Pages

Khamis, 16 September 2021

Sambal Telur Pengantin

Selamat Hari Malaysia. 16 September 2021. Moga negaraku terus aman dan makmur. Marilah kita sentiasa bersyukur tinggal di sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang bangsa tetapi dalam keadaan harmoni. Mudah-mudahan rezeki begini akan terus berpanjangan.

Apa sarapan pagi ini?
Amie goreng bihun dan masak sambal telur. Kelmarin bawa pulang bunga telur dari rumah pengantin. Jadi hari ini Amie masak Sambal Telur Pengantin. Amie gunakan serbuk cili dan tambahkan sos cili Thai serta sos tomato. Untuk naikkan aroma, Amie masukkan daun kari.

Jadi, sarapan pagi ini kami makan bihun goreng bersama Sambal Telur Pengantin dan minum kopi Cap Kuda Terbang.

Kawan-kawan sarapan apa pula?


Sambal Telur Pengantin.



Sarapan pagi Khamis:
  • Sambal Telur Pengantin
  • Bihun Goreng
  • Kopi Cap Kuda Terbang
  • Buah Tembikai
Bihun Goreng 

Sambal Telur Pengantin.
Bahan-bahan:
  • 5 biji telur rebus yang sudah dikupas
  • 2 sudu besar  serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos tomato.
  • 1 pelepah daun kari- lurutkan
  • minyak
  • 3/4  cawan air
  • garam /gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng telur rebus hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan telur.
  3. Masukkan daun kari dan goreng hingga terbit aroma.
  4. Perlahankan api. Kemudian masukkan bahan kisar diikuti dengan serbuk cili.
  5. Kacau seketika dan tuangkan air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan sos cili Thai dan sos tomato.
  7. Setelah tumisan terbit minyak, masukkan telur rebus yang digoreng tadi.
  8. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Kacau / gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

17 ulasan:

  1. nampak sedap. nama pun unik heheh thankyou resepi ^^

    BalasPadam
  2. sedapnya. lama tak gi kenduri kahwin. sarapan roti je. mak ayah puasa sunat, tak selera makan sorang. hehe

    BalasPadam
  3. Rindu pula Sambal Telur Pengantin setelah agak lama tak makan Telur Pengantin..Kalau dapat telur pindang lagi syiok...

    BalasPadam
  4. Lama tak makan telur pengantin. Buat sendiri jelah kan akak

    BalasPadam
  5. Wahhh.. kita ada sandwich telur, orang LD ada sambal telur. Mak telur ni, ada kat KL dah jadi nasi ayam 😜😜😜

    BalasPadam
  6. Sarapan kat restoren mamak je sebab teringin tosei :-)
    Suka kalau dapat telur banyak dari kenduri kahwin masak camni. Tapi kalau rebus sendiri dan masak sambal camni tak pernah lagi.

    BalasPadam
  7. teringin tengok sambal telur tu.. telor tu akak goreng dulu kan?

    BalasPadam
  8. Akak pun kalau dapat banyak telur pengantin baut sambal jugak..atau kekadang buat masak kurma atau kari telur..

    BalasPadam
  9. lama tak mkn telur pengantin, sbb dah lama tak pergi kenduri..

    BalasPadam
  10. Oooo telur kenduri kahwin..hehhe...SA ingat memang nama nyer Sambal Telur Pengantin

    BalasPadam
  11. Boleh cuba nanti. Tak pernah guna sos cili thai dalam masakan..

    BalasPadam
  12. Dapat bunga telur, kalau dapat sekali banyak dari kenduri kahwin memang buat sambal telur. Tak larat nak makan telur rebus banyak banyak kan. jadikan lauk sambal telur pun sedap. Cantik kejadian hasil masakan kak Amie, sambal telur dan bihun goreng tu.

    BalasPadam
  13. Berkilat lauk sambal telur pengantin.

    BalasPadam
  14. ade lagi ye kenduri kawen bagi telur. susah skrg ni nak jumpe kenduri kawen bg telur

    BalasPadam