Pages

Selasa, 17 Ogos 2021

Cerita Kejar Mengejar dan Dikejar!

Kelmarin terkejar-kejar ke sekolah berurusan dengan guru UPSI di bawah bimbingan. Mengejar lagi murid-murid yang belum hantar ID MySejahtera dan pengesahan terima/tidak terima vaksin. Terpaksa hadap lagi sistem laporan SPDPR yang tak tahu nak diterangkan macamana, sehingga lewat malam kami tunggu untuk melepasi sempadan hantar laporan! Akhirnya, petang tadi gunakan sistem yang lain pula! Kami diarahkan buat kerja dua kali. Laporan kelmarin yang sudah dihantar kena hantar sekali lagi pada hari ini. Allahu Akbar! Sabar sajalah labu!

Dalam terkejar -kejar dan mengejar kerana dikejar, akhirnya kaki tergelecek di dewan sekolah! Ya Allah! Sakitnya lain macam! Bengkak serta merta! Terseliuh.

Sudahnya, tak boleh banyak bergerak. Solat pun kena cara duduk. 

Firdaus pula buat hal. Kelmarin tak mahu siapkan satu pun kerja sekolah yang diberi. Encik Suami kata: Sedangkan orang dewasa pun boleh stress BDR, ini pulak budak macam Firdaus. Yah! Biarlah Firdaus tak siapkan kerja sekolahnya. Kaki Mommy pun sakit! Penat kejar anak orang, penat kejar kerja-kerja hakiki, anak sendiri sudah tak terkejar!

Alhamdulillah, hari ini Firdaus tidak perlu dikejar. Dari pagi, disiapkannya kerja-kerja yang tertangguh dan Amie terus hantar kepada guru-guru mata pelajarannya. Kadang-kadang timbul rasa belas kepadanya. Sedikit-sebanyak sudah tentu Firdaus pun mengalami tekanan PDPR!

Kerja dapur diambil-alih Encik Suami. Makanlah apa yang ada. Semalam Encik Suami masak maggi. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, Encik Suami sediakan sarapan mee hoon goreng. Tapi Encik Suami kata masakannya tak sedap. Bagi Amie okey saja. Petang tadi sudah masak nasi. Tak lama kemudian Encik Suami lari ke warung. Dibawanya pulang:

  • Bakso Ayam
  • Bakso Daging
  • Sayap Ayam Panggang
  • Kuih Cakoi


Hidangan Makan Petang (Malam)

Bakso Ayam

Bakso Daging

Sayap Ayam Panggang

Kuih Cakoi

Kaya.

Sedap pula makan kuih cakoi yang masih panas. Apabila cecah dengan kaya, tiba-tiba mulut bersuara:
Kalau kaki dah baik nanti, nak buat kuah durian. Nak makan cakoi cecah kuah durian!
Harap-harap esok lusa boleh berjalan semula seperti biasa.

34 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh kak. Take care. Huntong en suami bole memasak time2 darurat mcm ni. Sedap tak sedap belakang kire lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Afeezz. Orang lelaki walaupun jarang masak, hasilnya memang sedap!

      Padam
  2. sakit2 kaki, masak tetap ON je kak ehhehe...
    semoga kaki tu cepat sembuh tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gara-gara kaki terseliuh, cuti masak terus!

      Padam
  3. Ya Allah sakit terseliuh.
    Harap cepat sembuh. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sakit NA.
      Sekarang sakitnya sudah berkurangan, cuma kena hadkan pergerakan dulu.

      Padam
  4. Moga cepat sembuh Kak Amie.
    Betul, rasanya anak-anak pun stress juga. Lama sangat pdpr, dah hilang fokus :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Puan Hazel.
      Lama sangat terkurung. Anak-anak rindu suasana ketika bersama kawan-kawan.

      Padam
  5. Semoga cepat sembuh Kak Amie.
    PDPR memang boleh membuatkan parents stress lagi-lagi bila anak di sekolah rendah sebab perlu monitor. Macam saya, kalau siang tak sempat tengok sangat walau anak kat sebelah berPDPR. Tu yang malam boleh jadi singa bila anak tak habis buat kerja lagi. Kita dah lah penat, mengantuk pula tapi nak kena tengok juga kerja anak. Sekarang buat yang termampu je lah sebab kita juga lah yang kena manage stress tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rawiwa.
      Ya, buatlah mana yang termampu. Kalau asyik memaksa diri, stress jadinya. Kita sendiri juga yang tanggung akibat.

