Pages

Ahad, 22 Ogos 2021

Satar 3 Versi

Selamat berhujung minggu. Lega rasanya hari ini kerana Fairuz akan melengkapkan suntikan vaksin Dos 2. Berkali-kali Encik Suami pesan supaya Fairuz sarapan dahulu, isi perut dahulu sebelum ke pusat vaksin.

Fuad pula akan divaksin pada 24 Ogos tetapi katanya pusat vaksin jauh di Yong Peng. Sekarang Fuad sedang mengikuti latihan industri selama tiga bulan di Batu Pahat. Minggu pertama latihan industri, Fuad tidak dapat ikut sebab kilang tempat latihannya ditutup disebabkan ada pekerja yang positif Covid-19. Minggu keduanya pula Fuad terpaksa buat swab test, dan bayar sebanyak RM90. Minggu ketiga barulah Fuad dapat ikut latihan. Fuad minta tukar pusat untuk dapatkan suntikan. Mudah-mudahan dipermudahkanlah urusannya. Abang Farid pula sehingga kini masih belum dapat panggilan untuk divaksin.

Apa cerita di hujung minggu ini?
Jom kita sembang tentang satar.

Makanan berasaskan ikan seperti satar dan otak-otak memang sukar ditemui di LD. Kalau nak makan kenalah usaha sendiri. Makanan ringan yang berasal dari negeriTerengganu ini memang sangat sedap. Menurut Kamus Dewan, satar ialah sejenis makanan (Terengganu) yang dibuat daripada ikan yang dicampur dengan rempah serta kelapa dan dibungkus dengan daun pisang, dicucuk dengan buluh dan dibakar.

Kalau tidak ada daun pisang dan tidak ada buluh, macamana kita ingin penuhi keinginan untuk menikmatinya? Pernah terbaca, satar boleh digulung dengan kulit popia dan digoreng. Pagi ini Amie dapat sediakan 3 versi satar menggunakan isi ikan tenggiri campur isi ikan pelaling:
  • Satar Bungkus Daun Pisang Panggang Air Fryer
  • Satar Versi Popia.
  • Satar Versi Bebola Salut Serbuk Roti.


Satar Panggang Air Fryer

Satar bungkus daun pisang ini Amie panggang dalam air fryer selama 25 minit menggunakan suhu 180'. Tak nampaklah kesan hangus panggangan. Daun pisang pun setakat layu saja. Tapi isinya masak sekata.

Satar yang sudah masak dipanggang.

Memang sedaplah rasa satar bungkus daun pisang ini. Tak sia-sialah tumbuk isi ikan, kelapa parut, halia, bawang, daun kesum dan lain-lain sampai berpeluh-peluh. 

Ini pula Satar Versi Popia. Ini versi paling mudah, hanya bubuh inti dan gulung-gulung kemudian goreng.


Dan yang ini Satar Versi Bebola Salut Serbuk Roti. Firdaus paling suka makan versi ini walaupun sama saja rasanya dengan 2 versi yang lain itu. Setelah kenyang makan beberapa biji Firdaus bertanya:

Apa inti dalam bola-bola serbuk roti ini Mommy?
Inti ikan. Sedap tak?
Sedap. Tapi lain kali Mommy buat guna inti ayam ya? Lepas itu jangan lupa masukkan mozzarella. Mesti lagi enak!

Amboi! Bukan main lagi Firdaus berangan nak makan makan bebola ayam inti mozzarella. Amie tak menyahut sebab mata tertumpu ke atas pinggan Firdaus. Firdaus sedang 'membuka' sebiji lagi bebola satar seolah-olah menarik  inti mozzarella  yang bergetah di dalamnya!

Kalau tak kenyang ratah satar bolehlah makan mee goreng. Mee goreng ini bukannya dari mee kuning. Amie gunakan mee kering.

Mee Kering Goreng.

Honeydew.


15 ulasan:

  1. Rajinnya cikgu ...Sampai 3 versi...Mana
    gadis Trengganu ..nak tunggi Atiqah Najihah pula masak sata...hihihi

    Vaksin tu tak tahulah depa kira macamana.Sepupu Cella @ Kedah pun masih menunggu tiada khabar dalam Mysejahtera.Kalau kat KL ni warga asing pun boleh wakl in..

    BalasPadam
  2. Sampai 3 jenis buat satar. Tengok yang bebola itu memang menggamit untuk makan.

    BalasPadam
  3. Macam2 gaya boleh dihidangkan eh?

    BalasPadam
  4. mcm2 menu Amie
    semangat Fairus nk g vaksin ye

    BalasPadam
  5. sedapnya bebola dan popia satar tu..

    bgus idea firdaus tu. hehe

    BalasPadam
  6. Rajinnya Amie..sampai 3 versi sekaligus...yg balut daun pisang tu sedap kan..wangi bau daun..

    BalasPadam
  7. Saya dulu tak pernah merasa satar.. Tapi bila dah pekena sekali, oh, sedap rupanya..

    BalasPadam
  8. Kreatif sungguh Kak Amie, ini yang dikatakan, campak ke mana pun boleh hidup.

    Ini yang dikatakan, campak ke laut menjadi pulau, campak ke langit menjadi bintang, campak ke hutan menjadi gunung 😍😍😍

    BalasPadam
  9. Versi tradisional paling sedap bg saya…

    BalasPadam
  10. rajinnya akak buat satar sendiri, suka lah firdaus dapat satar versi bebola tu .... mesti kena dengan selera dia tuh

    BalasPadam
  11. chef handal sungguh ni amie sampaikan satar pun sampai 3 versi. Ingatkan satar yang macam terengganu je rupanya boleh di olah jadi lain versi.
    Vaksin tu kadang rasa macam patutnya warga lah yang dapat vaksin dulu ni yang bukan warga pun dapat juga habis tu yang warga masih banyak belum dapat tu camno.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah masing masing dah dapat giliran vaksin. Mencabar nak intern time COVID ni. Semoga dipermudahkan urusan fuad. Satar versi apapun sedap. Tak pernah nampak satar versi bebola salut serbuk roti. Awal awal Firdaus dah request inti ayam letak cheese. Pasni mommy kenalah buat. Hihi

    BalasPadam
  13. kreatif betul kak Amie. Yang last tu paling unik sebab moden

    BalasPadam
  14. amboiiii suh mommy masukkan mozarella gituuuuπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜†

    BalasPadam
  15. Satar panggang paling favorite! Memang syokk sungguh la kalau makan petang petang hehehe

    BalasPadam