Akhir-akhir ini kepala semakin serabut apabila turut memikirkan masalah negara. Masalah sendiri pun semakin bertambah. Memang kusutlah juga otak kalau nak fikir semuanya sekali. Baiklah ambil jalan tengah. Kita santai-santai saja.
Jom santai-santai bawah pokok sambil baca buku-buku anekdot. Anekdot membawa maksud cerita pendek yang kelakar. Kandungan anekdot ini ceritanya menarik, dan disampaikan secara bersahaja, ringkas tapi terselit lelucon!
Amie beli 3 buah anekdot, tetapi dapat 4 buah termasuk antologi cerpen BEBAS yang diselenggarakan oleh Khairy Tajudin.
Mari duduk bawah rimbunan pokok epal bidara sambil menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Bawa sebotol air kosong dan sebalang keropok melinjo buat kudapan.
Raja Anekdot |
Buku Raja Anekdot ini menghimpunkan 140 buah anekdot. Kisah yang digarap pendek-pendek saja tetapi kelakar! Kebanyakannya satu anekdot ditulis setengah muka surat sahaja. Kita baca pun rasa terhibur. Ringan saja kepala!
Komplot Anekdot |
Komplot Anekdot pula hasil karya 21 orang penulis. Memang kelakar habis sampai tak ingat dunia... ahaks! Ada anekdot yang ditulis dalam 6 baris sahaja!
Anekdot Ragam Suami Isteri. |
Ragam Suami Isteri menghimpunkan 115 buah anekdot daripada 23 orang penulis berkaitan jenaka dan humor dunia rumahtangga.
Antologi cerpen BEBAS ini menghimpunkan cerpen yang menyentuh pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat, dari lorong yang sempit hingga ke ruang angkasa yang bebas. Antologi ini dihasilkan oleh 19 orang penulis.
Walaupun habis membaca dari kulit ke kulit, namun kes positif Covid-19 terus meningkat! Hari ini Sabah mencatatkan peningkatan kes yang melambung naik sehingga mencecah angka 2,052!
Nak beli juga lah buku ni. macam best saja santai2 gitu
BalasPadamapa mksd anekdot tu kak?
BalasPadamBacaan anekdot cepat sikit habis membacanya. Banyak cerita boleh dibaca dari berbagai gaya penulisan penulis yang ada. Seronok baca buku cerita di bawah pokok sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa.
BalasPadamSeronok baca anekdot.. apatah lg yg kelakar2.. sabah dh start naik lg kn? Byk negeri kes naik dh sarawak pn sama
BalasPadam"Membaca Jambatan Ilmu"
BalasPadam👍👍👍
Kenapa sy yg tak baca pun ikut tergelak sekali ni, Kak Amie 😂😂😂
BalasPadamTak pernah baca lagi. Bagus juga bacaan santai ni untuk isi masa lapang..
BalasPadamHaah perlukan sesuatu yang boleh alihkan fikiran pada masalah.
BalasPadambaru tau ape maksud anekdot tu. selama ni penah dengar jer..
BalasPadamrelease otak kan kak baca cerita lawak ni...
BalasPadamMacam menarikkk, nanti boleh survey survey, sebab sekarang saya tengah mencari buku jugak untuk release stress
BalasPadamSaya suka juga baca anekdot begini. Ringkas je tetapi penuh warna-warni kisahnya.
BalasPadam