Pages

Jumaat, 24 September 2021

Hari Yang Sedih Buat Firdaus

Melihat paparan gambar wajah Firdaus, air  mata ikut berjuraian. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang menyedihkan buat Firdaus. Bukan dirinya seorang tetapi kita pun turut merasakan kesedihannya!

Masih terbayang wajahnya yang kebingungan dan ketakutan! Matanya basah dengan air kesedihan, dan membayangkan  sesuatu yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata. Amie peluk  tubuhnya, bawa ke dada. Terasa seluruh badannya menggigil. Ya Allah!


Seperti biasa, sebelum Encik Suami menghidupkan enjin kereta, Encik Suami memastikan tidak ada anak kucing yang bersembunyi di dalam enjin kereta atau bermain di bawah kereta. Firdaus mengumpulkan kelima-lima anak kucingnya sementara Encik Suami membuka pintu pagar. Encik Suami akan menunaikan solat Jumaat.

Entah bagaimana, Firdaus terlepas pandang! Ketika Encik Suami undurkan kereta, salah seekor anak kucing lari ke belakang kereta! 

Ketika itu Amie sedang berPDPR apabila terdengar  teriakan kuat Firdaus! Amie menerpa ke pintu dan melihat  Firdaus berlari ke arah Amie.

"Daus tak mahu tengok anak kucing! Daus takut," dalam esakan tangis terdengar suara Firdaus terputus-putus.

"Daus takut. Daus mahu bertenang, " katanya lagi. Firdaus berlari menuju ke sofa dan duduk di hujungnya sambil berpeluk tubuh. Waktu itulah Amie terus tarik badannya, Amie peluk dan terasa tubuhnya menggigil dari bahu, tangan hingga ke kaki.


Begitulah kisahnya. 
Peristiwa di tengahari Jumaat  yang sangat memilukan hati Firdaus! Kita yang melihatnya pun ikut menangis.

"Kenapalah Daus tidak jaga anak kucing Daus." Berkali-kali Firdaus menyuarakan rasa kesal .
"Daus yang buat anak kucing Daus mati!" tangisnya tidak henti-henti.
"Kenapalah lambat sangat sampai sangkar kucing yang Abang Farid beli."
"Kalau anak kucing duduk dalam sangkar, tidaklah sampai mati kena langgar kereta Baba," tangisnya lagi.

Sudah berkali-kali Firdaus minta Abang Farid belikan sangkar kucing. Minggu lepas Abang Farid sudah beli dalam talian, sangkar kucing 3 tingkat. Oleh kerana penghantaran melalui jalan laut, jadi lambatlah sampainya.


"Anak kucing Daus sudah mati," tangisnya lagi.
"Kucing mati boleh masuk syurga tak Mommy?
Kita angguk-angguk.
"Bolehkan Daus jumpa kucing Daus di syurga?"
"Boleh."
"Macamana keadaan kucing Daus di syurga? Adakah masih kecil seperti sekarang atau sudah besar?"
"Itu semua rahsia Allah."
"Allah ada kuasa kan Mommy? Dia boleh jadikan kucing Daus hidup di syurga."
"Ya, sayang."
"Mommy, bolehkah kita kebumikan anak kucing Daus?"
"Boleh. Nanti kita  tunggu Baba balik solat Jumaat ya sayang."
"Mommy, bagi tahu Abang Farid kucing Daus dah mati," pesan budak kecil ini.


Mata Firdaus nampak bengkak akibat menangis yang berpanjangan. Amie suruh Firdaus mandi dan tukar pakaiannya. Sebelum masuk bilik air untuk mandi, Abang Farid buat video call bersama Fairuz. Kedengaran adik-beradik ini memujuk Firdaus. 


Kucing warna kelabu inilah yang mati. Sejak mendapat anak kucing, Firdaus suka merakam aksi anak-anak kucingnya. Memang banyaklah koleksi videonya. Amie lihat Firdaus paling banyak merakam aksi anak kucing kelabu ini.


Anak-anak kucing yang lain yang tidak faham salah seekor telah mati, kelihatan baring bersama!


