Pages

Ahad, 1 Ogos 2021

Badai Rindu Athens - Sebuah Travelog Solo

28 Jun 2021 lepas sekali lagi Amie ikuti sembang secara langsung ruangan Cakap Apa Sahaja bersama Rozlan dan Nasser. Tetamu undangan pada malam itu ialah penulis Zinitul Niza Abdul Kadir yang akan membicarakan buku terbaharunya iaitu Badai Rindu Athens - Sebuah Travelog Solo. Walaupun masih dalam proses penerbitan, tetapi Amie turut lock book Zini Combo RM50 Pakej B. Berlaku sedikit kelewatan semasa proses penerbitan dari tarikh yang dijadualkan, tetapi tetap sabar menanti. 10 Julai 2021, kiriman mula bergerak tetapi tempoh transit agak lama di satu-satu tempat! Akhirnya Amie pun 'terlupa' kerana jenuh menunggu.

Tiba-tiba hari Jumaat lepas, sampailah kirim buku tersebut! 

Hari ini sempatlah baca. Amie suka baca buku begini sebab isinya penuh sarat dengan pelbagai info yang menarik terutamanya kisah sejarah! Dulu, sempatlah belajar Sejarah Eropah. Amie tak pernah belajar geografi Eropah tetapi disebabkan minat yang mendalam, Amie belajar sendiri. Apabila ilmu geografi dan ilmu sejarah bertemu, seronok sungguhlah untuk merumuskan budaya hidup di sesebuah kawasan di muka bumi. Apa lagi kalau kita juga lengkapkan ilmu sosiologi dan antropologi!

Jom kita kupas isi Badai Rindu Athens yang masih panas dan baru keluar dari oven ini.


Badai Rindu Athens

Menurut penulis, Athens bukan hanya tentang dewa dewi Olympus, tetapi ibu kota dan bandar raya terbesar Greece ini ialah tempat lahirnya pelbagai idea besar seperti falsafah, logik dan rasional, yang menjadi asas peradaban negara-negara Barat. Lebih penting, ia tempat lahir demokrasi dunia, selepas revolusi pada 508 SM meruntuhkan monarki, sekali gus mengasaskan kerajaan pertama yang dipilih rakyat.


Travelog ini berkongsi kembara penulis selama 10 hari di Athens, yang telah dihuni manusia selama lebih 5,000 tahun, menjadikannya antara kota tertua selain satu-satunya tinggalan kerajaan Mycenaen yang masih kekal. Walaupun silih berganti ditakluk pelbagai empayar, Athens sendiri pada kurun ke-5 SM sempat mengecap era gemilang menjadi kuasa besar dunia, baik dalam politik, budaya dan ketenteraan.




Perkara yang paling mengesankan kepada diri penulis ialah pengalaman mencari tinggalan Islam di kota yang pernah ditakluk empayar Turki Uthmaniyah selama lebih 400 tahun ini.



Setiap muka surat disertakan dengan gambar berwarna. Memang tidak jemu membaca, bahkan tidak sabar untuk membuka halaman seterusnya! Bagi peminat buku travelog dan kisah sejarah Eropah seperti Amie sudah tentulah susah nak angkat muka memandang benda lain ketika membaca! Terngiang-ngiang pula suara mendiang Prof. Krishen Jit sewaktu memberi kuliah Sejarah Eropah di Fakulti SSS /UM akhir abad ke 20 yang lalu!

Ada dua buah buku yang dikirim bersama Badai Rindu Athens iaitu Antologi Puisi Derita Rakyat dan Mahadzir Khalid - Semua Kita Serupa.

Antologi Puisi Derita Rakyat.

Mahadzir Khalid - Semua Kita Serupa.



16 ulasan:

  1. Selamat mentelaah Amie...akak pun layan juga buku2 travelog ni..suka baca pengalaman org..

    BalasPadam
  2. Sebenarnya seronok baca buku begini. Kita akan dibawa ke tempat itu secara emosi.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Sama.. saya juga suka baca buku travelog sambil berangan-angan agar suatu hari nanti boleh travel juga.

    BalasPadam
  5. Teringin nak melawat Greece. Bukan untuk melihat Santorini, tapi tinggalan sejarah Islam banyak jugak di bumi Greek tu. Selamat membaca!

    BalasPadam
  6. Isi buku yang menarik dan gambar berwarna tu jadikan buku lebih menarik untuk dibaca. Sambil tu menghayati pengalaman travelog. Nampak perkataan 'athens' mengingatkan saya lip matte nyx terus..jauh tersasar dari tajuk ni.

    BalasPadam
  7. Athens merupakan kota lama di Greece yang masih mengekalkan keaslian kotanya dari arus kemodenan..antara tempat yang ingin SA lawati kalau diizinkan allah....

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah membaca buku bergenre seperti ini. Nanti-nanti nak cuba baca jugak lah

    BalasPadam
  9. bagusnya kak amie rajin membaca. nak kena rajinkan diri membaca jugak ni.

    BalasPadam
  10. menarik bukunya... ada terasa mcm nk pergi ke athens tak kak? heheheh

    BalasPadam
  11. Kalau sy belanja buku thriller, kak Amie sudi baca tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Kalau orang nak belanja apa-apa pun kita suka SK hhihiiii.

      Padam
  12. Menarikkkk! Teringin jugak kadang kadang nak baca buku buku macam ni.

    BalasPadam