Pages

Khamis, 19 Ogos 2021

Nasi Goreng vs Hash Brown

 Jumpa lagi di pagi Khamis yang cerah.  Jom sarapan.:

  • Nasi Goreng Isi Ikan Pelaling (Goreng)Tumbuk
  • Hash Brown & Sosej Goreng Air Fryer
  • Air Putik Bunga Ros
  • Buah Honeydew & Mangga Manila



Nasi Goreng Isi Ikan (Pelaling) Tumbuk


Fairuz berkenan pula bawa bekal nasi goreng ke tempat kerjanya. Teringat Mama Cella yang rajin sediakan bekalan untuk anak bujangnya. Amie kata, kenapa tak beritahu nak bawa bekal? Nanti Mommy gorengkan telur mata. Kata Fairuz, biarlah bawa nasi goreng saja tak perlu telur!

Hash Brown & Sosej 

Warna hash brown goreng air fryer kelihatan cerah pula. Sosej pula terlebih kerepot.

Honeydew & Mangga Manila

Teh Putik Bunga Ros.


Pagi ini Firdaus suka hati sebab dapat makan hash brown. Belum sempat mandi, terus masuk dapur sarapan pagi. Waktu inilah kita mula cucuk jarum!

Sudah makan hash brown kan?
Lepas ini sayang pergi mandi. Jangan lupa berus gigi.
Nanti kita siapkan kerja sekolah sama-sama ya?

Senarai kerjanya yang masih tertangguh:
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris

Begitulah kami memulakan rutin harian seawal pukul 7 pagi. 
Mudah-mudahan kerja yang dikendong tak berciciran.
Kerja anak yang dikejar dapat disiapkan.
In syaa Allah.
Jom teruskan BDR.


18 ulasan:

  1. Jimat duit bawa bekal.
    Bagus itu cara pujuk Firdaus,bagi makan kenyang-kenyang lepas itu siapkan kerja sekolah.

    BalasPadam
  2. Wowww hashbrown pun pebret uyum..
    Uyum x suka nasi goreng..


    Tp utk org2 yg suka dedua.. Mmg menyelerakan je kan kak hahha

    BalasPadam
  3. Patut tersedak,ada orang sebut la..hihihi

    Tiba-tiba terliur pula hashbrown tu.Tadi dah tengok hashbrown tu kat peti ais Hero,tapi tak jadi ambil.Pergi ambil fries la pulak plan nk goreng petang ni.Tapi ni macam terngut2 pula anak tekak nak hashbrown..Ish,nafsu betul la...hihihi

    BalasPadam
  4. Nikmat betul pagi-pagi dah dapat sarapan yang enak-enak..

    BalasPadam
  5. Suka tengok texture nasi goreng kak Amie...SA susah nak dapat texturee macam tu..x kering dan x lembik sangat....

    BalasPadam
  6. Salam kenalan.. sedapnya hashbrown lama tak makan. Memang kenyang klau breakfast macam tu.. happy tummy.. (^_^)

    BalasPadam
  7. Nasi goreng Kak Amie buat saya rasa lapar...

    BalasPadam
  8. nasi goreng tu mesti sedap kan amie :)

    BalasPadam
  9. Saya pun suka kalau hashbrown masuk air fryer je sebab bila dah masak kurang minyak tapi rasa sama macam kita goreng. Ada certain frozen food kalau masuk airfryer kurang rasa macam wedges atau kentang.

    BalasPadam
  10. Sedap nasi goreng campur isi ikan. Tiba tiba mood Fairuz nak bawak bekal pulak ye. Seronok kalau masakan kita dibawa bekal. Tak risau lah tentang makan. Bagus Firdaus dengar kata mommy. Dapat favourite hash brown auto rajin dia. Hehe..Semoga dipermudahkan urusan berBDR dan PdPR

    BalasPadam
  11. tampak sedap sekali kak...foto fotonya seeprti biasa bikin aku kepingin ngicip...jernih masakan kakak
    mangganya masya Alloh jingga berkilau

    sosisnya juga menarik hati untuk diicip

    (*´︶`*)ฅ♡

    BalasPadam
  12. tak pandai nak masak hashbrown. setiap kali buat mesti macam hangus dan rasa dia tak sesedap hashbrown mcd. terus serik nak masak hashbrown lagi

    BalasPadam
  13. Teringat hash brown mcd! Sedapppp sedappp semuanya! ^^

    BalasPadam
  14. Anak yang baik, dengar cakap Mommy. Bagusnya..

    BalasPadam
  15. baiknya diaaaa������
    waduhhhh nampak nasi goreng trs lapar ni��

    BalasPadam
  16. Sorry Kak Amie, tergelak pulak kita tengok sosej kerepot 🤭

    BalasPadam
  17. semangat ya firdaus nk mkn hashbrown. msti lps tu lg rajin dan bersemangat buat kerja sekolah..

    BalasPadam