Pages

Khamis, 23 September 2021

Apabila Kesibukan Mula Melanda!

Akhir-akhir ini sudah terasa kekurangan masa untuk berada di dapur. Banyak tugasan online, kemas kini dari semasa ke semasa perlu dilaksanakan segera. Tidak kita siang atau malam. Yang penting semua tugasan mesti siap. Mesyuarat bersemuka dan google meet perlu dihadiri. Kelmarin selepas BDR, kelam-kabut ke tempat kerja untuk hadir mesyuarat bersemuka. Buat laporan BDR pun curi-curi dalam mesyuarat. Bukan apa. Sebelum 5.59 petang semua wajib hantar. Sudah satu mesyuarat, sambung lagi satu mesyuarat yang lain. Pukul 1:30 petang nanti ada google meet dengan PPD pula. Sekarang sibuk kemas kini dalam sistem segala maklumat vaksinasi murid. Mana yang sudah divaksin, mana yang belum. Bila tarikh sudah divaksin. Sebab-sebab tolak divaksin. Kemudian berulang kali beri arahan kepada murid supaya pada hari Sabtu nanti semua patuh arahan. Hari Sabtu kami perlu bertugas di pusat vaksin untuk urus murid-murid bagi mendapatkan suntikan.

Sarapan pagi?
Goreng kentang saja untuk Firdaus.
Kentang Goreng


Syukurlah Encik Suami bukan jenis cerewet makan. Tidak pernah terdengar rungutannya kalau Amie tak sempat masak. Kalau ada bahan di dapur yang boleh dimasak, Encik Suami masak sendiri. Kalau rasa penat dan tak tahan lapar, Encik Suami akan beli makanan di luar. Encik Suami pun faham kalau kita tak masuk dapur maksudnya memang sangat sibuk dengan tugas hakiki. Terima kasih Encik Suami yang sentiasa memahami.

Bersyukurlah dengan apa yang ada. 
Nikmatilah hidangan di hadapan mata dengan penuh gembira.


Harap janganlah jadi seperti ini:

Most times we barely have time to enjoy any meal due to the stress and anxiety that our daily routine provokes.

24 ulasan:

  1. Dari murid2, guru2, ibubapa masing2 berhadapan cabaran dgn PdPR dan perihal berkaitan persekolahan di norma baru. Apapun moga dipermudahkan segalanya utk kita semua.
    Makan jangan lupa Kak Amie. Sedap2 semua tu :)

    BalasPadam
  2. Sibuk..sebenarnya kehidupan ini, dari kita menanganinya dengan teratur..

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkan urusan sis seterusnya InshaAllah. Syukur suami sis banyak menolong. Sedap sarapan Fidaus, dan hidangan tu nampak macam vietnamese roll, teringin pula..

    BalasPadam
  4. Thank you for sharing this blog and I hope keep positing on Malaysia foods and restaurants. https://www.couponkoz.my/category/food_and_drink

    BalasPadam
  5. Sekolah dah nak di buka kan...apa pun semuga Allah mempermudahkan urusan amie.

    BalasPadam
  6. betul kak.. sibuk skrg.. mcm x sempat nk bersosial di blog.. keja hakiki mmg x pernah abis

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..dikurniakan suami yang baik dan anak2 yang hebat. Rezeki Allah bg dalam pelbagai bentuk..Dengar kata nak kena dose ke-3 pulak ni....Semoga Allah mudahkan urusan kita semua...

    BalasPadam
  8. Sama lah SA KAK...MAKIN SIBUK NI...hari ni langsung xde entry nak buat...banyak kerja

    BalasPadam
  9. sesekali menu simple mcm ni pun sedap..layan je janji ada makan.. dah syukur alhamdulillah dah.

    BalasPadam
  10. jgn lupa makan ya kak amie..

    skolah dh nak start, makin busy kak amie..

    BalasPadam
  11. Sy pun dah mula nak sibuk ni, Kak Amie. Dah tak tahu mana nak buat dulu ni.

    BalasPadam
  12. Kalau tengah sibuk memang tak cukup tangan nak buat banyak keje kan kak. Syukur suami kak Amie memahami. Apa yang ada kita syukuri. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah...syukur punya suami yg memahami tugas2 isteri .

    BalasPadam
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie . Memang betul akan ada hari kita tak sempat nak mask . Mujur encik sumi faham akn keadaan

    BalasPadam
  15. semoga dipermudahkan segala urusan kak amie

    BalasPadam
  16. Moga dipermudahkan urusan. Beli atau masak sama je. Janji makan ikut waktu dan segala urusan lancar. Saling memahami, InsyaAllah okey je

    BalasPadam
  17. betul tu kak, syukur kan bila suami sangat memahami, kadang bdr pun kerja banyak ini kan pula kalau kene ke sekolah.
    sedap semua yang dibeli suami akak... sama-sama tolak ansur

    BalasPadam
  18. harap2 x de murid yg lari nnt sbb takut jarum mcm kes bdk takut kena sunat heheheh...semoga tugasan akk dipermudahkan

    BalasPadam
  19. Begitulah kan kak amie..sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya, dalam sibuk2 pun tetap kena sediakan makan2 untuk keluarga tersayang

    BalasPadam
  20. mmg sibuk dh mula dekat nk buka sekolah ni kan banyak kerja nk kena buat kan

    BalasPadam
  21. semoga terus sihat dan diberi kekuatan kak..

    BalasPadam
  22. Bertuahnya Amie punya encik suami yang memahami, semoga segala urusan berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  23. Walaupun sibuk, jaga makan ye kak Amie. Perut jangan dibiar kosong. Saya yang sekadar membaca pun terasa penatnya

    BalasPadam
  24. Semoga dipermudahkan Allah urusan Amie.
    Menarik sungguh hidangannya.

    BalasPadam