Pages

Sabtu, 25 September 2021

Cerita Hari Sabtu

Jumpa lagi.
Baru sempat buka blog. 
Harap semua rakan maya sihat-sihat sahaja.
Pagi tadi bertugas di pusat vaksin, membantu proses pendaftaran murid untuk mendapatkan suntikan. Oleh kerana pusat vaksin berada di sekolah lain (digunakan untuk mengurus vaksinasi murid daripada 3 buah sekolah berhampiran), jadi minta Encik Suami hantar. Bukan apa. Takut tak dapat tempat letak kereta sebab nanti akan berlaku kesesakan. Maklum sahajalah murid akan hadir bersama salah seorang penjaga.

Bersama rakan-rakan yang hadir lebih awal sebelum tiba masa bertugas.

Awal pagi tadi hanya sempat makan sebiji pisang berangan. Menjelang tengahari, ada agihan makanan. Alhamdulillah. Rezeki Allah.

Nasi tapau untuk makan tengahari.

Oleh kerana Encik Suami pun ke tempat kerja, jadi Firdaus dihantar ke rumah kakak ipar. Sebaik selesai tugas di pusat vaksin, Amie bersama Encik Suami bergegas untuk mengambil Firdaus. Kami sempat belikan makanan kegemarannya termasuk puding mangga dan ais krim.
Nampaknya hari ini wajahnya agak ceria tetapi bawah matanya kelihatan masih lebam kesam tangisannya kelmarin.
Selepas solat Asar, Encik Suami bawa Firdaus jalan-jalan ke kampung. Amie pula ingin berehat di rumah sahaja.
Di dapur ada buah duku tetapi kelihatan masih ada warna hijau! Tentu masam rasanya! Jom kita rasa.


Memag rasanya masam! Ada yang masam. Ada yang manis!
Tiba-tiba teringat agak lama tidak jejak kaki ke pasar selepas solat Subuh.
Tentu banyak buah-buahan tempatan ada di sana. Maklumlah musim buah-buahan sedang meriah sekarang ini.

10 ulasan:

  1. Baguslah pelajar2 sekolah pun dah mula dapat vaksin

    BalasPadam
  2. Daus mungkin ambil masa utk pulih semangat nya tu..yalah tgk anak kucing mati depan mata..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... anak2 murid dah start vaksin ya... anak2 saya masih belum dapat tarikh vaksin lagi, tengah menunggu turn.

    BalasPadam
  4. Lama juga ammi tak pegi pasar sbb biasanya itu rutin suami. Ammi kalau ke pasar sbbnya nak bersarapan dalam pasar huhu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selesai tugasan Kak Amie harini. Firdaus pun dah ceria kembali. Uishhh tak tahan kalau buah masam sangat belum masak ni. Seronok dapat cuci mata pergi pasar pagi pagi. Dapat juga beli barang masakan fresh fresh.

    BalasPadam
  6. alamak macam nak join ja tau hehehe..suka tengok orang bahagia..bahagia itu rahmatnya..jagai rahmatNya ya..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, syukur semuanya dipermudahkan.. semoga dengan jalan-jalan di kampung, Firdaus dapat melupakan kesalahannya

    BalasPadam
  8. anak2 sek tgh tunggu vaksin
    masing2 tak sabar dah

    BalasPadam
  9. dah lama tak merasa buah duku. skrg ni musim duku ke? kalau musim duku seronok klu dapat balik ke kampung

    BalasPadam