Pages

Isnin, 23 Ogos 2021

Hidangan Tengah Hari Dari Rumpun Selera

Hari ini gantung periuk di tengahari. Minta Encik Suami belikan Nasi Arab di Restoran Rumpun Selera, Seri Perdana. Amie pesan beli lauk ikan balado, ayam panggang dan kari kambing. Sampai ke rumah, Encik Suami kata lauk-pauk sudah habis. Kuah kari pun tidak ada lagi. 

Cepatnya habis lauk!

Barangkali waktu itu sudah menjelang petang.

Tak apalah. Ada juga lauk lain yang tinggal. Walaupun tak dapat tiga lauk yang dipesan termasuk ayam. ikan dan kambing, Encik Suami gantikan juga  dengan tiga jenis lauk  iaitu ayam goreng, ayam panggang dan ayam sambal madu. Tiga lauk jugalah jenisnya walaupun dari bahan yang sama.... ahaks!

Nasi Arab itu bukan rupa Nasi Arab yang selalu kami makan di situ. Ada rupa Nasi Beriani pula. Apabila tanya Encik Suami, ini nasi apa? Jawabnya : Tak tahulah.... ahahahahaaa!


Nasi Arab / Nasi Beriani?

Ayam Goreng.

Ayam Panggang.

Ayam Sambal Madu.

Acar Timun.

Papadom.

21 ulasan:

  1. pelik jugak saya memikirkan nasi arab lauk ikan balado. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak nak makan lauk ikan balado, teringat kat Mekah dulu makan nasi arab dengan ikan goreng. Sedap pulak.

      Padam
  2. sedapnya kak oi.... peha tu untuk si bujang ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalagi... memang itu yang dia terkam dulu.

      Padam
  3. wah ni lauk arab pelbagai rasa ni. Ayam panggan tu juga nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.Lauk nasi arab boleh dipelbagaikan.

      Padam
  4. Teringat pulak satu restoran kat kampung saya yang nama Rumpun Selera juga. Sedap jugak lauk2 kat situ.. Dah lama tak pergi sana sejak2 pindah Cyber

    BalasPadam
  5. Seri Perdana ?
    Tu bukan ke Kediaman PM 🤭
    Adakah Seri Perdana pun ada klon macam mantan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ada klonnya kat LD(En Majid)..hihihi

    BalasPadam
  6. Haha itulah ada menu ikan balado macam pelik ada dijual di kedai nasi Arab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan kedai nasi arab. Dalam restoran tu ada nasi Arab. Kita saja jew suruh beli ikan balado sebab kita nak makan.

      Padam
    2. Ada macam-macam jenis nasi. Biasanya banyak jenis lauk-pauk boleh dipilih ada di restoran itu.

      Padam
  7. Haha 3 versi ayam sekaligus dibawa balik

    BalasPadam
  8. Seronok sesekali menggantung periuk. Dapat juga merasa masakan lain dari kebiasaan. Mungkin jugalah tu hari nak petang banyak makanan dah habis. Syukur ada juga lauk yang masih tinggal. Nampak macam nasi beriani jugak tu.

    BalasPadam
  9. sekali tgk mcm.nasi beriyani. x pe kak janji 👍👍

    BalasPadam
  10. nmpk mcm nasi beriani je kak amie. nasi arab mcm lain sikit..

    BalasPadam
  11. Sekali sekala makan makanan luar kan kak amie, seronok jugak sebab takyah masak hahaha.
    Nasib baik ada lauk pauk yang lain walaupun lauk yang kak amie nak tu dah habis. Lain kali kena beli awal lagi lah kannn

    BalasPadam
  12. nasi arab cyberjaya ni... dh bercampur tekak melayu.. hahaha... best kan suami sporting dilayannya jugak kalau bini nk tapau cuti masak... gembiraaaaa banget

    BalasPadam