Pages

Sabtu, 21 Ogos 2021

Rezeki Sayap Ayam & Ikan Panggang

Hari ini dapat makan tengahari bersama Fairuz. Amie masak sup tulang. Belum siap masak, Encik Suami sudah pulang. Katanya, ada kawan kirim buras, sayap ayam dan ikan panggang. Alhamdulillah, dapat rezeki lauk untuk makan tengahari. Moga tambah rezeki kawan Encik Suami. 
Jadi, Amie hanya renih sup tulang dan masak sayur sawi (siew pak choy) sahaja.


 Hidangan tengahari Sabtu:

  • Nasi Putih
  • Ikan Cencaru Panggang
  • Sayap Ayam Panggang
  • Sup Tulang
  • Siew Pak Choy Masak Sos Tiram
  • Sambal Tomato
  • Buah Honeydew & Limau Sunkist
Sayap Ayam Panggang.

Ikan Cencaru Panggang.

Sambal Tomato.


Siew Pak Choy Masak Sos Tiram

Sup Tulang.

Honeydew & Limau Sunkist.



26 ulasan:

  1. buah-buahan kita sama hari ni hehe

    BalasPadam
  2. Alahamdulillah...
    Murah rezeki.
    Nampak menyelerakan semua menu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Cella.
      Rezeki hari ini dapat dua lauk.

      Padam
  3. Semua menyelerakan. Ikan cencaru bakar tu lama sungguh tak makan.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah orang memberi kita merasa. Dapat merasa sayap ayam dan ikan panggang. Sedapnya sup tulang tu Kak Amie. Dapat gak makan berempat sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpeluh-peluh lepas hirup kuah sup tulang tu!

      Padam
  5. Ooo. Di sana sebut sayap ayam eh.. Tak biasa dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana kepak, di sini sayap. Dua perkataan yang berbeza membawa makna yang sama.

      Padam
  6. Kepak ayam tu bahagian yg paling laris kt rumah akak ni selain peha ayam...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah gembira dapat pemberian orang.
    Saya dapat pemberian tahu bergedil dan buah naga.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah . Semua nampak menyelerakan betul . Semua menu-menu sihat ni . Ayam dan ikan bakar, susemua menu yg kurang minyak dlm masakan .

    BalasPadam
  9. ALHAMDULILLAHNYA MELIMPAH RUAH NIKMATNYA.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, rezeki kak amie sekeluarga.
    Tengok sayap ayam, rndu pula kundasang. suka mkn sayap ayam dkt situ..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah reseki, tak payah masak hari tu..

    BalasPadam
  12. sedapnya kak, kat rumah dana pun limau tu wajib ada... sehari 3 biji lah untuk 2 orang kat rumah makan

    BalasPadam
  13. alhamdulillah, sedap sedap belaka hidangan. Sambal tomato kak tu memikat betul.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah, sedap sedap semuanyaaa. Kalau saya, saya panggil kepak ayam hehehe tapi sama je sayap ke kepak ke, bawak maksud benda yang sama aje hehehe

    BalasPadam
  15. Yarabbi...sedapnya la...nak beli la tulang lembu dan dagingnya...bleh buat sup...

    BalasPadam