Mari mulakan pagi ini dengan doa memohon kesabaran daripada-Nya, yang memegang hati kita. Ada doa memohon kesabaran terdapat di dalam surat Al-Baqarah ayat 250. Firman Allah:
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:
Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.
Awal pagi tadi, buka mata sahaja sudah dapat arahan untuk mengisi dan mengemaskini maklumat vaksinasi COVID-19 dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ini merupakan menu baharu yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami perlu kutip data daripada setiap murid seperti No. ID MySejahtera Murid atau No. ID MySejahtera Ibu/Bapa (Jika anak didaftarkan di bawah akaun ibu/bapa). Maklumat lain yang diperlukan termasuklah setuju / tidak setuju Terima Vaksin sama ada enggan divaksinkan, lain-lain sebab, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah, pesakit dengan penyakit kronik, sejarah alahan teruk atau tiada kebenaran ibu / bapa / penjaga.
Segala maklumat yang dikutip sepanjang hari ini perlu dikemaskini di dalam sistem APDM esok, 16 Ogos 2021.
Setelah dikongsikan dalam group kelas, bertubi-tubilah ibu bapa menelefon sampai tak cukup nafas untuk menjawab! Apa pun terima kasih di atas keprihatinan ibu bapa kerana sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan anak-anak mereka. Pertanyaan itu dan ini di dalam WhatsAap Group pun tak sempat nak balas. Kelas Amie 42 orang murid. Bagaimana kelas lain, tingkatan 5 yang berjumlah seramai 62 orang murid satu kelas? Semoga guru kelas diberi kesabaran berganda! Jangan terkejut! Di sekolah kami memang wujud sejumlah 62 orang murid satu kelas! Boleh bayangkan tak kalau seorang guru mengajar dalam sebuah kelas yang penuh sesak ini?
Tengahari ini belum sempat masak nasi. Pagi tadi sempat jugalah sediakan sarapan yang ringkas. Amie buat cekodok jagung dan murtabak maggi atas permintaan Firdaus.
Murtabak maggi cecah sos cili Thai.
Sambal Tumis Cili Padi Ikan Bilis. Sambal ini lebihan semalam, dan tidak berapa pedas. Separuh ikan bilis Amie kisar hancur dan separuh lagi kisar kasar. Firdaus suka cecah dengan cekodok jagung.
Cekodok Jagung |
Murtabak Maggi |
Sos Cili Thai |
Sempat ambil gambar Firdaus untuk laporan amalan baik di rumah yang akan dihantar kepada guru UBK.
Sewaktu kita sibuk melayan kelas dan ibu bapa, Firdaus pula sibuk minta Amie sediakan soalan matematik. Baiklah. Amie cetak tiga soalan dari google, dan dijadikan sebagai ulangkaji. Amie teruskan kerja Amie, Firdaus menjawab latihan ulangkaji pecahan perpuluhan dan peratus.
Alhamdulillah. Dalam keadaan sibuk, memang ada yang dipermudahkan. Tak perlu susah payah cari soalan di mana-mana buku. Boleh terus gunakan hujung cari untuk mendapatkannya!
Setelah siap jawab soalan, Firdaus minta Amie semak. Sabarlah wahai hati! Berhenti seketika dari melayan anak murid, dan layan anak sendiri untuk beberapa minit!
Aktiviti seterusnya, Amie suruh Firdaus baca buku cerita pula. Bukan apa. Firdaus suka bercakap dan diminta layan semua persoalannya. Amie pula perlu konsentrasi dengan segala pertanyaan ibu bapa dan murid-murid. Baiklah Firdaus baca buku.
Wokey! Firdaus boleh baca buku Peter And The Magic Shadow. Heheheee.... sebenarnya Amie yang suka baca buku cerita karya Enid Blyton sewaktu kanak-kanak dahulu. Harap Firdaus suka baca juga. Ceritanya pun banyak yang menarik. Firdaus boleh tambah kosa kata.
Nampaknya masih tak boleh berganjak dari depan komputer, dan tak boleh tak buka HP sepanjang hari. Teringat dua hari lepas Fairuz bawa pulang ikan kerapu. Fairuz minta Amie masak 3 rasa. Kelmarin sibuk dari pagi hingga ke petang urus kerja online, tak sempat masak ikan kerapu seperti yang Fairuz minta.
