Pages

Rabu, 18 Ogos 2021

Sembang Sore

Fairuz pulang dari kerja bawa durian musang king untuk Encik Suami yang sudah lama mengidam nak makan! Kata Fairuz, kakak sepupunya bawa dari Kota Kinabalu. Firdaus pula tak mahu makan, katanya rasa pahit!


Katanya musang king sudah turun harga, tapi kakak ipar kata di Kota Kinabalu harganya RM40+++ sekilogram. 


Firdaus siapkan kerja Pendidikan Seni yang tertangguh.  Kena bantu Firdaus cari peralatan untuk mewarna poster menggunakan teknik capan.


Firdaus perlu gunakan putik kapas untuk cap warna dot dot pada gambar poster.


Walaupun hasilnya agak comot tapi adalah juga rupa teknik capan.
Sepatutnya dihantar minggu lepas, tapi hari ini baru Firdaus buat.
Minta maaf, Mommy terlepas pandang lagi!

Sup Bebola Daging Campur Sawi & Kobis Bunga

Petang tadi Encik Suami masak nasi. Kita tertidur di ruang tamu, sebab kaki masih rasa sedikit sakit  apabila berjalan. Tidaklah terhincut-hincut lagi, tapi baiklah tunggu hingga betul-betul hilang rasa sakit baru bergerak ke sana ke sini. Mungkin setiap hari kita yang masak, jadi walaupun hanya bau wap nasi yang dihidu, terasa sangatlah harumnya! Itulah bezanya kalau orang lain masak kita yang rasa keenakannya! Kemudian terbau pula ikan goreng. 

Baru nak bermimpi, tiba-tiba Encik Suami panggil makan di dapur. Rupanya Encik Suami masak sup bebola daging ditambah dengan sayur sawi dan kobis bunga.

Ikan Lumahan / Kembung / Pelaling Goreng.

Encik Suami goreng ikan lumahan. Ikan lumahan ini dalam bahasa kita di Malaya ialah ikan kembung atau ikan pelaling. Fairuz yang beli ikan ini bersama ikan kerapu dan ikan tongkol beberapa hari lepas. Petang tadi memang sedap sungguhnya hirup kuah sup bebola daging yang manis panas! Ikan goreng pun rasa sangat lazat. Walaupun tak ada sambal belacan dan sebagainya, tapi tetap berselera cecah dengan kicap cili padi.


Petang tadi, guru PSV Firdaus kongsikan sesuatu di WhatsAap Group. Katanya ada hadiah diberikan kepada seorang murid terbaik PDPR berdasarkan penilaian awal tahun. Hadiah tersebut diberikan kepada Firdaus, dan boleh ambil di sekolah. Oleh kerna sudah menjelang petang, Encik Suami meminta Fairuz ( dalam perjalanan dari kerja) singgah di sekolah untuk mengambil hadiah tersebut

Tak sabar Firdaus nak tengok hadiahnya.


Inilah hadiah yang Firdaus terima:
  • Pensel Warna Stabilo
  • 3 batang pensel
  • 1 pemadam

Terima kasih Cikgu Nur Hafizah berikan Firdaus hadiah!
Mudah-mudahan Firdaus tambah semangat siapkan kerja-kerja PSV.

17 ulasan:

  1. Musang king rm40 sekilo itu dh dikira murah jugak la . Tahniah firdaus dapat hadiah alat tulis

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah Daus. Abang dah bawa hadiah musang king, pahit pulak di tekaknya, hihi.

    Semoga cepat sembuh kaki kak Amie tu, sy pernah melaluinya.. i feel u, gituh

    BalasPadam
  3. Wah rezeki Firdaus dapat hadiah.

    BalasPadam
  4. Waahhhh.. tahniah Firdaus yang komited... juga kepada mommy yang sentiasa beri perangsang.

    BalasPadam
  5. Terbaik Firdaus.. Teruskan usaha..

    BalasPadam
  6. Tahniah Firdaus dapat hadiah. Cantik lukisan logo Merdeka awak tu. Kalau auntie Sal yang buat lagi comot.
    Semoga kak Amie segera sihat. Sesekali makan orang lain masak berselera ye

    BalasPadam
  7. Tentu bertambah semangat Firdaus nk belajar kan dgn dpt penghargaan dari gurunya

    BalasPadam
  8. tahniah firdaus..sedapnya musang king pahit2 manis

    BalasPadam
  9. Alhdulillah..
    Betul la sebutan menjadi doa ..in sha Allah.
    Wah,tah niah Daus...

    BalasPadam
  10. SAa pun x berapa suka Musang King sebab pahit..hehehe...RM40sekilo tu kira murah lagi Kak Amie...tahniah Firdaus..wah...bestnya dapat hadiah....

    BalasPadam
  11. Tahniah Firdaus, dapat hadiah!
    Take care, Kak Amie. Moga dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

    BalasPadam
  12. Rezeki dapat durian musang king. Cantik hasil mewarna teknik capan Firdaus walaupun comot sikit tapi masih kemas warnanya. Good job Firdaus! Fokus betul dia eh. Alhamdulillah sesekali cuti masak ada suami membantu masak. Itulah, lain rasanya bila kita pulak yang tinggal merasai masakan orang lain. Sedapnya berbeza. Tahniah Firdaus dapat hadiah lagi. Berkat rajin dan bantuan mommy juga.

    BalasPadam
  13. Cantik jugakk firdaus warna walaupun comot.
    Wahhhh gembira la firdaus dapat hadiah! Pensel warna kotak besar pulak tuuu, lagi syok la nak mewarna lepas lepas ni.

    BalasPadam
  14. Musang King sekilo RM40 masih mahal bagi saya, bukannya tak mampu, tapi tak sanggup nak beli...

    BalasPadam
  15. comot comot pn ttp��������
    sedapnya ikan pelaling... kalau goreng mmg laku��bertambah2 nasi

    BalasPadam
  16. wahh tahniah firdaus.. msti rajin lg nk mewarna bila dpt hadiah tu..

    BalasPadam