Selepas mandi dan tukar pakaian, Firdaus keluar. Amie lihat dari celah pintu, alas plastik sudah ditukar dengan tuala. Terdengar sedu-sedan Firdaus sambil bercakap-cakap dengan anak-anak kucingnya.


Seperti biasa, Firdaus merakam aksi anak-anak kucingnya. Biasanya sambil merakam Firdaus akan tertawa gembira, tetapi kali ini suaranya diiringi dengan esak tangis. Antara butir bicaranya : Anak kucing Daus sudah mati. Daus sedih sangat. Nanti kita jumpa di syurga ya.





Kalau rindu anak kucingnya, nanti Daus boleh lihat koleksi video kucingnya.


Empat anak kucing yang lain sedang menyusu ibunya di tempat anak kucing yang mati. Kucing yang mati, di tengah-tengah antara dua -dua ekor kucing.


Sebaik sahaja Encik Suami pulang dari solat Jumaat, kedua beranak ini terus mencari tapak untuk kebumikan anak kucing.


Anak kucing disemadikan di bawah pokok mata kucing Brazil di Taman Firdaus.

Firdaus masukkan bangkai anak kucingnya ke dalam lubang yang digali Encik Suami.



Kemudian Firdaus letakkan pasu bunga di atas kubur anak kucingnya.


Petang tadi Amie tanya Firdaus:
"Sayang masih sedihkah?"
"Sedih. Tapi ada lagi empat anak kucing. Daus kena jaga bagus-bagus supaya tak mati kena langgar kereta," katanya.

45 ulasan:

  1. Allah! Sian nya dia....
    Klu kita pun seriau nak tengok kucing mati...

    Semoga Daus jangan sedih2 lagi k..
    Mana tau ada rezeki dapat kucing baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, itulah... anak kucing mati tanpa disangka-sangka.

      Padam
  2. Sedihnya auntie baca. Faham perasaan Firdaus sebab dulu pun pernah ada kucing. Insha Allah boleh jumpa kucing tu di syurga nanti. Ada lagi empat ekor untuk Firdaus jaga. Kesiannya. Harap esok lusa pulih perasaannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan traumanya tidak berpanjangan.
      Tak sanggup melihat air matanya mengalir tak henti-henti.

      Padam
  3. Ya Allah..sedihnya tengok Firdaus sedih anak kucingnya mati. Betul betul rasa bersalah sangat tu sebab tak jaga baik baik. Kita jugak yang rasa nak nangis sama. sabar ye firdaus sayang. Nanti sangkar dah sampai, Firdaus tak risau lagi anak kucing semua ada dalam sangkar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berhenti menangis, duduk termenung. Lepas itu menangis lagi.... siapalah tak rasa sedih mendengar segala pertanyaannya itu. Penuh harapan dapat bertemu kucingnya di syurga.

      Padam
  4. Allahu.. sedihnya tengok Daus menangis sampai sedu sedan.
    Sabar ya Daus.. Insyaallah anak-anak kucing tu akan doakan kebahagiaan Daus dunia dan akhirat sebab Daus jaga mereka dengan baik sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah.
      Tangisannya reda sedikit apabila segala pertanyaannya dijawab.... Allahu Abkbar!

      Padam
  5. Aduhai.. memang sedih kalau anak kucing kesayangan mati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mesti rasa sedih. Harap kesedihannya tidak berpanjangan.

      Padam
  6. Ya Allah, air mata sy turut bergenang, dada rasa nak pecah. I feel u, Daus šŸ˜­

    Dulu, anak saudara sy kematian kura2, asyik tanya saja, kura2 mati masuk syurga tak ibu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduuuhhh... ikut terasa sakitnya!
      Sewaktu emak kucing datang, Firdaus sangat gembira. Apalagi setelah beranak lima. Mereka sajalah kawan baiknya....dari buka mata, bangun pagi bagi makan, tengahari dan petang. Sebelum tidur malam, Firdaus mesti nak tengok kucing-kucingnya dulu.
      Sedih itu memang terasa sakitnya! Di dada!

