Pages

Rabu, 11 Ogos 2021

Asam Pedas Sotong

Kita sudah bersedia untuk Google Meet pada pukul 1 petang.  Minggu lepas diberitahu akan bermula pukul 2 petang. Kelmarin dapat info, diawalkan ke pukul 1 pula. Tadi dapat lagi info, ditunda ke pukul 1:30 petang. 

Sementara menunggu masuk GM, kita masuk dapur dululah. Hari ini tak masak tengahari sebab selepas PDPR, terus GM. Amie kongsikan masakan kelmarin.

Amie masak Asam Pedas Sotong. Ada beberapa ekor sotong sedang 'mengandung'! Suka sangatlah Firdaus meratah sotong bertelur!

Asam Pedas Sotong

Hidangan tengahari Selasa:
  • Nasi Putih
  • Asam Pedas Sotong
  • Sup Kaki Ayam
  • Ikan Kembung Panggang
  • Air Asam Cili Picit
  • Ulam : Daun Salad & Tomato Ceri
  • Buah Lmau Sunkist
Sup Kaki Ayam

Ikan Kembung Panggang

Air Asam Cili Picit

Ulam : Daun Salad & Tomato Ceri

Limau Sunkist

Bahan-bahan:
  • 12 ekor sotong kecil  (400 gram) - bersihkan - buang mata, mulut dan dakwat
  • 200 gram bunga kobis - potong ikut citarasa
  • 5 helai daun limau purut - buang tulang belakang - ramas sedikit
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 cm lengkuas - diketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 4 sudu besar minyak
  • 800 ml air
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, lengkuas dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping dan air. Biarkan mendidih selama 5 minit.
  3. Masukkan sotong bersama kobis bunga.
  4. Biarkan mendidih sekali lagi dan kemudian masukkan daun limau purut.
  5. Setelah daun limau purut berubah warna, perasakan asam pedas dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Padamkan api dapur.
Wokey!
Jumpa lagi.

22 ulasan:

  1. Tak pernah cuba lagi masak sotong asam pedas ni selalu buat ayam madak pedas & ikan je

    BalasPadam
  2. Sotong buat masak asam pedas pula.

    BalasPadam
  3. Stress juga bila asyik asyik postpone kan. Sabar je lah kak Amie. Menu rare pada saya. Biasa orang masak ikan, ayam dan daging masak asam pedas. Rezeki dapat makan telur sotong sekali. Terasa rasa kuah asam pedas yang sedap. Sotong pulak tu kan. Mestilah sedap.

    BalasPadam
  4. Ikan kembong besar-besar macam tu sedapnya cicah air asam....

    BalasPadam
  5. saya x pernah masak sotong asam pedas.. nnt buat x laku pulak di umh itu yg x berani take risk.. hehehe

    BalasPadam
  6. Tak pernah masak sotong asam pedas. Nak try la nanti..

    BalasPadam
  7. Kita tak pernah makan asam pedas sotong tapi kalau asam pedas makan dengan lauk sotong, pernah 😂

    Orang dalam rumah ni pulak tak suka telur sotong, semua telur akan pindah masuk dalam pinggan kita 🤣

    BalasPadam
  8. Selalu kalau beli sotong akak cuma biat sambal..tak pun grg kunyit..ataupun buat kari tp belum cuba lagi masak asam pedas..insyaAllah akan cuba buat

    BalasPadam
  9. Waa.. lain macam. Jarang tengok sotong dibuat asam pedas.

    BalasPadam
  10. Lepas ni boleh la cuba masak sotong asam pedas

    BalasPadam
  11. Biasa ikan masak asam pedas, ni sotong tentu sedap, baru nampak kaki ayam, menyelerakan..

    BalasPadam
  12. sedapnya semua menu kak amie hari ni terutamanya sup kaki ayam tu..

    BalasPadam
  13. Sotong masak lemak cili api pekat2 pun sedap

    BalasPadam
  14. Tak pernah buat asam pedas sotong lagi. Thanks share resepi

    BalasPadam
  15. asam pedas sotong..menarik menu ni shida xpernah cuba lg :)

    BalasPadam
  16. hmm sedap, jadi teringin makan sotong.

    BalasPadam
  17. Ishhh lamanya tak makan sotong yang "mengandung" susah la nak dapat kak amie sotong yang ada telur ni.. Kalau dapat tu sedapnya makan buat sambal sotong yumms!

    BalasPadam
  18. first time dengan sotong masak asam pedas... mesti sedap kan...

    BalasPadam
  19. Meriahhhh satu talam tu kak amie! Memang tak laparlah kalau duduk rumah kak amie ni hahaha

    BalasPadam
  20. Saya tak pernah makan asam pedas sotong sebelum ni. Tengah bayang kalau cecah kuah asam dengan roti benggali putih tu, enaknya!

    BalasPadam