Pages

Jumaat, 20 Ogos 2021

Ketam Babat Frozen

Jumpa lagi. Mudah-mudahan malam ini dapat tidur lena setelah seharian penat bekerja. Sebagaimana disebut dalam Al Quran Surah Al Qashash ayat 73:

وَمِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

Berkat rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang agar kamu beristirahat pada malam hari, agar kamu mencari sebahagian kurnia-Nya (pada siang hari), dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.

Hidangan tengahari Jumaat dengan lauk-pauk kampung:
  • Nasi Putih
  • Ketam Babat Goreng
  • Sayur Pucuk Ubi Rambat Masak Lemak Putih
  • Ikan Pelaling Panggang
  • Telur Masin & Telur Padi @ Egg Century Air Asam
  • Sambal Tomato
  • Nanas

Sayur Pucuk Ubi Rambat Masak Lemak Putih

Ikan Pelaling Panggang

Telur Masin & Telur Padi @ Egg Century Air Asam.



Ini Ketam Babat  Frozen. Hanya keluarkan dan goreng hingga masak. Boleh juga olah cara masakan lain ikut selera. Sebenarnya Ketam Babat ini sedap diratah begitu saja. Isinya memang isi ketam segar.  Kalau ikutkan selera, satu bungkus berisi 5 ketul Ketam Babat Frozen ini memang tak cukup Firdaus makan seorang. Di LD, harganya RM23 tidak termasuk cas penghantaran
Ketam Babat Frozen Goreng.

Sambal Tomato.

Sambal Tomato ini Amie renih dengan api perlahan. Ketika Encik Suami pulang dari kerja, katanya ketika buka pintu pagar sudah terbau aromanya!

Nanas



Selamat malam!
Selamat beristirahat.
Selamat beribadat di sepertiga malam.
Jumpa lagi.



15 ulasan:

  1. Sekali tengok ketam babat ni ibarat ketam celur tepung dan goreng

    BalasPadam
  2. selalunya masakan kak amie tak pernah nampak tidak menyelerakan.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap semuanya
    ketam babat frozen tu tak oernah jumpa

    BalasPadam
  4. Menyelerakan ke semuanya, pertama kali tahu ada ketam babat.. Betul malam untuk berehat dan beribadat, inshaAllah. Selamat malam..

    BalasPadam
  5. Telur padi tu yang hitam tu kan? Pernah tersalah beli beberapa tahun lepas. tak reti nak makan macam mana. lastly buang. Adoii la..

    BalasPadam
  6. ketam babat tu macam ketamlembut yg digoreng kut sedap sgt tu

    BalasPadam
  7. Ketam babat tu mcm ketam celup tepung kan rupa dia ..mesti sedap kalau dapat meratah

    BalasPadam
  8. Pertama kali tahu wujudnya produk ketam babat ni, Kak Amie

    BalasPadam
  9. Ketam babat masih ada kulit. Saya bayang ketam babat macam ketulan isi ketam besar.

    BalasPadam
  10. Wah,special ketam babat.Tak pernah jumpa & pastinya tak pernah rasa...Macam sedap tu

    BalasPadam
  11. Waaahh menarik ketam babat tu... tunggu ada kat sini lah baru boleh rasa.

    BalasPadam
  12. Sedap lauk pauk kampung Kak Amie masak. Ringkas dan menyelerakan. Macam sedap je ketam babat frozen. Keluarkan dan goreng je. Mudah nak sediakan.

    BalasPadam
  13. sedapnya nmpk ketam babat goreng. mesti rangup je bila digigit.

    BalasPadam
  14. First time tahu pasal ketam babat frozen ni. Uishh kalau firdaus sorang pun tak cukup, kita yang dewasa ni lagilah tak cukup kannn kak amie hehehe

    BalasPadam