      Padam
  6. Alahai kesian kak Amie. Baca kisah kak Amie terkejar-kejar, saya pun turut sama penatnya. Sementara sakit kaki ni dapur tutup kejap ye. Kesian Firdaus stress PDPR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang budak kecik tu nampak stress sangat. Biarlah dia berehat dahulu tenang-tenangkan hati dan fikiran.

      Padam
  7. Teringat pula buku bacaan dulu- dulu..
    Anjing mengejar kucing..
    Kucing mengejar ayam...
    Ayam terbang...!
    Hihihi

    Apapun semoga kaki cikgu cepat sembuh.Urut minyak panas untuk lancarkan pengaliran darah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuat betul daya ingatan Mama Cella tau.
      Bengkak sudah surut, rasa sakit mula berkurangan. Cuma tak boleh banyak bergerak. Fairuz jadi tukang urut.

      Padam
  8. Dapat bayangkan seksanya terseliuh..tak boleh bergerak..jln terhinjut2...urut dgn minyak angin panas ya cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, begitulah yang saya rasa. In syaa Allah, urut dengan minyak angin panas, kurang sakitnya.

      Padam
  9. sakit tu kaki terseliuh,,Muhammad un dah macam stress buat kerja sekolah..agak dah jemulah kak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kaki sakit tak boleh banyak gerak, duduk dan tidur sajalah hehehee.
      Memang jemu tu Zila. Biarlah dulu dia buat apa yang dia suka. Lepas tu pelan-pelan pujuk buat kerja sekolah.

      Padam
  10. SIAN AMIE ASYIK TERKEJAR-KEJAR HIGGA JATUH PULAK..HATI2 MELANGKAH MOGA CPT SEMBUH..SEDAP SELALU MENU AMIE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kak PI. Amie ini suka kejar masa, jadi akibatnya masa yang dikejar berlalu laju, kaki pula terseliuh hehehee.

      Padam
  11. menarik pula cakoi tu dipotong mcm tu.. kalau saya suka mkn panjang je.. sbb kalo potong2 nnt x abis.. dibiarkan panjang syok je #theimans mkn sampai licin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya memang potong panjang dan sapu kaya kan. Tapi Encik Suami minta potong begitu,dan kaya diasingkan.

      Padam
  12. Sian akak kepenatan sangat sampai jatuh terseliuh, moga cpt sembuh kakinya tu kak...
    Sian firdaus, paham sebab si Aiyan ni pun kadang sama... kerja sekolah bukan sikit banyak dia bosan sebab tak dapat buat di sekolah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Dana. Kaki beransur baik.
      Itulah, tak boleh salahkan anak-anak kalau tak buat kerja sebab sudah bosan. Kena pandai-pandailah pujuk anak supaya siapkan kerja. Tapi memang adalah yang tak siap, mungkin terlepas pandang atau terlupa nak buat semakan. Ibu bapa yang memantau lagilah dua kali stress. Stress kerja sendiri, dan stress urus kerja anak.

      Padam
  13. semoga cepat sembuh Kak Amie. Kalau dah kena solat duduk tu memang sakit sangat la tu kaki..
    Walaupun sakit makanan tetap sedap. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Tak boleh usik bahagian yang sakit tu.
      Makanan dari warung hehehehee.

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Ya rabbi..SA pernah rasa macam mana sakitnya kaki terseliuh...macam mana bengkak dan berhari- hari x boleh jalan...tapi tu la..x boleh urut kalau bengkak kan...semoga kak amie cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  16. Aduhai, saya pula yang terbayang-bayang kesakitan tu. Semoga cepat sembuh, kak.

    BalasPadam
  17. Aduh, sakit tu terseliuh. Semoga cepat sembuh sakit kaki kak Amie. Aaaminn...
    betul kata suami kak amie tu. budak kecik pun rasa stress juga. Semoga Firdaus pun baik baik juga moodnya. Sesekali suami masak, sedap je rasanya kan. Sedap bakso dan cakoi tu. Lama tak makan.

    BalasPadam
  18. Get well soon kak amie. Betul tu kak amie, kita yang dewasa pun stress hadap pdpr, apatah lagi budak kecik. Sedapnya cakoi cicah kayaaaa, dah lama tak makan cakoi.

    BalasPadam
  19. kena urut tu kak... syafakillah kak..mn laa sy nk cari cakoi laa ni ptg2 ujan ni asik lapar je��

    BalasPadam
  20. sedapnya cakoi cicah dengan kaya.
    semoga cpt smbuh kaki kak amie..

    BalasPadam