Pages

Isnin, 16 Ogos 2021

Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol Untuk Fairuz

Berehat seketika dari BDR. Kita jenguk dapur maya pula. Awal pagi tadi, sempat masak nasi kuning untuk sarapan. Kelmarin petang Amie sudah tunaikan permintaan Fairuz untuk masak Ikan Kerapu Tiga Rasa. Sebenarnya Fairuz bawa pulang ikan kerapu, ikan tongkol, ikan tulai dan ikan lumahan. Pesannya: Nanti Mommy masak nasi kuning, buat sambal ikan tongkol ya!

Pagi ini Fairuz bantu kerja-kerja di kedai baja abang sepupunya pula. Sebelum Fairuz keluar bersama Encik Suami, kami sempat sarapan bersama.


Nasi Kuning & The Gang

Banyak resipi nasi kuning yang Amie kongsikan dalam entri yang lepas-lepas. Boleh cari kalau rajin dan nak cuba masak.

Nasi Kuning

Sambal Ikan Tongkol

Fairuz pilih seekor ikan tongkol seberat 1 kg. Rasanya ikan tongkol yang Fairuz pilih ini jenis ikan tongkol hitam, sebab rasanya lebih lembut dan lemak seakan-akan ikan tenggiri. Amie kerat-kerat badan ikan dan tinggalkan dari paras sirip pektoral hingga kepala. Bahagian ini nanti bolehlah Amie masak singgang. Bahagian badan ikan Ami goreng separuh masak dan jadikan sambal ikan.

Telur Rebus

Kelmarin Encik Suami beli sepapan telur ayam. Katanya, tidak ada telur gred A & B. Katanya lagi, mungkin yang dibelinya ini telur ayam gred C atau D. Tak kisahlah. Gred C atau D pun nampak comel jew. Amie rebus 7 biji.
Hari ini rasanya tidak sempat masak tengahari sebab pukul 2 petang nanti Amie akan ke tempat kerja. Ada urusan yang hendak diselesaikan dengan pelatih dari UPSI yang Amie sedang bimbing.
Jadi, masak nasi kuning dan lauk-pauk lebih sedikit supaya boleh bertahan sekurang-kurang hingga ke tengahari.

Sup Bebola Daging

Biasanya hidangan nasi kuning di restoran atau kedai makan akan dilengkapi dengan sup kosong. Sup kosong bermaksud kuah sup tulang. Amie renih sup bebola daging. Tambah bawang goreng dan daun sup.

Jemput sarapan pagi.
Jumpa lagi!


15 ulasan:

  1. Mata ni terus tertancap ke sup bebola daging tu...menarik la...nak cuba buat nanti...

    BalasPadam
  2. Boleh bayang kekenyalan ikan tongkol. Sedap.
    Selamat bertugas Puan Amie.

    BalasPadam
  3. Sarapan yg berat ni..boleh bertahan smp tengahari..sup bebola tu nampak sedap

    BalasPadam
  4. Mula mula silap baca, ingatkan nasi kunyit, rupanya nasi kuning. Tapi dua dua sedapp! Ikan tongkol punn sedappp. Menu ni kalau saya, memang bawak sampai ke dinner hahaha.

    BalasPadam
  5. Auhhh.....
    Sedapnya nasi kuning sambal ikan tongkol....
    Nak kena buat juga

    BalasPadam
  6. Macam makan nasi lemak kuning dengan sambal dan ada telur rebus. Kalau saya tak tahu nak bezakan jenis ikan. Sedap sup kosong macam tu. Bila sibuk ni kena masak lebih sikit senang tak perlu kelam kabut masak. Makan apa yang ada gitu.

    BalasPadam
  7. thanks kak bg idea. kebetulan td sy beli meatball n x tau nk msk apa😊

    BalasPadam
  8. meriahnya sarapan kak amie sekeluarga.

    BalasPadam
  9. sedap nampaknya sambal ikan tongkol tu..

    BalasPadam
  10. Kombinasi yang tepat ! lama sungguh tak makan sambal ikan tongkol macam ni. Sedapnya.. Selalu balik kampung makan dengan nasi lemak.

    BalasPadam
  11. sedapnya menu akak tu, memang sesuai utk sarapan bawak ke tengahari ni kak...
    lagilah ikan nya fresh

    BalasPadam
  12. Saya selalu macam tu, masak sekali je kalau boleh nak sampai malam.

    BalasPadam
  13. Sarapan pagi Kak Amie yang tidak pernah menghampakan. Malam ni masak apa pulak agaknya tu ya?

    BalasPadam
  14. Berbagai jenis ikan diberi Fairuz, sedap sajian nasi kuning, ada sup bebola lagi.. Lapar..

    BalasPadam
  15. Sedapnya ... hidangan Kak Amie memang sentiasa memikat selera. Hari tu ada gerai baharu dekat dengan rumah jual nasi kuning. Terus teringat dekat Kak Amie. Beli sebungkus ��

    BalasPadam