Jumpa lagi. Sudah makan tengahari? Jemput jamu selera di dapur Amie. Paparan kali ini bukannya hasil masakan pada hari ini. Ini masakan kelmarin, dan baru sempat untuk dijadikan paparan.
Salah satu antara lauk hidangan ialah Daging Goreng Kicap. Amie pernah kongsikan resepinya di sini: SEDAPNYA DAGING GORENG KICAP. Memang sedap sungguhlah menu begini. Kalau boleh gunakan daging segar dan muda. Jadi, sudah tentulah lembut sahaja dagingnya apabila dimasak. Nanti Amie kongsikan resipinya di bawah.
|
Daging Goreng Kicap. |
Hidangan tengahari Selasa:- Nasi Putih
- Daging Goreng Kicap
- Sup Ayam dengan Sawi
- Kacang Buncis Tumis Sotong
- Telur Dadar Gulung
- Sambal Ikan Mackerel Tin
- Sambal Belacan
- Epal & Oren
|
Kacang Buncis Tumis dengan Sotong. |
|
Sup Ayam dengan Sawi. |
|
Sambal Ikan Mackerel Tin |
|
Telur Dadar Gulung.
|
Firdaus asyik sebut telur gulung... telur gulung! Inilah hasilnya telur gulung untuk Firdaus. Apabila terjumpa makanan kesukaannya memang menambah dua tiga kali nasi dalam pinggannya. Selain telur dadar gulung, Firdaus berulang kali menambah kentang yang dimasak bersama Daging Goreng Kicap.
|
Epal & Oren. |
|
Daging Goreng Kicap.
|
Jom cuba masak Daging Goreng Kicap yang sangat sedap ini. Dapat kuahnya pun dah cukup enak gaul dengan nasi!
Bahan-bahan:- 400 gram daging lembu bahagian peha / batang pinang - hiris tipis - perap dengan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit selama 20 minit - goreng hingga garing - toskan
- 3 biji kentang - kupas kulit , potong ikut saiz yang disukai - goreng hingga kuning keemasan - toskan
- 2 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 labu bawang besar - potong bulat
- 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
- garam / gula / perasa pilihan - jika perlu
- minyak untuk menggoreng
Bahan penumis:- 2 cm halia - hiris halus
- 3 ulas bawang putih - hiris
- 3 biji bawang merah - hiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
Cara:
- Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan daging lembu, dan goreng semua bahan penumis hingga terbit bau dan layu.
- Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
- Tuangkan kicap lemak manis dan kicap pekat. Gaul rata.
- Taburkan lada putih. Jika kurang rasa, boleh taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
betul betul hd hee
BalasPadamsedapp hingga menjilat jari
nampak pun. tahu
Betul itu saya pun suka daging masak kicap. Makan bertambah. Suka letak bersama kacang pis dan kentang.
BalasPadamMasakan yg ringkas tp mampu mengundang selera malan bertambah2 amie..cantik telur dadar gulung tu.
BalasPadamKalau masak kicap makan bertambah2. Sedapppp
BalasPadamSaya pun biasa buat paparan throwback je. Tak sempat kadang nak buat paparan hari yang sama. Hihi..
BalasPadamTerasa rasa sedap daging masak kicap ni. Kalau guna daging fresh dan muda memang sedap! Telur gulung tu pernah cuba buat, menggunakan banyak telur juga nak cantik tebal macam tu. Agak ambil masa nak menggulung. Tapi sedap!
Aduh menggiurkan semua menu akak, telur dadar gulung tu cantik sangat
BalasPadamSA pun suka....tp hari ni SA buat sup daging...hehehe...esok la pi cari tetel kat pasar besar
BalasPadamConfirm sehingga menjilat jari ni .
BalasPadamMenunya sedap-sedap semuanya.
BalasPadamSemuanya sedap2 tu...
BalasPadamSup ayam & sawi tu teringat arwah Mak. Sampai skrg tak pandai buat sup ayam macam tu :(
Kecur air liur, daging kentang kicap memang tergoda..
BalasPadamlauk cam ni mmg best. makan dgn nasi putih panas2 pun mmg win.
BalasPadamMenariknya daging masak kicap tu . Seakan daging masak merah
BalasPadamDapat gaul nasi putih panas-panas....apa nak kata weiiii...swdapnya
BalasPadamMemang sedap. Ratah gitu je selalunya. Hehe. Tak lunch lagi. Tadi heavy breakfast, so hold dulu
BalasPadamsedap tu... sure menjilat jari
BalasPadamBetul, saya pun suka makan daging goreng kicap ni, memang menambah la kalau makannnn.
BalasPadamLauk paling senang nak masak, tapi malasnya sy nak hiris daging, hihi
BalasPadamsedapnya daging goreng kicap. teringat daging goreng kicap yg ayah syu slalu msk. trus rndu kg..
BalasPadam