Pages

Ahad, 1 Ogos 2021

Sarapan Nasi Goreng Berkat di Pagi Minggu

Selamat berhujung minggu. Pagi ini matahari bersinar terang, menerobos masuk ke bilik tidur. Tak boleh bermalas-malas di tepat tidur. Jom lompat bangun. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Tugas awal pagi kita sudah tentulah sediakan sarapan. 

Tak perlu sediakan banyak bahan untuk olah sarapan. Malam tadi Encik Suami bawa pulang nasi berkat. Macam-macam lauknya termasuk ayam goreng, ikan goreng, sambal kates, serondeng, telur masin, udang goreng dan terung goreng.

Amie tumbuk isi ikan goreng dan gaul dengan nasi. Tambahkan serondeng ikan dan gaul sekali lagi hingga rata. Kemudian hiris bawang merah, bawang putih dan bawang cili merah. Ok. Siap perencah nasi goreng berkat! Hanya tinggal goreng sahaja bersama nasi berkat yang sudah digaul dengan isi ikan tumbuk dan serondeng ikan. Serondeng ikan itu dicampur dengan kelapa, jadilah serondeng ikan kelapa kot!

Lauk yang lain Amie panaskan semula termasuk ayam goreng dan udang. Kemudian Amie gorengkan keropok ikan. Encik Suami pula rajin kisar nanas madu dibuat jus. Pagi-pagi kita minum jus nanas yang ditambah dengan lemon! Woooooo! Memang menjadilah perut terus menggelodak! Cuci perut di pagi minggu. Elok sangatlah sebab duduk di rumah saja. Mudahlah urusan bersihkan perut!

Nasi Goreng Berkat & The Gang.

Nasi Goreng Berkat.


Lauk nasi berkat yang dipanaskan semula.

Keropok Ikan.

Kuih karipat, kaswi dan kuih lapis dalam bungkusan (nasi berkat).

Hirisan Limau Sunkist & Epal.


16 ulasan:

  1. Haha saya pun lepas sarapan mesti perut kena cuci.
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,
    Wawww, sedapnya sarapan Amie..

    BalasPadam
  3. Sy dah lama tak masak nasi goring. Nasi sejuk bertingkek2 dalam esbox, huhu

    BalasPadam
  4. Senang kerja masak Kak Amie pagi ni. Siapkan perencah dan goreng nasi. Yang lain panaskan je. Selalu Fairuz yang rajin buat jus. Bertukar baton pulak. hihi..Banyak menu sarapan pagi ni. Happy weekend kak Amie :)

    BalasPadam
  5. Semoga diberkati pemakan & pemberi nasi berkatnya...Amiinn

    BalasPadam
  6. Lengkap sarapan hujung minggu, bole nikmati lama bila duduk rumah, sedap jus nenas, segar..

    BalasPadam
  7. rezeki tu kak amie dapat nasi berkat,nasi goreng klu ditambah dengan ikan goreng mmg sedap..teringat masa kecik pulak buat nasi goreng ikn .

    BalasPadam
  8. Dah lama tak dapat berkat sebab sejak PKP ni orang tak buat kenduri

    BalasPadam
  9. lamanya tak makan lauk berkat.bilalah Selangor akan dibenarkan buat kenduri lagi

    BalasPadam
  10. SA cuci perut lepas solat subuh hari- hari..macam x sihat je perut ni hanya waktu pagi je detox..susah nak detox waktu2 lain...hehehhe

    BalasPadam
  11. menarik bila semua disusun atas nyiru

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, tak habis makan, boleh dibuat sarapan pagi. Taklah membazir.

    BalasPadam
  13. keropok ikan tu nmpk rangup laa kak... akk beli kt mn? murah x?

    BalasPadam
  14. Nasi goreng makan dengan keropok keping tuu memang sedappp!

    BalasPadam