      Padam
  7. Allah...sabar ye Firdaus. Akak pun faham kehilangan dan sedih menyesal tu macam mana. Dulu kucing kesayangan mati sbb virus merebak dlm kalangan kucing di kampung. Sedih juga sbb tak dapat bawa ke klinik perubat betul-betul :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila melihat anak kecil sampai menangis sedih anak kucingnya mati, menyesali kecuaiannya, terasa semangat anak itu seakan hilang. Mujurlah, selepas beberapa jam menangis, Firdaus kembali normal walaupun masih rasa sedih.

      Padam
  8. Kesiannya adik..tak apa tu..ada lagi miau adik beradik tu..pengubat rindu si grey yang dah pergi...sini juga ada dua ekor anak miu mati

    BalasPadam
  9. Alahai Daus.. Ammi pun sedih tgk awak mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... siapalah tak sedih apabila anak kucingnya mati. Lagilah anak kucing yang disayang-sayang.

      Padam
  10. Balasan
    1. Kan. Tentu peristiwa ini akan membekas dalam ingatannya.

      Padam
  11. Ya Allah. Kalau saya pun murung. Sama akan salahkn diri sebab tidak perhati betul-betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Anak kucing memang lincah lari sana sini. Itu sebabnya sudah dkumpulkan, tiba-tiba anak kucing patah balik masuk bawah kereta.

      Padam
  12. Allahu...
    Turut bersedih.Tak.sedar sambil membaca,tumpah juga air mata sedih.Semoga Daus dapat bertemu anak kucingnya di Syurga Firdaus nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.... Aamiin ya Allah.
      Mudah-mudahan Firdaus memahami segala peristiwa yang dilaluinya apabila besar nanti.

      Padam
  13. aduhai siannya firdaus sebak baca n3 amie

    BalasPadam
  14. Kesian Daus sampai menyalahkan diri sendiri...

    BalasPadam
  15. alololo kami pun sama nak nangis tengok daus nangis macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Dia nangis sungguh-sungguh. Dah mandi tukar pakaian pun masih menangis juga.

      Padam
  16. Balasan
    1. Kesian kan. Sudahlah terkejut, bercampur sedih... melehleh-lelehlah air mata tak berhenti.

      Padam
  17. Alolo..siannya Daus,muka sedih tu,kalau dekat auntie ganti dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedih sangat tu. Kita yang melihat pun ikut sedih sama.

      Padam
  18. Aduiii memang sedih la kucing kesayangan Daus mati. Sabar ya Daus, aunty tgk daus pun rasa sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula memanglah teruk betul melihat dia menangis. Setelah dipujuk, redalah tangisnya. Bolehlah dia terima kenyataan memang kucingnya sudah mati.

      Padam
  19. Alahai Firdaus... Kesiannya. Sayang betul dia dengan kucing2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, memang sangat sayang. Kucing-kucing itu kawan baiknya.

      Padam
  20. Memang sedih kalau kucing kesayangan kita mati.
    mati depan mata pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang dia sedih sangat nampak anak kucingnya menggelupur kejang dan mati.

      Padam
  21. allahuakbar
    sedihhhnya
    itu la yg merisaukan bila nak keluar takut anak2 kucing bwh kereta
    faham sgt kesedihan dia kalau untie pun bermingu nangis tak abis 2
    kucing hilang pun tak blh lupa inikan pula kena langgar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah tak terkata apa. Benda dah berlaku walaupun sungguh menyakitkan tapi terpaksa kena terima. Harap Firdaus tidaklah sampai murung.

      Padam
  22. sayang betul firdaus dengan anak kucing tu sampai berjurai air mata

    BalasPadam
  23. Alahai Daus....aunty yang baca plak sambil meleleh2 air mata ha...aunty pun turut sedih..takpe Daus ada 4 ekor kucing lagi kan..yang mati tu dah ditakdirkan akan mati...sabar okey....

    BalasPadam
  24. Sian daus mesti anak kucing yang mati tu kesayangan sebab tu sedih sesangat. Acik pun ikut nangis sama.

    BalasPadam