Pages

Khamis, 12 Ogos 2021

Lamanya Tak Naik Kapal Terbang

Kali terakhir Amie naik kapal terbang pada 18 Mac 2020 dari Kuala Lumpur ke Tawau, hari pertama PKP 1.0.

Lamanya!

Biasanya untuk sampai ke LD, kenalah naik kapal terbang dua kali. Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Kemudian sambung penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dengan menaiki pesawat MASWings. Tidak ada perkhidmatan AirAsia di Lahad Datu. Tempoh penerbangan Kota Kinabalu ke Lahad Datu selama 55 minit. Kalau jalan darat sejauh 400 km, lebih kurang 7 jam pemanduan.

Kudapan yang disediakan dalam penerbangan MASWings.

35 ulasan:

  1. Samalah kak... saya balik je travelling thn lepas trs announce pkp.. nasib dah sampai kch.. selamattt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai... balik travel sampai KLIA 17/3/2020. Patutnya balik Sabah 21/3. Beli tiket baru untuk terbang 18/3. Syukurlah lolos.

      Padam
    2. Kalau x beli tiket baru agaknya lama terkandas kt melaya

      Padam
  2. Tunggu keadaan reda dahulu.

    BalasPadam
  3. Sy kali terakhir naik kapalterbang dari Sandakan ke KLIA. Rinduuuuu Sabah dan rindu nak makan dalam kapalterobanggggg..

    BalasPadam
  4. Kali terakhir saya pergi ke Vietnam bulan 2 tahun 2020. Itulah penamat jalan-jalan oversea. Entah bila boleh ulang lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah Kak Amie pun yang terakhir pi Vietnam tapi bulan Mac. Ngam-ngam jejak kaki ke KLIA 17/3, esoknya PKP 1.0!

      Padam
  5. adakah kita patut naik kapal terbang kat fun fair kak? masalahnya fun fair pun x buka hahahahahha

    last naik flight bln 9 thn lps g semporna.... waaaaaa nak naik flight jugaaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu itu satu penyeksaan...kihkihkihhhh! Rasanya bulan 9 kakak pun pi Semporna. Alaaa tak ada jodoh pertemuan waktu tu.

      Padam
  6. rindu kan kak!!
    rindu nak duduk tepi tingkap hahaha..
    rindu nak makan makanan atas kapal torobang..
    rindu nak tgk pramugari pramgara buat keje wkakakaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rindu nak lari-lari berkejaran ke pintu pelepasan.... punyalah jauh perjalanan dalam bangunan!

      Padam
  7. Tak pasti apa kudapannya, sedap ja nampak.. Rindu nak jenjalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kuih tausa piang dengan mini pizza.

      Padam
  8. kira baru juga laa kak amie..shida last naik kapal terbang tahun 1996 tau ^_^

    BalasPadam
  9. Simpan dendam tu dulu.... habis kovid round dunia!

    BalasPadam
  10. sama la kak amie. syu pon dah 7-8 bulan tak naik kapal terbang. kali terakhir naik dari Penang ke KK. bila la dapat balik kg lg ni.

    insyaAllah, nanti dah habis covid syu ingat nak ke lahad datu. tu je antara daerah dkt sabah yg syu xjejak lg. ada kwn jgk di sana. hrp ada rezeki ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu kalau sampai LD nanti jangan lupa hubungi Kak Amie ye. Ada rezeki kita boleh jumpa.

      Padam
  11. Eh,bila baca entri ni..tiba-tiba rindu nasi lemak air asia & kek buah mas airline..In sha Allah,semoga ada rezeki lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi lemak Air Asia memang sedap! Nasi Lemak Pak Nassier. Sambalnya enak banget. Abang Farid suka pilih Air Asia, nak makan nasi lemak katanya.

      Padam
  12. Kali terakhir naik flight dari penang ke langkawi...

    BalasPadam
  13. Ahhhh siapa je tak rinduuuu T_T nak lagi rasa nak tercabut jantung masa take off tu hahah bestnyaaaaa . cepat sembuh bumi :')

    BalasPadam
  14. Saya lagi lama kak Amie. Last tahun 2010 naik MAS dan Air Asia. Itupun domestik je. nak fly lagi tak tahu lah bila. Semoga ada rezeki kita semua nanti lepas COVID berlalu pergi.

    BalasPadam
  15. mac 2020 tu sepatutnya sy antar mak balik Kch tp kitorng x jadi balik sebab risau risiko jangkitan kat epot dan dlm flight..sudahnya, sampai sekarang mak stranded kat Putrajaya since Nov 2019. huhuh..tp hikmah dia, dpt tgk mak depan mata..kalau kat kpg, risau jugak fikirkan keadaan dia sorang2. adik beradik pun tak boleh nak balik selalu..kat Kch pun xboleh rentas daerah dah..

    BalasPadam
  16. makanan dalam kapal terbang tu yang ditunggu klu saya..hihi..rindu nak balik kg pakistan ..lama x jumpa sedara ..ermm

    BalasPadam
  17. last naik kapal terbang bulan 10 tahun 2019.. Incheon - KL. lepas tu covid, terus tak pergi ke mana-mana

    BalasPadam
  18. timm last naik kapal terbang waktu last bercuti ke korea bulan 2 thun lepas, elok2 je sebelum kita total locked down, hehe..gigih nak bercuti jgk..

    BalasPadam
  19. Samalah kita kak amie, rindu nakk naik kapal terbang :')

    BalasPadam
  20. Kak Amie buat saya terfikir juga, bila kali terakhir naik kapal terbang 🤭

    BalasPadam
  21. SA pun rindu sangat nak naik kapal terbang dan mengembara lagi

    BalasPadam