Pages

Rabu, 18 Ogos 2021

Nasi Goreng Telur untuk Firdaus & Kuih Panganan (Kuih Tradisi Bajau)

Alhamdulillah. Kaki yang sakit akibat terseliuh mula beransur baik. Bolehlah berjalan perlahan-lahan walaupun masih terhincut-hincut. 

Ada lebihan nasi semalam. Amie goreng ikut selera Firdaus. Berkali-kali Firdaus pesan, jangan bubuh bawang. Bubuh telur saja. Budak kecil itu tahu sangat kalau Amie goreng nasi sama ada gunakan minyak masak, marjerin atau mentega. kalau gunakan marjerin atau mentega, berkali-kali dia menghidu nasi goreng sebelum dijamah , dan akan memuji aromanya yang semerbak!

Encik Suami pula sempat beli kuih di warung.

Sarapan pagi Rabu:
  • Nasi Goreng Telur
  • Kuih Panganan
  • Kuih Penyaram
  • Minuman Lemon Panas

Nasi Goreng Telur

Selalunya Amie tidak makan Nasi Goreng Telur ikut selera Firdaus. Amie hanya gorengkan saja untuknya sepinggan, dan nasi selebihnya Amie goreng ikut selera sendiri. Kali ini Amie goreng semua lebihan nasi yang ada. Apabila dijamah, sedap pula. Amie gunakan minyak masak biasa sahaja sebab kehabisan marjerin dan mentega.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi putih
  • 3 biji telur
  • 4 sudu besar  minyak masak
  • Maggi Cukup Rasa secukupnya
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Pecahkan telur ke dalam kuali.
  3. Kacau telur hingga masak dan tolak ke tepi kuali.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul ratab bersama telur tadi.
  5. Taburkan Maggi Cukup Rasa secukupnya.
  6. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Kuih Panganan.

Encik Suami beli kuih panganan, sejenis kuih tradisi masyarakat Bajau.  Kuih panganan ini diperbuat daripada kelapa parut yang disangai dan kemudian ditumbuk bersama gula pasir. Kemudian dibentuk dan dicelup ke dalam adunan tepung bercampur serbuk kunyit sebelum digoreng.

Kuih Penyaram.

Tidak ketinggalan kuih penyaram 2 warna. Satu warna hijau pandan dan satu lagi warna biasa.

Jom sambung BDR.

21 ulasan:

  1. Macam rumit juga nak buat kuih panganan tu ya, banyak step.

    BalasPadam
  2. moga Allah beri kesembuhan untuk kaki Amie.

    BalasPadam
  3. Menarik kuih penganan tu..
    Kalau tak salah kat Ng 9 dodol dipanggil penganan (betul ke salah SA?😀)
    Kuih penyaram tu pun nampak lembut kembang elok tu...Cantik kejadiannya bibirnya seksi macam Angelina Jolie..💋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih panganan namanya.
      Hahahaaa... selalu buat sendiri tak jadi, eloklah beli saja kuih sesksi Angelina Jolie tu hihihiii!

      Padam
  4. Aduh lama tidak makan kuih penyaram.
    Cantik tengok nasi putih kuning.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di LD hari-hari ada kuih penyaram.
      Kalau teringin makan, beli saja.

      Padam
  5. Kuih penyaram tu mcm kuih jawa kt semenanjung ke Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang kata ada nama lain kuih penyaram ni. Ada yang panggil penjaram / topi Mexico / cucur jawa.

      Padam
  6. sy panggil cucur jawa @ kuih penyaram tu
    kat kg femess pg2 selalu juga beli bila kat kg
    mak sedara pandai buat ni , ada belajar dgn dia jga he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unik betul namanya, cucur jawa... tapi orang kampung saya walaupun majoriti keturunan jawa, tak pernah pula buat kuih begini hihihii.

      Padam
  7. First time dengan kuih panganan dan kenal rupa bentuk kuih tersebut .

    Kuih penyaram kalau kt tempat CCL dipanggil cucur jawa .

    BalasPadam
  8. kuih Panganan tu boleh buat rupa pretzel auntie Anne

    BalasPadam
  9. Suka la Firdaus tu dapat makan nasi goreng ikut selera dia...kalau kat NS, Penganan tu merujuk kepada dodol...hehehe...lain tempat lain kan Kak Amie

    BalasPadam
  10. Lama dah tak makan kuih penyaram. Mesti sedap dan beraroma kuih panganan tu sebab pakai kelapa parut.

    BalasPadam
  11. Hebat deria bau Firdaus. Tahu ape je mommy letak. Request siap siap taknak bawang tu. Layankan je janji dia makan. Unik Kuih Panganan tu, first time dengar. Agak renyah juga nak membuatnya. Kuih tradisi masih dijual lagi kira beruntung dapat menikmatinya lagi zaman sekarang.

    BalasPadam
  12. Nampak sedappp kuih penyaram tuuu, macam akok tapi bukan akok hehehe

    BalasPadam
  13. peliknya kuih panganan tu.. 1st time tengok. apa rasa agak2nya

    BalasPadam
  14. agak2 boleh pos x kak kuih panganan tu ke sini?��

    BalasPadam
  15. suka jgk mkn nasi grg telur. senang dan sedap..

    BalasPadam