Pages

Rabu, 11 Ogos 2021

Sambal Kicap Cili Kering

Zaman remaja purba dahulukala, selalu kena tumbuk cili kering guna lesung sebab nak buat sambal kicap. Sebelum itu kena kutip kangkungyang tumbuh liar di dalam parit yang tidak berair! Ada Sambal Kicap Cili Kering, sayur kangkung celur dan ikan goreng memang sudah cukup menyelerakan!

Hari ini, flashback kenangan lalu. Kalau dahulu tumbuk cili, sekarang kisar saja. Cecah dengan sayur kangkung dan pucuk betik celur. Tak ada ikan bakar atau ikan goreng. Yang ada ikan layar masak lada hitam. Lada putih habis, jadi gunakan saja lada hitam. Lama sudah Amie simpan ikan layar untuk Fairuz. Balik dari kerja petang tadi, Fairuz terus masuk bilik. Katanya penat. Kami panggil makan sama, tapi tak turun juga. Rupanya demam!

Sambal Kicap Cili Kering

Hidangan tengahari Rabu:
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Lemak  Cili Padi dengan Tempoyak
  • Ikan Layar Masak Lada Hitam
  • Tauhu Goreng
  • Ulaman - Pucuk Betik & Kangkung Celur
  • Sambal Kicap Cili Kering
  • Buah Mangga & Limau Sunkist
Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak.

Ikan Layar Masak Lada Hitam.

Tauhu Goreng

Ulaman - Pucuk Betik & Kangkung Celur

Mangga & Limau Sunkist.


Sambal Kicap Cili Kering

Amie tulis resipi Sambal Kicap Cili Kering di sini. Amie gunakan cili kering yang kerinting dan pedas. Tak banyak pun, hanya 5 tangkai saja. Kami biasa gunakan air asam jawa saja, tapi Encik Suami suka perahan limau kasturi atau limau nipis. Jadi, Amie tambhkan sahajalah sedikit.

Bahan-bahan:
  • 5 tangkai cili kering kerinting yang pedas - rendam di dalam air panas hingga lembut - toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 cawan kicap lemak manis - Kicap  Cap Kipas Udang -Habhals
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • garam / perasa pilihan - jika perlu
Cara:
  1. Kisar cili kering bersama bawang merah.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk. 
  3. Tuangkan kicap dan bancuhan pati asam jawa.
  4. Seterusnya tuangkan perahan jus limau nipis.
  5. Kacau sebati.
  6. Boleh tambahkan garam / perasa pilihan sekiranya kurang cukup rasa.

19 ulasan:

  1. Wak dah tak berani makan sambal kicap
    pedas nau2

    BalasPadam
  2. Sedapnya ayam masak lemak tempoyak, bila lalu di highway rnr perak jika singgah, makan nasi campur gulai tempoyak. Rindu.. Moga Fairuz cepat sembuh Aamin..

    BalasPadam
  3. sedap tu tauhu goreng cicah dgn sambal kicap..

    BalasPadam
  4. Oh, nak cuba jugaklah buat sambal kicap guna cili kering, selalu guna cili padi jer, mesti sedap resepi yang Kak Amie kongsi ni

    BalasPadam
  5. next time nak cuba la sambal kicap cili kering.

    BalasPadam
  6. meyelerakan menunya moga fairuz cpt sembuh amiin

    BalasPadam
  7. sambal kicap tu kalau sy kena buat stok.. senang kalau nk mkn x payah buat selalu.. hehehe

    BalasPadam
  8. Nak kena buat la sambal kicap pedas tu...biasa buat guna cili api...ni bleh iku version Kak Amie plak

    BalasPadam
  9. Teringat kak amie sambal kisap cili kering..mngamit memory tu,,sedap

    BalasPadam
  10. Selalu guna cili api untuk sambal kicap.
    Menarik guna cili kering. Sudah tengok cara penyediaan ok boleh buat juga.

    BalasPadam
  11. Menarik sambal cili kering. Selalu guna cili padi dan cili merah je

    BalasPadam
  12. boleh cuba ni kak. sbb selalu tumbuh cili padi biasa je... too mainstream hehehe

    BalasPadam
  13. Belum pernah cuba sambal kicap cili kering.Boleh ciba nih

    BalasPadam
  14. Tauhu goreng tu cicah dengan sambal kicap tu saja dah sedap

    BalasPadam
  15. kira rare ni Kak Amie, sambal kicap cili kering. Tak dapat bayangkan zaman dulu kena tumbuk cili kering. Jenuh juga tu. Macam sedap je celur kangkung cicah sambal kicap. Tak pernah cuba lagi ayam masak lemak campur tempoyak. unik gunakan bahan asas ayam.

    Semoga Fairuz cepat sembuh. Aaaminn...

    BalasPadam
  16. kalau kat johor sambal kicap ni glemer sungguh, sampai makan pisang goreng pon cicah sambal kicap

    BalasPadam
  17. Sedapppp nya masak lemakk! Lama tak makannnn, memang lauk favorite tuuu hehehe.
    Btw get well soon fairuz!

    BalasPadam
  18. Boleh cuba ni Kak Amie. Terima kasih kongsi resepi sambal kicap cili kering.
    Saya tengah terliur tengok gulai lemak ayam Kak Amie tu :)

    BalasPadam