaplah candil ni. lamanya tak makan
BalasPadamelok rupanya kak, mesti sedap cempedak tu dahla bau dia harum
BalasPadamNampak sedap.. Cara buat pun macam senang ..
BalasPadamsedapnya!!! alaaa terus terliur
BalasPadamkalau kak ana baca dari resepi amie ni macam bubur anak lebah, tapi lebih sedap bila ada isi cempedak ni kan :)
BalasPadamNanti bolehlah cuba buat bubur candil letak isi cempedak sekali. Terasa sedap lagi ada isi cempedak dengan tepung. Terima kasih kak Amie share resipinya.
BalasPadamtak pernah makan jgk bubur candil. tp nmpk sedap..
BalasPadambole la try resepi ni nanti
BalasPadamdapat mkn ms berbuka sedap sgt ni
BalasPadamSAa x pernah makan lagi bubur cempedak ni...nampak sedap tu kak
BalasPadamAda rasa cempedak asli dan candilnya ada puri cempedak....pasti terangkat ni makan
BalasPadam