Pages

Isnin, 23 Ogos 2021

Lempeng Pisang Kelapa Yang Garing

Hampir 12 tengahari. Jom berehat seketika. Tinggalkan dahulu BDR. Seawal pukul 7 pagi sudah  mengadap skrin HP dan skrin PC. 

Hari ini cuaca mendung dan hujan sekali-sekala. Bangun pagi, sudah kedengaran rintik-rintik hujan menimpa bumbung dapur. Di tengah-tengah bunyi hujan, semerbak aroma lempeng pisang kelapa yang datangnya dari dapur!

Sarapan pagi ini, Amie buat lempeng pisang kelapa tipis dan garing. Dahulu, Bonda selalu ingatkan kalau buat lempeng biarlah lama-lama sikit dalam kuali. Biar ada rasa gempi (bahasa Jawa maksudnya entah apa ya), gurih kot. Lama-lama dalam kuali bukan bererti sampai hangus. Api kena jaga, kata Bonda. Kami tak kisah makan lempeng gempi atau tidak. Arwah Ayahanda yang suka lempeng begitu. Tapi sedaplah lempeng yang sudah gempi. Ada warna kuning keemasan dan sedikit keras seperti dalam gambar lempeng pisang kelapa di bawah ini.


Lempeng Pisang Kelapa

Sarapan pagi Isnin:
  • Lempeng Pisang Kelapa
  • Mee (Kering) Goreng
  • Air Halia Panas
Mee (Kering) Goreng

Halia Panas.

Sebentar lagi pada pukul 12:10 tengahari masuk waktu Zohor. Lepas solat nanti boleh sambung tugas, menyediakan laporan post mortem PSPT Tingkatan 5 dan intervensi untuk calon SPM bagi mencapai KPI yang ditetapkan. Pukul 12:30 tengahari, PDPR Firdaus akan bermula. 
Mudah-mudahan segalanya akan berjalan lancar.
Jumpa lagi.

17 ulasan:

  1. Lemepeng ada garing garing sikit baru sedap. Tak pasti maknanya apa tu sebab bukan jawa. Sedap mi kering tu macam maggi goreng mamak.

    BalasPadam
  2. Dah lama teringin nak buat lempeng macam kak Amie ni...

    BalasPadam
  3. Sukaaaaa...Saya suka lempeng garing.Lempeng pisang lempeng kelapa nak yang garing.Kalau lempeng kosong cicah sambal nak lempeng cair...Kena pula air halia ..Brrrrr

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan urusan BDR dan PDPR Firdaus

    BalasPadam
  5. sedap kak lempeng pisang..dana lama tak buat

    BalasPadam
  6. gembi tu tak pernah dengar tapi garing kut. wah budak SPM dah nak kena ready nak exam kan. Anak buah saya pun ambil SPM tahun ni entah macamana lah agaknya nanti. Semuga Allah mempermudahkan urusan amie dan cikgu sekolah seluruh malaysia.

    BalasPadam
  7. lempeng yang gempi la sedap.. saya pon suke yg macam tu

    BalasPadam
  8. Samalah rasanya tidak kisah lempeng gempi atau tidak. Asal jangan keras.

    BalasPadam
  9. Sedapnya mi kering tu.
    Dah kahwin ni baru tahu lempeng pisang letak dengan kelapa. Sebelum kahwin lempeng biasa je. :)

    BalasPadam
  10. Lempeng garing yg sedap...saya kalau masak apa pun mesti nk yg garing2..walaupun grg ikan..

    BalasPadam
  11. sy suka kalu terhangit sket tu. wangi pulak baunya😆😆

    BalasPadam
  12. Kalau saya, lagi garing lagi sedapppp untuk dimakan! Memang suka makan yang garing garing tuu walaupun keras jugak kadang kadang hehehe

    BalasPadam
  13. Quality posts are important to invite visitors to visit a web page, this is what this web page provides.
    I should also suggest a recent post related to spacebarclicker. Here you will learn more about microphones when you are just starting out. See the article spacebar speed test and learn more.

    BalasPadam
  14. I appreciate the kind of topics you post here. Thanks for sharing us a great helpful information. You may visit my latest post related to Spacebar Counter & Spacebar HPS Test. I will appreciate our visit to spacebar speed test. Thank you for your concern.

    BalasPadam
  15. Students who study to become psychologists need to study various psychological theories and complete projects related to them. To lighten their workload, the students look for psychology assignment help.

    BalasPadam