Harap-harap petang ini dapatlah masak ikan kerapu. Pagi tadi Fairuz sambung kerjanya urus bekalan ikan yang baru sampai dari perairan LD.
Alhamdulillah.
Walaupun terpaksa bertugas di hari cuti, tetapi dada terasa lapang. Encik Suami bantu uruskan kerja rumah. Mudah-mudahan Allah sentiasa anugerahkan kesabaran, permudahkan segala urusan dan campakkan rasa ikhlas dalam hati ini. Aamiin ya Rabbal Aalamiin.
Tudiaaaa...ramainya 1 kelas 60++
BalasPadamKalau zaman kita sekolah dulu 1 kelas 20++ @ 30++
Tu sekolah saya kat kampung la...hihihi
Ada skill Daus menyapu.Cara pegang penyapu tuuu....hahaha👍
Sejak sebulan ni saya ada hobi baru.Baca cerita Abu Nawas🤭🤭..hampir.setiap malam..
Selamat bertugas cikgu.. semoga memberi manfaat kepada pelajar.
BalasPadamBesar betul ikan kerapu tu dalam gambar.
Sudah rasa nanti pelajar masuk sekolah akan diberi vaksinasi. Itu yang rasanya Puan Amie kena kutip maklumat. Harap dipermudahkan urusan Puan Amie nanti.
BalasPadamAkak berharap sgt sekolah tak dibuka 1 sept ni..bimbang sebimbang bimbangnya jangkitan covid..
BalasPadamsama la che kam...kak wangi pun harap begitu...bimbang pelajar2...
BalasPadamNaniey pun suka baca buku Enid Blyton mase sekolah rendah dulu .
BalasPadamSedapnya murtabak maggi tu. Lama x buat
Berita tadi ada beritahu sekolah akan buka pada 3 oktober . Sama2 kita doakan kes covid akan turun mendadak
BalasPadamRamainya satu kelas 60++.. aduhhh.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi hari ini, mana nak layan ibubapa murid, mana nak layan anak orang, mana nak layan anak sendiri.. tapi presentation di dapur maya tetap meletops!
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan sehariannya
BalasPadamFav timm jgk enid blyton punya buku, dlu selalu setiap minggu pinjm buku ni dri library, hihi..
BalasPadamRamainya 62 orang satu kelas! Moga moga cikgu tersebut tabah dalam mengajar seramai ituu.
BalasPadamAla comel firdaus sapu sampah, penyapu lagi tinggi dari firdaus hahaha
Rajinnya Firdaus...belajar rajin- rajin tau..Kak Amie nanti suruh Fairuz amik gambar ikan banyak2 tau...suka tengok..besarnya ikan kerapu tu...mesti isi dia manis sebab ikan baru kan....
BalasPadamBetul betul sibuk Kak Amie di hari minggu. Super duper busy dengan hal sekolah dan rumah. Syukurlah suami membantu sama. Rajin betul Firdaus buat ulangkaji. Dapat bayangkan dia punya rajin bercakap tu. Mujur termakan pujuk membaca buku cerita. Besar betul ikan kerapu tu. Kalini fairuz pulak request lauk :)
BalasPadamhjg mggu supposed berehat tp kak amie busy betul. syukurlah mereka beri kerjasama yg baik👍👍
BalasPadamsibuknya kak amie. banyak pahala mengajar tu kak amie..
BalasPadamtugas2 seorang guru sekarang ni semakin mencabar. harap kak amie terus cekal untuk mendidik anak bangsa
BalasPadamPDPR ni stress berganda untuk parents yang turut bergelar cikgu. 62 murid satu kelas memang susah, lagi susah kalau PDPR. Semoga para guru tabah menjalankan tugasan
BalasPadamSelamat berPdPR, Kak Amie. Saya murid dua tiga orang satu session pun dah pening, tak dapat bayangkan Kak Amie handle 60++.
BalasPadamYeayyy, Firdaus betul semua! Dapat banyak bintang!