Pages

Ahad, 15 Ogos 2021

Ikan Kerapu Tiga Rasa Untuk Fairuz

Petang tadi sempat menyelinap. ke dapur masak nasi. Teringat permintaan Fairuz untuk makan Kerapu Tiga Rasa yang asyik tertangguh. Akhirnya siaplah masakan ikan yang dinanti-nantikan Fairuz. 

Ikan Kerapu Tiga Rasa

Ikan Kerapu Tiga Rasa


Amie tidak sempat untuk sediakan segala aksesori untuk masakan tiga rasa ini.  Nak ambil serai dan daun limau purut di belakang dapur pun tak sempat!  Tak ada daun ketumbar, Amie gunakan saja daun sup sebagai hiasan. Amie teringat sewaktu makan di Bangkok, hidangan ikan yang disediakan ringkas sahaja tetapi sangat sedap! Yang penting kuah atau sos mengandungi rasa masam, manis, sedikit masin dan pedas. Untuk kenang-kenangan kami sekeluarga, Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Kata Firdaus dan Fairuz, Ikan Kerapu Tiga Rasa ini sangat sedap.  Alhamdulillah.

Encik Suami suka pula makan kacang tanah! Sebenarnya Amie ambil idea sewaktu makan di Bangkok yang meletakkan kacang gajus dalam masakan ikan siakap tiga rasa!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan kerapu seberat 1 kg - bersihkan - belah tengah dari perut - lumur dengan sedikit garam dan lumur keseluruhan ikan dengan tepung jagung
  • 1 cawan hirisan dadu timun
  • 1 cawan hirisan dadu nanas
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan
  • 1/2 labu bawang besar - hiris kasar
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula perang
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • minyak
Bahan hiasan:
  • 1/2 labu hirisan bawang besar
  • 2 pokok bawang - potong 2cm
  • daun sup
  • tomato ceri - belah 2
  • 7 biji cili padi - hiris
  • 1/2 cawan kacang tanah 
Cara memasak:
  1. Goreng ikan kerapu hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Gunakan 3 sudu besar minyak bekas gorengan ikan kerapu tadi. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu. 
  3. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sos cili Thai. Tambahkan air dan biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan gula perang, nanas dan timun.
  5. Apabila kuah sos mendidih sekali lagi, tuangkan pula bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga kuah sos menjadi pekat.
  7. Letakkan ikan kerapu goreng di dalam pinggan.
  8. Tuangkan sos di atas ikan. 
  9. Taburkan hirisan bawang besar, cili padi, daun sup, tomato ceri dan kacang tanah.
  10. Ikan Kerapu Tiga Rasa sedia untuk dihidangkan.


Selesai masak Ikan Kerapu Tiga Rasa, Amie ambil gambar (gambar atas dan bawah) untuk Fairuz dengan menggunakan HP. Fairuz tidak jawab mesej sebaliknya dihantarnya pula gambar ikan tenggiri. Rupanya Fairuz belum selesai mengurus ikan yang akan dikirim ke Kota Kinabalu pada malam ini. Kami pun makanlah bertiga sahaja. Amie tinggalkan bahagian kepala dan separuh isi ikan untuk Fairuz.


Pukul 9 malam, Fairuz pulang. Encik Suami pula pesan: Kalau tak mahu kepala ikan, nanti baba makan! Nampaknya sesekali masak Ikan Kerapu Tiga Rasa memang sedap hingga menjilat jari.
Amie pula terus menyiapkan tugas mengemaskini data vaksinasi murid. Pukul 10 malam, Amie berhenti membuat kerja tambahan itu. Amie pun nak berehat dan ingin jumpa rakan-rakan maya buat seketika!
Jumpa lagi.

16 ulasan:

  1. x cukup aksesori pun dh menarik dgn aksesori apa adanya.. aah lah hari ni cikgu kelas mtk update data vaksinasi covid kan? semua 3 org dh respon dh google form cikgu.. hehehe

    BalasPadam
  2. Saya tengok ikan kerapu tiga rasa kak amie ni pun dah terlebih aksesori dah hahaha, meriah dahhh atas tuuu.

    BalasPadam
  3. Nasib baik untuk Fairuz, ingatkan untuk Fairus tadi.. hehe.

    BalasPadam
  4. Wahhh satu lauk pun dah cukup Amie..taburan kacang tu begitu menyelerakan

    BalasPadam
  5. Untungnya dapat stok ikan segar.
    Buat ikan kerapu 3 rasa cara berbeza pula.

    BalasPadam
  6. Wah..teringin nak makan ikan kerapu jenis yang ni..cuma kat sini mahal skit

    BalasPadam
  7. Menu feveret ccl tiap kali beli ikan siakap , mesti buat 3 rasa tak pun bakar

    BalasPadam
  8. Rezeki di Semenanjung sekarang ni musim buah.
    Rezeki di LD setiap hari dapat makan ikan segar..
    Tiba2 terbayang sedapnya makan ikan bakar dengan latok...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tertunai juga hajat Fairuz nak makan ikan kerapu 3 rasa. Tak sangka dalam guna bahan lain, itulah yang tersedap dipuji puji. Lepas ni confirm ada yang request lagi ni Kak Amie :)

    BalasPadam
  10. untung laa fairuz...dpt mkn sedap2 yg tgk ni tumpang terliur sama😆

    BalasPadam
  11. sedapnya ikan kerapu 3 rasa. mmg favourite ni, akan order klau mkn dkt kedai mknn thai..

    BalasPadam
  12. sedapnya ikan kerapa, klu makan kat kedai ni mesti caj mahal utk ikan kerapa masak 3 rasa macam ni.

    BalasPadam
  13. Menarik letak kacang. Tak pernah cuba pulak

    BalasPadam
  14. Tertelan ailio sy tengok ikan siakap tiga rasa untuk Fairuz tu

    BalasPadam
  15. Menggoda selera betul kerapu tiga rasa tu. Betul cakap Kak Amie, yang penting keseimbangan 3 rasa dalam kuahnya.

    BalasPadam